Saturday 23 June 2012

Wujudkan sekolah khas autisme

KUALA LUMPUR 18 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mencadangkan penubuhan sekolah pendidikan khas kanak-kanak autistik bagi membantu golongan itu mendapat pendidikan sempurna demi masa depan mereka.
Wujudkan sekolah khas autisme

Ohh..mungkinkah anak saya Haris sempat menjadi antara pelajar sekolah ini? Atau adakah ia hanya satu cakap2 orang2 penting untuk memeriahkan majlis? Ya Allah, kepadaMu sahajalah hambaMu ini meminta dan berharap...

Tuesday 12 June 2012

Kesedaran Autisme dalam Rancangan Apa Kata Wanita?

Di Malaysia, talk show ini agak popular, jadi sebarang feedback daripada topik yang dibincangkan agak mewakilkan masyarakat di sini. Adakah masyarakat kita tahu makna autisme? Selamat menonton.

Wednesday 6 June 2012

Cuti sekolah 2 minggu: PART 2: Muzium Kesenian Islam

Masuk minggu kedua, minggu terakhir cuti sekolah. Cadang2 nak bawa budak2 ni ke Bird Park, sampai2 dah pukul 11.30am lebih, hari dah mula panas dan memang ramai orang. Melihatkan anak2, terutamanya Haris, saya hampir yakin melawat ke Bird Park akan menjadi satu disaster. Jadi saya terus menuju ke Muzium Kesenian Islam yang berada berdekatan dengan Bird Park juga.
Dengan air-cond, serta merta anak2 kembali ceria memasuki perkarangan muzium. Walaupun saya terpening2 lalat juga mencari direction nak parking atau nak ke mana selepas itu, alhamdulillah, all went smooth. Tak sangka pula Muzium Kesenian Islam merupakan satu destinasi yang sangat menarik. Lagi2 anak2 saya memang suka melihat masjid, keluar2 sahaja dari lif, ke pameran pertama, kami disambut dengan barisan model2 masjid yang terkenal di seluruh dunia. Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Quba...hingga ke Masjid Kristal..hingga Masjid Taj Mahal. Cuma disebabkan Haris juga sama2 excited, jadi tak dapatlah saya nak mengambil gambar model masjid2 tersebut, yang begitu terperinci buatannya seperti yang sebenar. Agak geram juga, tapi ape nak buat, InsyaAllah lain kali bolehlah ke sana lagi.

Di belakang model Masjid Taj Mahal

Antara dome yang memukau.



Singgah sebentar bermain di water fountain


Ralatnya... yes..yes..agak rushing jugaklah menjelajahi muzium tersebut kerana masing2 perut dah berbunyi. Nasib baiklah budak2 ni ceria sahaja, tapi sayalah yang tak aman, yelah..anak2 kecil semua. Kesian kalau kelaparan. Siap main kejar2 lari2 macam muzium tu ayah dia yang punya..
Syukur saya ternampak ade khemah gerai makan di perkarangan Masjid Negara, just seberang jalan. Jadi kami pun ke sana. By then, budak2 ni dah memang sangat lapar. Dengan nasi putih berlaukkan ayam goreng n kicap, air sirap, masing2 makan dengan penuh nikmat. Bila ingat2 balik, dengan Haris yang nak makan pakai tangan, memang ala2 mat salehlah menyuap. Aimin pun berselera makan dengan ikan bakar disuap kak ita. Memang nikmatlah makan kat situ, mungkin sebab masing2 lapar.
Elok2 waktu tu azan Zohor, Haris terus mintak nak sembahyang kat Masjid Negara. Walaupun waktu itu saya rasa tak sedap, sebab dia dah mula menunjukkan tanda2 nak mengamuk, elok balik sahaja, entah kenapa saya turutkan juga, lagi2 semua dah kenyang, mungkin naluri saya tak betul. Jadi berbondonglah kami ke tempat wudhuk, naik turun tangga, anak2 setia menurut tanpa merungut pun, termasuk Muhaimin, kemudian masuk ke dewan solat. Waktu itulah, Haris meminta untuk solat di luar kawasan jemaah perempuan, di tempat lelaki, saya tidak dapat mengikut kemahuannya. Sepanjang saya dan Raihan bersolat Zohor, Haris berdiri di tengah2 kami, menahan esaknya, cuba mengikut kami bersolat seperti biasa, tetapi tidak dapat kerana dia mahu bersolat di luar. Selesai bersolat, sementara menunggu maid saya pula bersolat, saya cuba menenangkannya dengan duduk di luar, mengajaknya baring, walaupun Haris menurut, tapi memang clear he's distress. Sehinggakan ada jemaah perempuan menegur, tapi apalah yang boleh saya katakan?
Raihan dan Muhaimin menikmati kedamaian dalam Masjid Negara. Waktu ini Haris berbaring di peha saya cuba untuk bertenang.



Dari spot inilah Haris minta untuk masuk ke dalam masjid, sedangkan dia memang dari dalam masjid sebelum itu.

Kalau saya kata, anak saya autisme, dia tidak faham kenapa saya tidak boleh bersolat di luar tetapi perlu di dalam tempat yang kecil, tertutup dan penuh sebegitu...saya perlu menerangkan pula apa itu autisme.
"Maafkan saya. Dia penat," itu sahaja yang keluar dari mulut saya.
Perlu beredar dari situ sebelum Haris mengalami meltdown. Bila saya tengok dia sudah tenang semula, kami segera keluar. Sewaktu kami melalui beranda, Haris terlihat bumbung Masjid Negara yang berwarna biru, dengan suara marah, dia minta saya untuk pergi ke situ.
Saya tidak terkata. Haris tidak faham, tidak tahu, bahawa dia baru sahaja keluar daripada tempat yang dimintanya. Kerana struktur bangunan Masjid Negara yang bertingkat2, dia keliru. Sambil menarik nafas dalam2, saya berjalan laju beredar. Saya tahu, kalau saya teruskan, Haris akan mengamuk tahap gaban di situ juga. Kasihan anak2 saya yang lain, Raihan dan Muhaimin menurut sahaja. Masuk ke kereta, Haris menangis semahu2nya. Diulang2nya soalan, "Kenapa mak ni?!" antara esakan dan marahnya. Kami semua diam, kerana mahu dia cepat bertenang. Sekiranya kami menjawab, Haris terlalu distress untuk memahami maksud kata-kata yang keluar dari mulut kami, dia hanya akan bertindakbalas dengan intonasi suara kami sahaja.
Saya sendiri berasa macam2. Bukankah saya menurut kemahuannya dari mula? ohhh...rasa hiba mengatasi segala rasa yang ada. Pedih mata menahan sebak. Sabar2...saya pujuk diri sendiri. Akhirnya semua anak2 saya tertidur akibat kelelahan dan drama tadi. Maid saya pun tidur sekali. Tinggallah saya sendirian memandu di NKVE menuju Shah Alam, bermuhasabah sendiri.
"Mak, kita dah sampai mana?" Haris sudah terjaga, dan dari intonasi suara, dia sudah melupakan episod tadi. Sedangkan rasa sebal saya masih berbaki.
Ikutkan hati saya mahu diam saja. Bisu seribu bahasa. Geram. Marah. Sedih. Kenapa saya? Kemudian saya ingat maksud sabar: sabar bermaksud melakukan perkara kebiasaan walaupun sedang menghadapi ujian. Tidak bersuara, bermakna saya memberontak, tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Inilah takdir saya. Clearing my throat, saya menjawab sebiasakan mungkin, "Kita dah sampai Shah Alam, Abang. Abang dah tak penat?"

Tuesday 5 June 2012

Cuti sekolah 2 minggu: PART 1: Zoo Negara

Ini merupakan minggu terakhir (2 minggu) cuti sekolah. Technically, Haris punya nursery is open always, but since kakak cuti so, might as well Haris pun cutilah juga. Alhamdulillah, walaupun kita taklah tidur hotel (belum lagi), tapi sempatlah juga ke beberapa tempat menarik for day trips.
Hari pertama cuti sekolah (semangat tu), saya bawa mereka ke Zoo Negara. Dengan bertemankan maid saya, sampai juga saya ke sana dengan mudah lepas google maps. Tidak seperti last trip (lama dulu), Haris tak mahu lansung naik tram, tapi kali ini, dia pula yang beria-ia. Dapatlah kami naik hingga ke checkpoint 1st, tempat singa, harimau dan leopard.
Rezeki budak2 dan rezeki datang awal, dapat kami rakamkan aksi singa tunggu breakfast sampai.


Tapi silap saya kerana berjalan kaki ke tempat gajah dan zirafah. Sepatutnya kami tunggu saja di situ untuk naik tram tu ke tempat2 lain. Haris cepat saja meragam penat dan tidak selesa..sensory overloadlah tu. Tapi, alang2 sampai, saya ambil juga gambar2 di sana, dan cuba bertenang (dan menenangkan Haris). Tak adil rasanya pada Kak Raihan n Adik Muhaimin untuk terus balik macam itu sahaja.

Leopard ni namanya Manja. Memang dia angkat kepala dia macam kucing, bila kita panggil namanya. Tadi tidur aje.


Aimin yang sentiasa ceria dan pandai bawa diri. Bergambar dengan burung emu.

Bergambar depan gajah. Masa ni Haris dah start ehek ehek..tu protes taknak tengok kamera. Yang lain, Cheese!


Aimin dengan baby zirafah

Kami sedang duduk depan tempat penguin. Masa tu Haris dah ok, kami breakfast di salah satu gerai yang ada, n dibelikan toys.

Apabila dah masuk lunchtime, kami pun balik. Tak sempat pun nak tengok orang utan, zebra belah belakang zoo. Akuarium pun tak sempat. Mungkin lain kali, dengan perancangan yang lebih baik. Tapi alhamdulillah..dapatlah menjejak ke zoo.

Wednesday 30 May 2012

'Guang' oleh Quek Shio Chan

Apa masa depan seorang autisme yang telah dewasa, setelah ibubapanya tiada?
Filem pendek ini memaparkan realiti kehidupan seorang autisme dewasa yang hidup bersama abangnya. Diarah oleh Quek Shio Chan, seorang anak tempatan yang mempunyai seorang adik autisme.
Filem ini telah memenangi  2011 BMW Shorties Award.
Selamat menonton filem ini.
Kepada En. Quek, terima kasih kerana berjaya mengarah filem yang sangat menyentuh hati ini. Saya, seorang ibu kepada anak autisme yang baru berumur 6 tahun, sentiasa membayangkan bagaimanakah keadaannya nanti apabila kami ibubapanya tiada, dan dia akan dijaga oleh adik beradiknya. Filem ini berjaya memberi sedikit gambaran realiti hidupnya, terima kasih. Semoga ia juga membuka mata dan hati semua yang menontonnya.


Wednesday 23 May 2012

Langkah-Langkah Menjadi Orang Berjaya

Motivasi pagi ini di IKIM tentang bagaimana menjadi orang berjaya. Sebenarnya ia sambungan daripada segmen yang lepas dan akan datang, tetapi segmen pagi ini sangat menarik kerana ia menggariskan 5 langkah mudah untuk ke arah menjadi orang berjaya. Sempat saya 'keep note' dalam minda sepanjang perjalanan menghantar Raihan ke sekolah.

1. Luangkan Masa
Luangkan masa untuk perkara yang anda mahu berjaya itu. Maaf, anda tidak boleh berangan menjadi ibu yang baik, mendapat anak2 yang solat dan mengaji, atau mendapat job hebat dan gaji hebat. Anda mesti spend time untuk merealisasikannya. Bagaimana? Tuntut ilmu tentangnya. Tidak..tak perlu sambung pengajian. Belajar, samaada dengan membaca, mendengar atau melihat. Cara terbaik ialah dengan membaca tentang perkara yang kita mahu berjaya itu. Jika saya mahu khusyuk dalam solat, maka sebaik2nya saya membaca tentang solat. Jika saya mahu tahu kereta 4 wheel drive yang mana lebih baik, antara Nissan Navara atau Toyota Hilux, maka saya perlu baca tentang itu. Membaca tidak semestinya memegang buku, kita ada google, newspaper, majalah. Tapi yang penting, kita harus berhenti seketika daripada jadual seharian dan luangkan masa untuk perkara tersebut. Bukan hanya berangan!

2. Hapuskan Gangguan
Apa sahaja gangguan dalam bentuk visual mahupun gangguan di dalam minda. Contohnya, kenapa susah untuk khusyuk dalam solat? Matikan handphone supaya tiada sms atau panggilan, matikan tv walaupun anak2 sedang tonton kerana anda secara separa sedar juga akan mengikutinya walaupun daripada bunyi sahaja. Pergi ke tempat yang secluded, dalam bilik, atau di corner yang bukan laluan. Daripada segi minda, sekiranya kita sudah membaca, maka kita tahu kepentingan solat itu. Kita sudah tahu bagaimana mahu meletakkan hati, minda, perlakuan kita hanya untuk bersolat. Kita sudah tahu setiap makna bacaan dalam solat itu, kita sudah tahu apa jawapan balas yang Allah katakan apabila kita membaca Al-Fatihah, dan sebagainya. Kerana kita SUDAH luangkan masa untuk mengetahui bagaimana untuk solat dengan khusyuk.

3. Buat Catatan
Ada sesetengah kita penuh kalendar dengan perkara yang perlu dilakukan. Ada pula kita yang sampai tak tahu nak tulis apa pada kalendar kerana jadual kita sangat rutin dan penuh kebiasaan. Seperti saya, seorang suri rumah, apa sahaja yang saya buat sama sahaja. Tetapi mulai sekarang, sekiranya saya mahu berjaya, saya perlu mula mencatat apa yang saya akan lakukan besok. Dengan mencatat, anda akan dapat melihat kembali, merujuk lalu memperbaikinya. Contohnya saya, sekiranya saya mencatat jenis ikan yang saya beli sehari2, my daily grocery, saya akan sedar saya hanya membeli sebahagian jenis sahaja. Apa kata kali ini saya menukar jenis yang lain, supaya menu masakan saya tidak membosankan.


4. Bertanya Soalan
Sentiasa menyoal diri dengan soalan2 yang bertujuan untuk memperbaiki diri kita, memotivasikan diri kita. Gantung ia di dinding rumah, sekurang2nya, setiap kali membacanya kita akan terus muhasabah diri. Cukuplah gantung ayat2 Al-Quran yang jarang2 kita tahu maknanya, sekadar hiasan2 semata2 untuk menunjukkan kita ini orang Islam. Perlu diingat, dengan menggantung ayat seribu dinar contohnya, tetapi tidak membacanya, perniaagaan kita tidak akan berjaya. Samalah dengan menggantung ayat Kursi, rumah kita tetap dimasuki syaitan selagi mana sewaktu kita melangkah masuk tidak disertakan dengan bacaan Bismillah. Satu soalan yang best untuk digantung di living room ialah ,"Apakah yang anda telah lakukan untuk Allah pada hari ini?"


5. Mengambil Tindakan
Put it into action, apa yang anda rancang. Jangan rancang sahaja, penguatkuasaannya tiada. Contohnya, sekiranya saya mahu anak2 rajin solat, maka SAYA ini harus bangun dahulu mendahului mereka mengangkat wudhuk, membentang sejadah. There's no such thing as remote control untuk berjaya.

Sama2lah kita berdoa supaya diberikan Allah kekuatan dan istiqamah dalam menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah. Semoga mendapat kebaikan bersama.

Thursday 17 May 2012

Langkah-langkah melatih anak autisme menggunakan potty

Untuk bertukar daripada pampers kepada menggunakan toilet adalah satu proses, jadi jangan mengharapkan hasil serta merta. Ia juga bergantung pada kesediaan anak anda, (dan anda). Biasanya untuk anak-anak normal, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan idea tersebut masuk umur 3 hingga 4 tahun. Raihan free of pampers umur akhir 4 tahun. Tetapi untuk anak autisme seperti Haris, anda sebagai ibubapa perlu kenal anak anda. Tiada umur wajib bagi mereka, tetapi 1 simple rule yang saya buat, bila anak sudah boleh MEMBERITAHU dan MENGIKUT ARAHAN, barulah saya perkenalkan penggunaan toilet. Saya mula melatih Haris menggunakan toilet sewaktu berumur awal 5 tahun.

Untuk anak-anak saya, Raihan dan Haris sama sahaja, saya latih mereka membuang air kecil dahulu. Buka sahaja pampers tu, dan pakaikan mereka seluar dalam. Terangkan kepada mereka, dengan ayat ringkas dan jelas, "Nak kecing, bagitahu." Lepas tu standby lah. EXPECT accidents, tak sempat ke tandas dan sebagainya. Itu sudah lumrah. Jangan marahkan mereka, sebaliknya berikan kata2 semangat dan pujian apabila mereka membuat satu pencapaian baik. Kebolehan untuk menahan diri daripada terkencing lebih mudah apabila umur mereka selepas 5 tahun, sebab otot2 semua dah developed. Soal kencing malam, jangan bagi mereka minum air banyak sebelum tidur, ataupun suruh mereka buang air dahulu sebelum tidur. Jangan mempunyai persepsi anak autisme akan gagal dalam latihan ini. Raihan, kakak Haris lebih banyak ada accident kecing malam daripada Haris. Sekiranya anak lelaki anda sukar untuk mengeluarkan air kencing, seperti tidak boleh concentrate, bantunya dengan buat asosiasi bunyi seperti 'shhh...'. Macam Haris, saya menyuruhnya menyirapkan air daripada paip hose ke arah kemaluannya sebagai signal untuknya membuang air kecil. Alhamdulillah, cara ini berjaya untuk Haris. InsyaAllah, dengan latihan konsisten, mereka akan berjaya buang air kecil di toilet.

Now come the tricky part. Membuang air besar di dalam toilet. Anda ada 3 pilihan dalam memperkenalkan cara untuk membuang air besar di toilet, samada dengan bercangkung atas surat khabar, duduk atas toilet kita yang telah dilapik dengan ring toilet kanak2 ataupun menggunakan potty. Seperti Raihan, apabila saya lihat dia sudah selesa dengan idea 'free of pampers', kecuali apabila ingin membuang air besar, sesuatu yang menyusahkan) mulalah saya perkenalkan penggunaan toilet. Dia tiada masalah, alhamdulillah. Saya hanya menemankan dia dan memberikan dia pujian setiap kali dia berjaya melakukannya.


Untuk Haris yang menghidap autisme, memang sangat memerlukan kesabaran kerana ia sangat sukar. Anda mesti memahami kenapa ianya sukar untuk anak anda, kerana dia autisme dan anda pula normal. Apa maksudnya? Seperti Haris, dia hypersensitif di bahagian peha, jadi untuk duduk di atas sesuatu yang asing, plastik ring itu satu yang menakutkan dan mungkin sangat tidak selesa. Anda MESTI menerima ini dan berperanan sebagai pemujuk dan penyedap hatinya. "It's ok abang, mak ada, kita nak e'ek, your a good boy," dan seterusnya untuk menenangkan dia. Tetapi anda juga boleh menggunakan nada tegas diselang selikan supaya dia tahu anda tidak main-main. Jangan marah dia, tiada siapa boleh buang air besar dalam keadaan stress. Duduk sekali dengannya, paling sekejap 15 minit, paling lama 30 minit, supaya dia tahu dia bukan dihukum untuk sesuatu perkara, tetapi ini merupakan satu aktiviti perlu.

Jangan strictkan pilihan dia. Provide ketiga2 pilihan, nak duduk atas ring ke, duduk atas potty ke ataupun bercangkung. Haris mula2 buang air besar dengan bercangkung atas simen, tetapi disebabkan dia geli dengan tahi tersebut, dia akan beralih2 tempat. Selepas 5-6 kali terpaksa mengutip tahinya di beberapa tempat yang berbeza atas simen bilik ait itu, saya kembali memintanya memilih samada mahu buang air besar di atas potty atau di atas ring. Waktu ini, sudah establish jika dia mahu buang air besar, harus dilakukan di dalam toilet, bukan pampers.

Ubah diet dia. Percayalah cakap saya, anak akan mengelak untuk buang air besar sama sekali. Untuk mengelakkan dia daripada sembelit, dan untuk memudahkan dia membuang air besar, suruh dia makan buah. Haris memang tak makan sayur, tetapi dia sangat sukakan mangga, tembikai, anggur, pisang..

Sekiranya anak anda masih bermasalah, seperti Haris, saya ambil gambar step by step apa yang berlaku sewaktu dia membuang air besar di atas potty. Dengan cara itu, dia boleh tahu apa akan terjadi, dan kurang rasa anxiety. Tapi mesti gambar anak anda sendiri, bukan orang lain, supaya lebih mudah untuk dia kaitkan dirinya. Kalau tidak nanti dia kata, "Kawan berak ni, bukan Haris." Berikut gambar2 yang membantu Haris dan saya:
Haria atas potty, tengah imitate saya cakap e'ek.

Mungkin paed anda akan advise jangan bawa toys masuk supaya dia boleh tumpu perhatian. Tapi saya benarkan sbb lagi stressful without his toys. Dia akan concentrate bila urge tu ada, ia tindakbalas semulajadi. Makan buah!

Lepas buang air besar angkat mangkuk ke toilet besar.

Buang.

Flush.

Basuh bontot. Saya masih belum berjaya latih dia basuh sendiri, mngkin dia geli sebab nanti terpegang tahi sendiri. Kalau buang air kecil dah boleh basuh sendiri.

Basuh tangan. Suruh dia kira 1 hingga 5 untuk pastikan cukup lama.

Saya latih dia untuk menggunakan potty untuk buang air besar selama 3 bulan. Sekarang dia sudah boleh ke toilet untuk buang air besar di atas pottynya tanpa ditemani oleh saya..(ahli keluarga lain). Dia 100% free of pampers! Ia sukar, tapi ia boleh dilakukan. InsyaAllah.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak2 anda.


God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.