Sunday 22 January 2012

Tarik nafas sebentar...UPDATE

Hari ini 23hb Januari 2012, dan terima kasih kerana cuti yang sangat panjang, saya dapat menarik diri daripada jadual baru saya yang sangat hectic untuk menulis di sini. Walaupun saya sudah jangkakan saya akan sibuk 2012, baru sekarang saya tahu apa makna sibuk itu sendiri. Alhamdulillah, Allah lancarkan semuanya, dalam Dia menghadiahkan dugaan demi dugaan untuk mengingatkan kami, khususnya saya akan kehadiranNya.
Banyak yang telah berlaku, jadi seat back dan selamat membaca...

Tentang Haris-
Pertemuan dengan child psychologist di PPUM
Alhamdulillah, minggu lepas saya dan Karim dapat bertemu dengan child psychologist di PPUM. Saya menjangkakan pertemuan tersebut akan berjalan lama (mungkin kerana kami menunggu lama), tapi segalanya berjalan dengan sangat lancar dan TANPA tekanan. Dr Manveen sangat positif dan lembut orangnya, dan pilihan ayat2 beliau sangat hati-hati seolah-olah untuk meredakan sesakkan dada kami yang sedia ada waktu itu.
Dia menanyakan soalan-soalan assessment yang by this time, kami sudah expert menjawabnya (kerana sudah menghadiri beberapa assessment berkenaan Haris). Sambil itu dia memerhatikan gelagat yang duduk bersama kami. Hasil pertemuan itu kami tahu kini, for sure:
1. Haris autistic, under mild spectrum. Kenapa mild sebab dia boleh dengar instruction. Dia tidak ada behaviour yang boleh mencederakan diri sendiri (head banging, biting). Dia tidak mempunyai perlakuan moderate/severe autistic (hands flapping, rocking back and forth, obses dengan benda yang berpusing, terlalu rigid, tidak berjengket). Dia boleh bercakap dan ada eye contact jika diajak. Dia tidak perlukan medication.
2. Apa yang kami lakukan sekarang, menghantar Haris ke speech therapy dan occupational therapy adalah satu tindakan yang betul, malah sangat penting untuk mengharapkan sebarang perubahan positif, malah pulih (walaupun bukan sepenuhnya 80% maybe). Kerana dia baru berumur 5 tahun, menghantar ke Ethos, merupakan early intervention yang sangat penting untuk dilakukan. Kami perlu teruskan 2 theraphy ini, dan kalau boleh saya dibenarkan masuk bersama supaya boleh meneruskannya di rumah.
3. Keputusan saya menghantar Haris ke tadika biasa supaya dia boleh bergaul dengan kanak-kanak normal adalah betul. Teruskan supaya dia boleh improve kemahiran bersosialnya dan kurang rigidness.
4. Tidak perlu lagi apply untuk kad OKU Haris kerana masih awal. Tunggu tahun depan, sekiranya dia tidak dapat menguasai kemahiran seperti kanak-kanak normal, dan dilihat kurang sesuai untuk sekolah biasa, perlukan sekolah khas, than kami perlu apply kad OKU. Perlu tahu kepentingan kad OKU. Apa-apa pun kad OKU boleh di apply bila-bila masa, Dr Manveen menyatakan ini beberapa kali, jadi jangan terlalu risau tentang ini.
5. Haris perlukan ADL theraphy- Activity Daily Life, basically untuk mengajar dia membuka/menutup butang baju, pakai/buka baju, buka seluar, suap sendiri, pergi tandas sendiri dsb. Theraphy ini di bawah Occupational Theraphy, jadi tanya Ethos jika mereka menyediakannya. Jika tidak, PPUM ada menyediakannya di sini.
6. Pergi jenguk NASOM (Persatuan Autism Malaysia) cawangan PJ untuk lihat dan kumpul sebarang maklumat, oarang2 di sana sangat berpengalaman tentang autism.
7. Tidak perlu menjalankan Allergy food testing untuk Haris. Cuma diet makanannya perlu diperbagaikan dan jangan hanya telur untuk mengelakkan high cholesterol. Jangan terlalu layan rigidnessnya tentang ini. Kanak-kanak yang lapar akan makan apa sahaja, asalkan jangan memudaratkan kesihatannya.
8. Kami akan didaftarkan dalam support group yang ada untuk berkongsi maklumat dan mendapat sokongan moral antara satu sama lain.

Temujanji kami dengan Dr Manveen yang seterusnya pada bulan 6, tetapi kami diberi direct line, jadi kami boleh menghubungi beliau bila-bila masa sahaja sekiranya perlukan nasihat. (sangat-sangat motovating).

Tentang Raihan-
Menyesuaikan diri di Sekolah Bandar Anggerik
Alhamdulillah, Raihan tidak ada problem untuk bangun awal pagi. Saya bawakan dia bekal, dan duit saku RM2. Dia sudahpun boleh keluar sendiri daripada kelas dan menunggu di pondok di pintu pagar sekolah waktu balik sekolah. Dia juga sudah berani membeli air, makanan di kantin. Dia boleh mengikuti pelajaran di dalam kelas dan cikgu juga kenal dia. Dia sudah mempunyai bebrapa orang kawan yang makan bersama-samnya di kantin- Sofia Aina, Eza, Nurin..itulah nama yang sering disebut.
Cuma mungkin disebabkan sifatnya yang pendiam, dan suka menurut dan memberi, dia mudah menjadi mangsa buli. Bukan yang serius, name calling, makan bekal makanan dia, pakai duit saku dia... mujur saya ada membeli parenting book yang mengupas isu buli di sekolah, dapatlah saya mengajar dan memujuk dia menanganinya sendiri. Cara terbaik menangani isu buli di kalangan rakan sekolah, dia perlu tanganinya sendiri. Mengharapkan pertolongan/intervensi daripada cikgu atau ibubapa adalah penyelesaian sementara sahaja. Sampai bila cikgu dan ibubapa boleh bersama untuk pertahankan hak dia? Jadi dia perlu berani dan tegas pertahankannya sendiri... walaupun saya sentiasa emo dan marah bila dia menceritakan setiap episod buli, tapi alhamdulillah, saya dapat bertenang untuk cari jalan penyelesaian yang mudah untuknya.
KSSR merupakan kurikulum baru untuk batch Raihan, dan penubuhan Pemuafakatan Kelas Ibubapa sesuatu yang baru untuk saya dan Karim. Ibubapa diberi tanggungjawab sepenuhnya menjaga keceriaan kelas anak-anak, termasuk mengatur aktiviti berfaedah antara anak masing-masing. Perjumpaan sering diadakan, malah, baru hari tu saya bergotong royong dengan Raihan membersihkan kelas, mengecat, mengelap tingkap... sesuatu yang memerlukan komitmen yang semua orangs sedia berikan hampir setiap Sabtu. Meletihkan, walaupun saya bergelar surirumah. Untuk Raihan, selagi terdaya, InsyaAllah saya akan lakukan...

Tentang Aimin-
Dia sudah boleh menyebut 2 patah berkataan, boleh mengambil barang dan membuang sampah, main bola...lagaknya sentiasa meniru kakak dan abangnya. Tak sabar nak jadi big boy, sangat-sangat marah kalau saya melayannya seperti baby. Aimin..aimin..

Tentang Karim-
Dinaikkan pangkat
Alhamdulillah, Karim kini seorang Manager di salah sebuah anak syarikat CCM. Walaupun kenaikan gajinya tidaklah seberapa, kami bersyukur dengan rahmat Allah, rezekiNya dalam memberikan dugaan kepada kami.

Tentang Saya-
Picking up myself with gusto
Saya telah mula melakukan perkara-perkara yang saya enjoy, gardening, menguruskan perniagaan online saya, memelihara rabbit & ikan... in between jadual ketat seharian saya. Cuma mungkin saya tidak online sekerap dulu, tidur dan rehat lebih penting sekarang. Mungkin saya akan tutup akaun peribadi FB saya dan hanya maintain FB a/c untuk perniagaan online saya di FB, Mudah dan Blog. Biar saya jadi blogger sahaja.
Saya juga ada hobi baru...bukan baru..dah lama mati dan dihidupkan semula.. cross stitch dan membaca buku. InsyaAllah, 1 buku 1 bulan, tahun ni.
Cuma saya perlu ruangkan jadual ketat saya untuk kelas Tafsir & Tasawuf, InsyaAllah moga Allah panjangkan umur dan berikan kesihatan untuk saya mulakan semula selepas cuti panjang ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah....suka aku membacanya...sgt adil & sgt positif..kira kau update semua org punya status... :) termasuk diri sendiri...jgn ler tutup account peribadi fb tu chah...susah nnt nak communicate..apa2 pun...take care my beloved bff

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih dengan info ni. Amat membantu saya. Anak saya disahkan autisme (mild) pada tahun ini. Umur dia surah 6 tahun. Tahun depan dia perlu masuk ke sekolah rendah. saya masih buntu perlukan anak saya didaftar ke kelas pendidikan khas?

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.