Friday 10 February 2012

Bertanya jika tidak mahu sesat jalan..

Haris is regressing...dia asyik mengamuk, dan apabila mengamuk, dia akan menjerit, membaling barang dan memukul sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya. Apabila dia menangis, dia akan menangis sambil menjerit, dan mula memukul2 kepalanya. Yang selalu menjadi mangsa Muhaimin, adiknya. Kelmarin Haris memukul Muhaimin dan menolaknya sehingga terjatuh dan menangis. Haris seolah-olah tidak boleh berdekatan dengan Muhaimin, seperti sangat2 cemas dan sangat defensive. Dia juga sudah tidak mahu mendengar sebarang pujukan atau diversion sewaktu mengamuk, malah akan memarahi kembali saya dan sudah berani memukul saya. Speechnya juga menjadi lemah, daripada sebelumnya dia sudah boleh menuturkan 4 to 5 letter words, kini hanya 1 to 2, yang lainnya dia hanya mengisyaratkan dengan tangan. Saya cemas...Saya hanya mampu mengurutnya dan melakukan massage movement yang OTnya ajar, barulah dia akan relax dan mendiamkan diri. Saya buntu.
Dengan keadaan Haris di sekolah tadika lagi, saya betul2 rasa tertekan. Saya tidak ada penyelesaian untuk keadaan Haris. Dan orang sekeliling saya juga tidak ada penyelesaian untuk Haris. Sekiranya saya mahukan jawapan, saya perlu cari sendiri.

****************************************************************************************
Sewaktu saya menunggu Haris menjalani terapinya, saya berpeluang berbual dengan seorang ibu di situ. Alhamdulillah, dia selesa berkongsi pengalaman dan ilmunya dengan saya. Anaknya Balqis, mempunyai multiple learning disabilities, dilexsia, speech delay dan PDD. Pun begitu Balqis ada kad OKU. Dia menasihati saya supaya membuang segala perasaan negatif saya tentang OKU dan segera apply untuk Haris. Dia juga menceritakan pengalamannya sewaktu kehilangan punca, teraba2 mencari penyelesaian terbaik untuk anaknya Balqis. Yang penting, saya mesti sentiasa BERTANYA kepada sesiapa saja, terutama pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai pendidikan khas yang saya temui. Saya mesti pergi sendiri ke sekolah pendidikan khas tersebut, bertanya kerana mereka akan assess Haris dahulu sebelum memberi kebenaran bersekolah di sekolah tersebut. Semua itu makan masa. Ia merupakan proses yang tidak semudah sekolah biasa kerana Haris akan diassess berkali2 untuk memastikan dia ditempatkan di sekolah yang paling sesuai dengan disabilitiesnya. Ia merupakan satu PROSES PENYESUAIAN, jadi jangan cepat putus asa sekiranya penempatan itu gagal. Sentiasa ada plan seterusnya, jangan berhenti. Mempunyai kad OKU bermakna saya dan Haris berhak untuk mendapat segala sokongan yang diperlukan, baik dari kerajaan mahupun NGO. Haris juga akan diasses perkembangannya dari masa ke semasa, dan sekiranya perkembangannya sudah selari dengan individu normal, dia tidak boleh ke sekolah khas dan perlu dimasukkan ke sekolah biasa.

Saya minta maaf jika ayat saya panjang2 dan hanya dipisahkan dengan koma, bukan nokhtah. Saya sedang mengingat kembali pertemuan tersebut, dan saya tidak mahu ketinggalan sebarang maklumat berguna.

Ibu Balqis sempat juga menyuruh saya mendaftarkan Haris ke Sekolah Pendidikan Khas USJ 2, kerana sokongan tenaga pengajarnya dan fasilitinya sangat baik, terbaik setakat ini. Selain daripada murid2 diajar dalam kumpulan kecil, mereka juga mempunyai gym dan kolam renang untuk terapi. Ibu Balqis tinggal di Klang, dan mereka perlu bertolak seawal 6.30pagi untuk menghadapi kesesakan lalulintas di Klang dan Subang, 5 hari seminggu.
Saya ingin bertanya lagi bagaimana dia membahagi perhatian untuk anak-anaknya yang lain, tapi tidak berkesempatan. Semoga saya dapat bertemu dengannya lain kali.

****************************************************************************************
Saya juga sempat berbual dengan Dr. dan OT Haris selepas itu. Saya ceritakan dengan ringkas pertemuan saya dengan klinikal psikatarist dan OT di PPUM, kemudian terus menumpukan kerisauan saya pada perubahan kelakuan Haris. Mereka menerangkan, masalah utama Haris ialah dari segi Behavior, dan sekiranya kita dapat mengurangkan masalah ini, dia akan mudah mempelajari Speech & education. Malangnya, soal Behavior Haris tidaklah straight forward seperti kanak2 normal lain, tetapi ia lebih kompleks daripada itu...
Haris mempunyai Unacceptable Behavior- tantrum, menjerit, memukul, degil, pemarah- kerana ada sebahagian sensory otaknya yang tidak matang. Ini menyebabkan apabila dia menerima sesuatu ransangan/perlakuan negatif seperti perkataan no, dia tidak dapat memprosesnya seperti sepatutnya, menyebabkan dia bertindakbalas seperti sekarang, dengan menjerit/ melahirkan perasaan luar kawalan. Untuk membantu mematangkan sensory otak Haris, dia perlu melakukan banyak pergerakan, massage dan sensory activities. Ini semua di bawah bidang OT. Haris juga perlu menjalani blood test untuk mengetahui food allergy, salah satu faktor yang turut menyumbang behaviornya.
Dr. menasihatkan saya 'merehatkan' saja Haris dari ke sekolah saja buat sementara waktu. Mungkin dia tantrum kerana dia memberontak, atau stress dengan perubahan. Saya juga harus memaklumkan Haris yang autistik, dan adakah pihak sekolah ok dengan ini. Jika tidak, maka saya perlu cari alternatif lain untuk memenuhi masa Haris, selain daripada OT dan speech.
Saya dapat gambaran apa yang perlu saya lakukan. Tapi ia sekadar gambaran..bukan step by step... seperti yang ibu Balqis katakan, saya akan lost, kecuali jika saya rajin bertanya. Dan mencari maklumat.

1 comment:

  1. Salam, saya tertarik dgn blog Puan mengenai autism. Utk pengetahuan, anak saya juga telah disahkan oleh Doctor sbg Autistic Spectrum Disorder (ASD) peringkat 'mild', kelmarin oleh doktor di PPUKM. Waktu itu, hanya Allah saja yg mengetahui betapa sedihnya saya apabila dpt tahu perkara yg saya pernah fikirkan sebelum ini betul2 menjadi kenyataan. Saya menangis berjam2.. Memikirkan apa yg harus saya lakukan..ditambah pula apabila doktor memberi borang pendaftaran OKU utk diisi, saya bertambah sedih..perasaan yg sama Puan alami..mungkin apabila saya membaca blog ini, Akan memberi sedikit panduan utk saya. Tks.

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.