Saturday 24 March 2012

Islam itu Indah, Bahagia dan Membahagiakan


Alhamdulillah..semalam saya berpeluang menghadiri ceramah motivasi Prof. Dr. Muhaya di masjid negeri Shah Alam. Syukur kerana saya diberikan nikmat kelapangan, kesihatan, kesesuaian kerana bukan mudah untuk saya tinggalkan ketiga2 anak saya untuk ke majlis2 ilmu sebegini. Terima kasih dalam hati pada suami saya, adik ipar saya dan pembantu rumah saya...
Dapat juga saya menenangkan diri, menenggelamkan diri dalam suasana masjid negeri sebentar. Dapat berkenalan dengan kenalan2 baru, dan bertukar2 cerita dan maklumat, alhamdulillah, tak terselit umpat mengumpat hari itu. Berkat.
Dan akhirnya..
Dapat juga saya bertentang mata (walaupun saya di atas karpet dan Dr. Muhaya di atas pentas) melihat sendiri yang empunya diri, seorang yang kata2nya sangat memotivasikan, setiap kali saya mendengar radio IKIM.fm. Istimewanya dia kerana dia tidak perlu meneran2 suara, menegas2kan ayat2 Al-Quran..sekadar berkata2 dengan lemah lembut, apa kaitannya kehidupan ini dengan Islam..prinsipnya, konsepnya yang mudah dan straight forward.
Berikut saya kongsikan point2 yang dapat saya tuliskan dlm buku nota buruk saya. Semoga ia dapat memberikan kebaikan kepada kita semua, InsyaAllah...
  1. Jangan terlalu obses dengan pandangan luaran. Apabila kita pandang cermin, siapa kita yang di dalam cermin? Yg dilihat atau yg melihat? Yg melihat...iaitu roh kita. Yg dilihat hanyalah fizikal sahaja.
  2. Bila kita buat perkara yang Allah suka, kita jadi kuat, dan begitulah sebaliknya. Kita akan jadi lemah apabila kita melakukan perkara yang Allah tidak suka. Pemikiran, perkataan, penglihatan, pendengaran dan pengisian roh akan menyebabkan roh dan setiap sel dalam badan kita berusaha ke arah menjadikan kemahuan kita. Kita isikan deria kita dengan yang negatif, maka kita lemah. Kita isikan deria kita dengan yang positif, kita akan kuat.
  3. Sibukkan diri sendiri mencari keaiban Diri Sendiri, berhenti budget diri sendiri bagus. Berhenti mengumpat orang lain, lebih2 lagi ketika makan minum. Setiap kata2 umpatan yang kita keluarkan akan merubah molekul minuman dan makanan menjadi rosak, lalu kita makan n minum makanan yg rosak. Hilanglah keberkatan makanan kita.
  4. Sentiasa semak akaun emosi, pastikan emosi positif lebih banyak daripada emosi negatif. Apa itu emosi positif? Selalu puji orang lain, cepat minta maaf atas kekurangan diri, selalu maafkan kekurangan suami dan anak-anak. Contoh: Pandai ayah layan budak2 ni sementara saya memasak, pandai ayah pujuk abang potong rambut, terima kasih sebab tolong basuh pinggan, sori mak ambil kakak lambat, sori mak tak pandai ajar kakak subjek ni, saya minta maaf sebab tak pandai masak lemak macam mak awak buat, saya mintak maaf sebab didikan anak2 kita tidak sebaik mana...
  5. Pilihanraya kita adalah setiap masa, kita yang pilih antara syurga atau neraka, antara dosa atau pahala, terpulang pada kita menentukan takdir kita di Padang Masyhar nanti. Jangan tunggu atau pertanggungjawabkan oran lain.
  6. Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Bukan vice versa.
  7. Seorang wanita yang bijak ialah yang menyayangi ibu mertuanya kerana apabila ibu mertua redha akan anak lelakinya, iaitu suami kita, maka suami akan menjadi ahli syurga. Buat suami serba salah kerana terpaksa memilih antara kita dan ibunya, nerakalah untuk suami kita. I love you? Prove it.
  8. Formula bahagia ialah tahu Allah ada di sisi kita. Kerana bahagia itu adalah hak mutlak Allah. Dia boleh memberi dan boleh menariknya bila2 sahaja. Oleh itu, hendaklah kita:
  • Hormat semua makhluk Allah, yang hidup mahupun yang tidak bernyawa.
  • Ikhlas bahagia kerana Allah, betulkan niat kita. Niat baik, kita akan dibalas baik. Hanya untuk mencari redha Allah, bukan sanjungan manusia.
  • Sentiasa berlemah lembut
  • Sentiasa berfikir bagaimana nak tolong, nak memberi
Masa yang paling penting ialah SEKARANG. Orang yang paling penting untuk dibahagiakan ialah ORANG DEPAN KITA, jika kita sendirian, maka, DIRI SENDIRI. Sentiasa mencari ilmu. Dengan ilmu, kita jadi yakin dan tenang, maka kita sihat dan kuat, maka kita akan jadi kaya. Kaya hati, kaya budi pekerti, kaya roh. Tanpa ilmu, anda akan tidak yakin, takut dan risau menghadapi dugaan, akhirnya anda akan sakit. Orang yang sakit akan miskin, roh dan fizikal.
Jadi penyelesaian masalah bukan pada orang lain, tapi diri sendiri kerana ini adalah dugaan yang Allah hantarkan khas untuk diri kita. Especially tailored, mengikut kemampuan diri kita. Kita perlu kembali padaNya untuk mendapatkan kekuatan.

Wednesday 14 March 2012

Apabila berjumpa seorang ibu/bapa anak OKU: Alangkah bagusnya kalau anda tahu 5 perkara ini

Mempunyai seorang anak istimewa menjadikan seseorang ibu atau bapa itu tergolong dalam kelasnya yang tersendiri. Dan masing-masing pula mempunyai situasi yang berlainan, bergantung kepada jenis keistimewaan anak mereka pula: buta/bisu/cacat anggota/ hyperactive/autisme/rent syndrome/cerebral palsy/mental retarded/down syndrome/... kemudian samada hanya mempunyai anak mereka seorang itu sahaja atau ada anak2 normal yang lain...tapi mereka, kami mempunyai beberapa perkara yang kami kongsi bersama, secara umumnya:

1. SAYA PENAT
Walaupun anda lihat kami telahpun mengambil timeout: baring/tengok tv/keluar jalan2 tetapi hakikatnya kami sentiasa keletihan kerana menjaga anak istimewa kami. Emosi kami sentiasa diuji daripada kami membuka mata. Tubuh kami sengal-sengal kerana sentiasa on guard atas sebarang kemungkinan. Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga, kerjaya, terhadap anak-anak yang lain pula...

2. SAYA IRI HATI
Kadang2 kami malas untuk menghadiri perjumpaan keluarga dan rakan2, atau duduk bersama2 dengan orang2 normal yang lain, kerana di sana kami akan melihat bagaimana anak2 orang lain begitu mudah melakukan perkara2 yang anak kami begitu sukar lakukan... perlu ke pelbagai terapi berbulan2, perlu dilatih bercakap berulang2 kali umpama burung kakak tua...hanya untuk menguasai sesuatu skill yang datang secara semulajadi pada anak2 normal. Kami seperti mahu tutup telinga dan lari apabila ibubapa normal mula berlumba2 menceritakan kebolehan anak mereka, sudah boleh hafal abc, 123, boleh itu ini, tidak boleh ingat sifir, malas buat kerja sekolah... apabila anak kami sekadar bersuara ahhh ahhh bila mahukan sesuatu ataupun mengoyakkan kertas dan menggunting kertas pun dengan penuh kesukaran. Apabila anak normal mereka boleh bermain dan berguling2 dengan kawan2 lain tetapi anak kami akan terus mengamuk dan menangis ketakutan sekiranya tersentuh sedikit pun dengan budak2 lain.

3. SAYA SENDIRI
Tangungjawab ini adalah milik kami secara total...walau betapa ramai ahli keluarga yang menyatakan sokongan mereka, walau betapa banyak kelab dan persatuan yang kami sertai, tetapi kami sebenarnya berjalan sendiri, akhirnya. Siapa yang tahu apa yang anak kami mahukan apabila dia hanya memandang ke satu arah, atau hanya menyebut ahh..ahh.. atau dengan tiba2 mengamuk setiap hari tepat jam 12tghari dan sekali lagi jam 10mlm? Apa yang perlu dilakukan, cara bertenang bagaimana yang berkesan untuk mereka? Kami terikat di sebelah anak istimewa kami. Seperti watak Frodo sebagai ring barrier dalam Lord of The Rings, dia diiringi dengan perwira2 hebat, sahabat setia, tetapi hakikatnya dia sendiri yang mesti memasukkan ring tersebut ke dalam kawah volcano. Kami akan kehilangan ahli keluarga dan kebanyakkan kawan2 disebabkan sikap menyendiri kami ini, tetapi kami tiada pilihan lain.

4. SAYA SABAR
Jangan beritahu kami supaya bersabar jika anda tidak tahu maksud sabar itu sendiri. Jika kami tidak sabar, kami tidak akan berada di sini, memegang erat tangan anak kami, memeluk mereka walaupun mereka tidak memeluk kembali. Jangan cepat melatah dan pass judgement apabila kami meninggikan suara atau menghukum anak istimewa kami dengan cara yang betul. Kami meletakkan kepentingan anak istimewa kami paling utama, lebih daripada keutamaan diri kami sendiri, dan kadangkala lebih daripada anak2 normal kami yang lain. Sekiranya anda melihat kami memarahi mereka di depan anda, anda yang perlu bertenang dahulu. Anak kami tidak seperti anak2 normal yang lain, yang tahu apa appropriate behavior, apa unacceptable behavior. Anak2 kami pula akan menjerit dan meraung kerana dia tidak tahu bertindakbalas seperti sepatutnya. Sekiranya anda mahu masuk campur, jangan cuba ajar kami, atau terus take over, tetapi tanya kami, 'Ada apa yang boleh saya bantu?' Kami dengan senang hati akan mengajar anda teknik urutan atau rocking movement yang sesuai untuk sensory anak2 kami, atau cara bercakap mengikut reward system, kemudian anda akan tahu ia adalah tidak semudah yang disangka.

5. SAYA HANYA MANUSIA
Kami seperti anda juga. Mahu melepak di kedai mamak, mahu pergi tonton perlawanan bola, mahu bershopping, mahu berspa, mahu tengok wayang, mahu gardening... kami ada keinginan dan kemahuan. Jangan ingat kami robot yang telah diprogram, yang sempurna. Tidak perlu itu semua..kami berlainan kerana mempunyai anak istimewa, tapi keinginan kami masih ada untuk menjalani kehidupan seharian seperti anda. Tidak perlu tenung kami atau pas remarks untuk buat kami rasa bersalah, kami sudah cukup rasa bersalah setiap kali kami menyantaikan diri kami.

Sunday 11 March 2012

Hari Keluarga Autisme di Komenwel Forest Park

10 Mac lepas kami sekeluarga..tolak adik Abdul Muhaimin pergi ke Forest Park Komenwel, Rawang untuk berjumpa kawan-kawan Kelab Autisme Malaysia yang selama ini saya interact melalui FB.
Melegakan melihat begitu ramai orang lain yang senasib..bukan...itu bukan word yang sesuai. Yang TAHU dan MERASAI apa yang saya dan suami rasakan. Tidak perlukan kata2, hanya senyuman, anggukan dan sapaan sudah cukup.
Tapi tidaklah saya diam seribu bahasa sepanjang perjumpaan tersebut. Malah saya dapat berjumpa kembali dengan bekas senior saya di SSP dahulu, K.Mayzatt. Begitu juga dengan suami saya, dia dapat berjumpa kembali dengan kawan sekolahnya di MRSM Banting dahulu. Kemudian saya dapat bertukar kata & no. telefon dengan K.yati..anaknya sudah berumur 17tahun, asperger syndrome..satu lagi cabang untuk high functioning autism.
Doa dibaca oleh seorang anak teruna Autisme, yang bacaannya lancar dan jelas, yang menyebabkan kami kembali bersemangat dan berharap akan kemungkinan2 cerah untuk Haris.
Saya dan suami juga sangat terkesan dengan talk yang disampaikan oleh Hasnah Toran, seorang pensyarah UKM yang juga mempunyai anak bujang Autism. Malah, suami saya yang sebelum ini mmg tiada masa membaca sebarang artikel, lagi2 buku ttg autism, mendapat gambaran yang sangat jelas tentang apa itu autism. Beberapa point yang kami tidak mungkin lupakan termasuk:
  1. Autisme bermakna bermasalah dalam 3 perkara: Speech, Komunikasi dan kemahiran kognitif.
  2. Berusaha separuh mati mencari harta/dana untuk bekalan Haris apabila kami berdua tiada nanti bukan penyelesaian untuk Haris. Haris perlu TAHU setidak2nya menguruskan dirinya sendiri: pakai baju & buka baju, pergi ke tandas (no pampers), mandi, makan & minum (tidak bersuap). Mungkin juga diajar memasak yang mudah2 spt memasak nasi & air. Dia juga perlu diberi didikan VOKASIONAL (kemahiran hidup yang boleh membantunya menyara hidupnya nanti). Boleh memberitahu apa yang dia perlukan melalui pertuturan yang simple ataupun disokong dengan sign language.
  3. Mengharapkan adik-beradiknya untuk menjaganya seperti saya menjaganya apabila saya tiada nanti adalah SALAH. Raihan dan Abdul Muhaimin akan satu hari nanti mempunyai pasangan masing2, keluarga masing2...passing the burden adalah sangat tidak patut dan merupakan jalan terakhir.
  4. Pedulikan tentang orang lain...samada kawan2 atau ahli keluarga. Beritahu mereka tentang anak anda autism, beri masa 2 atau 3 tahun untuk mereka fahami. Tetapi jika mereka tetap sama, tinggalkan mereka. Amalkan perhubungan touch & go... Yg penting saya mempunyai sokongan kuat daripada suami dan ibubapa...(alhamdulillah saya mempunyai ini, plus, adik beradik daripada kedua2 belah keluarga juga sgt memahami).
Ustazah yg berceramah selepas itu juga mengingatkan supaya redha dengan ketentuanNya. Redha bermaksud, tidak risau dengan masa depan Haris apabila saya dan suami sudah tiada. Ini kerja Allah, Allah lah juga yang Maha Pelindung. Haris ini merupakan satu ujian dunia yang total, sekiranya kita berusaha bersungguh2 dengan ikhlas kerana Allah, mendidik dan menyokongnya selama mana kita hidup, usaha kita itulah nanti yang akan membantu kita di akhirat nanti..menjadi anugerah kepada kita apabila Haris yang sudah tentu ahli syurga waktu itu, memanggil2 nama dan mencari2 wajah kita.
That what matters.
Apabila kita sudah tiada, maka Haris ini akan menjadi ujian kepada mereka yang masih tinggal di dunia. Allah akan melindunginya. Kita yang mesti yakin akan Kekuasaan Allah sebagai pemilik hati setiap manusia...yang mendatangkan ilham dan rasa kasih sayang. Siapa yang akan jaga Haris? Bagimana? Tinggalkan semua persoalan itu pada Allah. Yang penting waktu kita hidup ini, kita berusaha dengan ikhlas, bukan untuk Haris sahaja, tetapi untuk anak2 normal kita yang lain...kakaknya raihan & adiknya Abdul Muhaimin.
Mmg menyebakkan tetapi pada masa yang sama, melegakan..
Melalui perjumpaan ini, saya sudah menemui jawapan kepada dilemma saya sebelum ini, dan saya rasa tenang kerana sudah jelas, crystal clear apa yang perlu saya berikan untuk Haris dan keluarga kami.
Sekolah pendidikan khas. Ajar dia basic living. Ajar dia basic komunikasi. Ajar dia Al-Quran. Saling sokong menyokong suami. Jangan lupakan keperluan kakak dan adiknya. Sertai majlis ilmu. Dekatkan diri dengan Allah.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengajur: Kelab Autisme Malaysia. Saya dan suami are looking forward to our events selepas ini. InsyaAllah...semoga semuanya berjalan lancar selagi mana kita ikhlas.

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.