Saturday 28 January 2012

A special tribute to a special friend...

Dua hari lepas birthday sahabat saya... Alhamdulillah, sempat juga saya siapkan cross stitch khas untuknya, moga2 sampailah dengan selamat kiriman saya ke UK nun. Gambar di atas tulah gambar yang saya stitchkan untuknya, harap2 dia sukalah dengan hadiah saya yang tak seberapa...
Dibandingkan dengan nilai persahabatan kami sejak tahun 1998 waktu mula kenal mengenali di zaman ITM A Levels dulu. Waktu itu kami tidaklah serapat mana, malah, sering bertengkar kerana perbezaan pendapat dan cara pendekatan dengan sesuatu perkara... tetapi Allah merahmati kami. Kami selalu berbaik semula dan persahabatan itu semakin erat kerana masing2 sudah mengenali hati budi masing2.

Daripada ITM A Levels ke UNITEN, kami semakin erat. Walaupun kami berlainan course, dia ENT dan saya BA, kami sentiasa look out for each other. Malah keluarganya telah menjadi seperti keluarga angkat saya waktu itu, selalu saya datang ke rumah (mereka tinggal di Bangi) dan melepaskan rindu pada ibunya menggantikan ibu saya yang jauh di Kuala Selangor. Allah Maha Penyayang dan Maha Pengasih..Dia telah menguji saya sehebat-hebatnya pada tahun ketiga pengajian saya, saya break-up dengan boyfriend saya(waktu itu dialah cinta hati saya) dan pada masa yang sama kawan2 serumah saya tinggalkan saya literally-mereka berpindah senyap2 ke dalam kampus waktu semester baru buka. Saya yang waktu itu lemah emosi dan hanya tahu menangis hanya bergantung pada sahabat saya seorang itu. Saya ingat lagi, dia menemankan saya mencari rumah sewa lain, dan apabila gagal, memujuk saya tinggal sebilik dengannya di rumah keluarganya. 2 minggu pertama permulaan semester saya 'hilang' kerana mencari rumah sewa dan menguatkan semangat dan alhamdulillah atas dorongannya, saya bersemangat semula, malah dapat menaikkan pointer yang jatuh sebelum ini. Sewaktu saya rebound semula selepas clash dengan boyfriend saya, sekali lagi saya tersasar dari jalanNya. Saya mula memakai baju2 yang pendek dan mendedahkan aurat, walaupun masih bertudung. Sahabat saya tulah saja yang datang, memarahi saya dan menegur saya. Dia bersungguh2 memimpin saya semula. Allah kuatkan semula semangat saya melalui dia, dan ditemaninya, saya mula bangkit semula. Tahun terakhir pengajian saya, saya menyertai acara lompat jauh (suka2 sahaja) dan pelbagai aktiviti universiti. Semua ditemani dia. Kalau itu bukan ikhlas dalam persahabatan, apa lagi?

Sekarang kami berdua sudah bergelar ibu. Walaupun dia jauh di UK sana, saya sentiasa berdoa biarlah Allah panjangkan nikmat bersaudara dengannya sehingga nafas saya yang terakhir. Syukur Allah, walaupun diberikan pelbagai dugaan hidup, saya diberikan nikmat yang satu ini. Tidak boleh dibeli dengan wang ringgit..alangkah bertuahnya saya.

Untukmu sahabat, selamat hari lahir yang ke 34. Semoga Allah membalas segala kebaikan yang kau berikan dalam persahabatan kita dengan menempatkan kau di syurga sana, InsyaAllah...Sayang sokmo!

Saya ada seorang lagi sahabat sehati sejiwa saya, tapi tribute padanya nanti, pada hari lahirnya pula. InsyaAllah...

1 comment:

  1. Chah....terharu aku....
    aku mmg sgt bertuah ada sahabat dunia akhirat mcm kau jugak...terima kasih sbb selama nie ko sentiasa bersabar ngan aku :)
    love ya!!

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.