Tuesday 31 January 2012

Stigma Kad OKU- Mengapa begitu susah untuk memohonnya?

Untuk mengetahui apa itu kad OKU, siapa yang tergolong dalam OKU dan cara-cara memohonnya, sila klik di bawah, ia merupakan pautan daripada website Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pendaftaran Kad OKU
Kelebihan pemegang kad OKU
Kad ini merupakan 'lesen sah' untuk pemegang kad mendapat haknya sebagai golongan kurang upaya yang telah didefinisikan dalam link di atas. Haknya untuk mendapat bantuan sokongan daripada segi:
1. Pendidikan khas: samada peringkat tadika, peringkat sekolah rendah atau peringkat menengah.
2. Bantuan kewangan: pemegang akan memperoleh elaun bulanan sebanyak RM150 (maklumat terkini, subjek to changes)
3. Kemudahan lain: Sokongan daripada persatuan/NGO berkaitan (group support), kemudahan seperti percuma tiket penerbangan, pengambilan kerja dan dsb.

Jika begitu banyak bantuan dan kemudahan sokongan yang bakal diperolehi, kenapa masih ada rasa ragu2, terutama pada ibubapa penjaga untuk mendapatkan kad OKU untuk anak kesayangan mereka? Walaupun telahpun disahkan oleh pakar perubatan (pakar psikologi anak-anak) yang anak mereka autistik?
Inilah yang sedang saya dan suami saya hadapi. Sekarang, setelah kami berjumpa dengan pakar psikologi tempoh hari, dan dia mengesahkan, ya, Haris ada autism (mild), kami masih, MASIH menangguhkannya. Jauh di sudut hati kami, kami masih berharap, anak kami masih ada harapan untuk sembuh, kembali normal, jika tidak 100%, 80% pun jadilah, sebelum dia berumur 7 tahun, usia di mana dia diwajibkan ke sekolah rendah, jika dia normal. Sikap keluarga terdekat yang juga berkata, " Tak payahlah apply. Takkanlah sampai nak apply OKU?" menambahkan lagi keberatan hati kami.
Kami tidak dapat lari dari stigma negatif perkataan OKU. Orang Kurang Upaya. Rata-rata pemahaman semua orang, termasuk kami, OKU ialah orang yang cacat fizikal, cacat penglihatan atau pendengaran, cacat mental... tapi hakikatnya, mempunyai masalah pembelajaran (autism, ADHA, dylexia) dan masalah pertuturan (speech delay) juga dikategorikan sebagai OKU. Mereka nampak normal, seperti orang normal, tapi hakikatnya, jika diperhatikan sekali lagi, mereka tidak dapat bersosial seperti orang2 normal yang lain. Saya masih menghantar Haris ke NURI, tadika biasa, sudah sebulan. Guru tadikanya berkata, pukul 8.00 hingga 10.30am, dia ok, mahu belajar dan bergaul walaupun memerlukan galakan dan bantuan. Tepat waktu makan, break, dia akan memanggil nama saya sehinggalah pukul 12.00 tgahari. Tidak mahu makan dan minum. Gurunya tidak tahu mahu buat apa, dan saya juga tidak tahu. Kanak-kanak lain juga menjauhkan diri daripada Haris, kerana Haris sendiri sangat sensitif jika ada kanak2 lain menghampirinya. Dia mempunyai masalah dengan space, yang mana bersinggul siku, atau bersentuh bahu sudah cukup membuatnya rasa terancam.
Sekiranya saya menghantar Haris ke tadika khas, adakah keadaan akan berubah? Ibu Rania, anak istimewa down syndrome menganjurkan saja saya hantar ke tadika khas di seksyen 20, provided Haris perlu ada kad OKU. Orang keliling kata jangan hantar anak ke tadika khas, nanti mereka akan pick up perlakuan abnormal kawan-kawan mereka. Tetapi hanya di tadika khas sahaja tersedia tenaga pengajar yang terdiri daripada ahli terapi dan professional educator, yang tahu apa yang perlu dilakukan.
Perlukah saya tunggu atau perlukah saya bertindak...

7 comments:

  1. Nursery Sect 20 dekat mane?Saya nak hantar anak kesitu

    ReplyDelete
  2. Hai. . . .sy ibu kpd anak yg mhidapi sPeech dELay.sy menangis bAca blog akak ni.kerana memang betUl apa yg kita lalui ni sama.sntiasa bharap ada keajaibAn untk anak jadi n0rmal.sy kecewa bila org tengok anak sy mcm anak sy ni alien.hancur rasa hati ni.tp ape boleh buat,TUHAN je yg tahu ape yg kita lalui,dn plng pnting apa yg anak kita lalui.o ya,sy dh daftar anak kt kbjikan,dh dapat kad oku.sekejap je.dlm 3mingGu dh siap.

    ReplyDelete
  3. saya terharu membaca blog ini sb sy juga mempunyai anak yang oku iaitu xcukup tulang radius dan mempunyai masalah jantung yang dikenali sebagai pulmonary artesia. Saya sedih bila tidak ader seorang pun pengasuh yang sanggup menjaga anak saya.

    ReplyDelete
  4. Saya terharu n faham mcm mn nk jaga anak istimewa ni...anak saya pn 3 tahun masih belum boleh bcajap....doctor sahkam mild autism....sekarang ni tengah cari nk bt speech terapi....saya area klang...boleh bagi suggestion tak...

    ReplyDelete
  5. Saya disahkan mengalami Adult ADHD pada umur 35 tahun. Hanya tuhan sahaja yang tahu apa diagnosis saya semasa kecil. Yang pasti sekarang saya ada mild dyslexic. Saya sekarang menjalankan terapi di Porta Kabin UPM. Sepanjang terapi banyak saya perhatikan ibu bapa lain.

    Nasihat saya, dapatkan kad OKU. Pada saya kad tu jadi source of power dan pengikat saya dengan dunia realiti. Kad itu juga membuatkan saya sedar diri akan batasan diri saya so saya tak terlalu keras nak membandingkan diri dengan orang lain.

    Satu lagi - kami yang ada dsylexia, LD, ADHD, Autism dan spektrum lain tak tahu pun apa itu normal. Bagi kami, apa yang kami lalui sehari-hari itulah normal. Yang membuatkan kami jadi disabled adalah persekitaran yang memaksa budak umur 3 tahun pandai membaca kitab, petah berbicara, boleh mengira untuk dikira pandai dan berjaya. Jika kebolehan berfikir diluar kotak, kreativiti, pengesanan pola, kecerdasan emosi dijadikan kayu pengukur, pasti anak autisme dan sindrom2 lain ini dinobatkan sebagai genius.

    ReplyDelete
  6. Sedih jugk baca cerita kak urmm
    Saya disahkan
    Masalah pembelajaran sejak umur Saya 25 tahun, bertahun tahun sy MENDERITA, tiada beza yg sekarng, so time tu baru Saya tahu,
    Saya g jumpe psy, time tu Saya tahap nak bunuh diri, depression, tp psy bgi ubt
    Ibu Saya Tak thu dia cite ape
    Skli dpt card OKU
    Skrng ni umur Saya 27 mmg tak Ada beza,
    Skrng ni saya baru Saya tahu Masa kecik dulu saya dxylexia, dh dewasa sy masalah pembelajaran
    Kenapa Saya baru jumpe psy, entah lahh
    nk my parents n family sedar, tp.
    Mereka semua tidak terima Saya OKU
    Sekolah dulu pun sekolah biasa
    Sy tidk dibimbing dengn secara elok
    Ape sy nmpk tekanan, emosi,
    Family biarkan sy Hidup menderita, berhadapan dengan org sekiling, buat kerja dengn normal, gaduh dengan manusia,
    Saya serah kepada Allah
    Sy di didik dengan Hidup normal
    Dan marah,.

    ReplyDelete
  7. Saya umor 39 ada masalah kemurungan.. masa kecik dulu keluarga tak pernah bawa jumpa doktor.. dh kawin dan anak baru jumpa sebab 3 orang anak dh ada kad OKU.. sedih sgt.

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.