Friday 6 January 2012

Bagaimana Behavior Modification (ABA) dan ayat2 mudah membantu anak autisme

'Behavior Modification' terapi merupakan salah satu terapi yang Haris jalani di Ethos. Kami memulakan terapi tersebut (di Ethos dan di rumah) pada Oktober 2011 secara individu 2 kali seminggu. Sekarang Haris masih lagi menjalani terapi ini, tetapi telah dikurangkan kepada sekali seminggu sahaja. So far, alhamdulillah, Haris menunjukkan reaksi positif ke atas terapi ini, walupun perjalanan kami masih jauh, dan masih banyak behaviornya yang perlu dimofify..
Secara ringkas terapi ini, yang juga dikenali sebagai teori ABA- Applied behavior analysis, merupakan terapi paling lazim digunakan, secara one-to-one, untuk melatih kemahiran anak-anak yang mempunyai autism dan dijalankan oleh mereka yang terlatih.
Practitioners akan menganalisis perlakuan anak-anak untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan tersebut, dan mengaplikasikan penemuan hasil daripada analisis ini kepada perubahan praktikal terhadap perlakuan tersebut. Ini boleh menghentikan atau mengurangkan perlakuan buruk atau yang tidak sesuai, atau mengajar, mengukuhkan atau memperbaiki perlakuan yang baik atau yang sepatutnya.
Perlakuan/behaviour yang dimaksudkan tidak semestinya hanya tabiat autistic sahaja, tetapi lebih kepada sebarang perlakuan yang dilakukan oleh anak-anak tersebut sepanjang pemerhatian dijalankan, contohnya memberikan 'eye contact' apabila namanya dipanggil, menyentuh objek yang disuruh dan sebagainya.
Pendapat saya sebagai parent:
Cara pendekatan ini memang berkesan terutama untuk tackle unappropriate behavior anak2 autism kerana mereka sukakan ulangan (sifat rigid dan tidak suka perubahan). Malah, jika anak tersebut ada speech delay, antara perkara pertama yang akan diajar ialah ayat yang betul untuk meminta sesuatu. Contoh ayat yang Haris belajar dan sudah mastered:
" Mak, I want/Haris nak ________, please. Thank you mak"
Ayat ini umpama magik padanya, dan saya juga menggunakannya, terutamanya perkataan 'please' saya tekankan apabila mahukan dia berbuat sesuatu. Please merupakan satu signal bagi Haris bahawa permintaan tersebut harus diikuti, kerana apabila dia mengatakan please, dia juga mendapat apa yang dia mahukan.Kadangkala ayat ini juga membantunya organize kembali fikirannya, apa yang dia mahukan, jadi dia dapat kawal dirinya daripada lose control lalu tantrum.
Satu lagi perkara yang saya suka tentang ABA ini adalah kerana dia juga memberikan positive reinforcement...(dan juga negative reinforcement). Positive reinforcement tidak semestinya dalam bentuk objek (saya tak galakkan ini, kerana kanak2 autism seperti copier, sekali dia faham dia dapat barang, dia akan minta itu sahaja). Antara yang Haris suka,
  • Give me 5, give me 10 (tepukkan tangan saya dengan tangannya)
  • Haris pandai
  • Haris budak comel
  • Mak sayang Haris
  • Try Haris- apabila saya mahukan dia mencuba perkara baru
  • It's OK Haris - apabila dia melakukan kesilapan, untuk menenangkannya
  • Peluk- sebenarnya ini untuk ketenteraman saya, kerana Haris hanya duduk diam sahaja apabila saya memeluknya, dia tidak memeluk kembali kerana ini merupakan sifatnya. Walaupun begitu, physical contact yang kerap akan membiasakan mereka, jadi mereka akan lebih bersedia untuk bersalam (contohnya) dengan orang yang tidak dikenali.
Walaubagaimanapun, dikala saya rasa sangat down, saya merasakan terapi ini kadangkala seperti 'melatih burung kakak tua bercakap,' kerana teknik pengulangannya yang rigid, sehinggalah patient dapat menguasai task tersebut. Anda juga tidak boleh mengharapkan hasil yang serta merta, dalam apa2 jua terapi, lebih2 lagi yang ini. Haris mengambil masa setengah tahun untuk improve seperti sekarang, itupun kadangkala grafnya naik turun. Yang penting, persevere, teruskan.
Melalui terapi ini, Haris berjaya melakukan perkara berikut:
  1. Sewaktu early assessment, Haris seperti kanak-kanak 3 tahun dari segi speech. Sekarang dia hanya 6 bulan delay daripada umur sebenarnya, 5 tahun. Dia sudah tahu konsep, dan boleh memulakan perbualan tanpa prompt, walaupun ayatnya merupakan ayat yang telah diajarkan sebelum ini.
  2. Sudah boleh menumpukan perhatian pada table activity selama 30 minit. Dulu, 5 minit pun rasanya susah. Pun begitu table activity tersebut mesti diselangi dengan rewards.
  3. Masa tantrum makin berkurangan, dan boleh mendengar pujukan, boleh mengawal diri. Mungkin ini juga hasil negative reinforcement yang diperkenalkan kepadanya, dan diteruskan juga di rumah. Negative reinforcement seperti totally ignore apabila dia berkelakuan tidak sepatutnya, samada memalingkan muka, beralih/ menjauhi dirinya, memasamkan muka dan menggelengkan kepala, tidak mahu bercakap dengannya...
Terapi ABA ini akan berhasil sekiranya ibubapa turut mengaplikasikannya di rumah, bukan hanya sewaktu sesi terapi sahaja. Positive dan negative reinforcement. Tapi pastikan anda melakukannya secara professional seperti terapist juga, walaupun memang saya akui sukar, terutama apabila perasaan keibubapaan kita berkecamuk. Ia akan berhasil, InsyaAllah..

1 comment:

  1. Asssalamaikum. boleh saya tahu macam mana nak dapatkan terapi ini di kuala lumpur. tq
    ini no sy 0179999847 mimi.

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.