Tuesday 31 January 2012

Website wajib diketahui oleh ibubapa anak-anak autism

Takut. Cemas. Bimbang. Bingung. Dilemma. Marah. Kecewa. Rasa terasing.
Inilah perasaan yang dirasai oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak autistik. Punca wujudnya perasaan-perasaan negatif sebegini tidak diminta, malah,bukan menunjukkan yang ibubapa menolak takdir bahawa anak mereka autistik. Ia suatu perasaan semulajadi hasil daripada perasaan kasih dan sayang pada anak tersebut.
Mengapa?
Sekiranya seorang anak itu normal, maka ibubapa TAHU, atau boleh menjangka jalan yang bakal dilalui oleh mereka (ibubapa & anaknya) daripada kecil, remaja, dewasa..sehingga dia menutup mata. Anaknya akan masuk tadika, di sana dia akan belajar abc dan 123 dan belajar bergaul dan membuat kawan. Di akhir tadikanya dia akan ada konsert dan menerima sijil. Kemudian masuk sekolah rendah, ambil UPSR. Masuk sekolah menengah dan ambil SRP & SPM. Kemudian sambung ke universiti dan bekerja untuk menampung diri sendiri. Bercinta dan berkahwin. Hidup bahagia insyaAllah...
Tapi jika seorang anak itu disahkan istimewa, dalam konteks ini autistik, biarpun mild sekalipun..tanyalah ibubapa mana sekalipun. Kebimbangan terhadap ketidakpastian akan masa depan anaknya, terutamanya selepas dia menutup mata, cukup untuk mendatangkan ombak di dada. Terlalu banyak variable factors yang tidak pasti, dan ketidaktahuan untuk mencari maklumat dan panduan untuk dijadikan sandaran. Laluan jalan yang mana untuk dipilih? Bagaimana jika pilihan tersebut salah? Adakah sokongan daripada kerajaan untuk golongan istimewa seperti anaknya? Anak yang autistik meletakkan nasibnya 100% di tangan ibubapanya, adakah saya, ibubapanya cukup layak/kuat untuk memastikan nasibnya terbela? Bagaimana ibubapa mahu menghadapi stigma atau rasa rendah diri kerana mempunyai anak autistik?
Atas sebab-sebab ini saya merasakan, sekiranya anak anda disahkan autistik, anda PERLU ke 2 website berikut:
1. Persatuan Autism Malaysia (NASOM)
2. Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)
Paling baik jika anda pergi sendiri ke sana untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang mengganggu anda. Di sana, mereka berpengetahuan dan berpengalaman, berkepakaran dan akan memberikan jawapan yang terbaik untuk kebaikan anak anda. Mereka ada di sana kerana mahu membantu, dan bukan mencari keuntungan. Sekiranya anda di hambat masa dan tanggungjawab lain, maka lawatilah dulu website mereka. Sekiranya ke website NASOM, mereka akan menceritakan secara khusus khidmat yang disediakan untuk mereka yang disahkan autistik. Sekiranya ke website PMSPK, website ini akan menerangkan secara asas apakah bentuk pendidikan yang disediakan untuk anak-anak istimewa seperti anak anda, pilihan pendidikan sehingga ke peringkat menengah dan kemudian kerjaya. Sekurang-kurangnya, anda akan rasa lega sedikit apabila melihat ADA satu path untuk anda jadikan panduan tentang masa depan anak anda.

1 comment:

  1. Autism is not meant to be the end of the world, having autism doesnt make you inhuman, the communities see them as handicap. But did u know that this disease can be cured?
    SMS/Whatsapp 019-5439312 for more details!

    #VF00027 #VitalForce #Health #Homeopathy #HelpThoseInNeed
    Vital Force Services and Marketing Sdn.Bhd

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.