Tuesday 14 February 2012

Kisah Segenggam Kopi dan sebuah Telaga...


Kisah ni saya dengar sewaktu dalam perjalanan pulang dari menghantar Raihan ke sekolah pagi tadi dalam radio. Sangat motivating, so happy sharing.
  • Ada seorang pemuda yang merasakan hidupnya penuh dengan masalah. Kerana terlalu tertekan, dia berjumpa dengan seorang tua yang bijaksana untuk mengadu masalahnya. Orang tua tersebut hanya tersenyum lalu menyuruhnya mengambil segenggam kopi dan segelas air.
  • Orang tua itu meminta pemuda tersebut membancuh kopi tadi dalam air dan meminumnya. Pemuda itu membuat seperti yang disuruhnya, tetapi meludah dan membuang air yang diminumnya kerana ia terlalu pahit.
  • Orang tua itu kemudian menyuruh pemuda itu mengambil segenggam kopi juga, tetapi dibancuhkan ke dalam air telaga di belakang rumahnya. Pemuda itu menurut. Selepas sebati kopi tadi dengan air telaga itu, dia meminumnya.
  • "Sangat menyegarkan air dari dalam telaga ini." "Kau tak merasa pahit kopinya?". "Tidak lansung,wahai orang tua." Lalu orang tua itu terus menerangkan pengajaran di sebalik suruhan-suruhannya tadi.
  • Segenggam kopi adalah kepahitan hidup yang dirasai oleh semua orang. Payah susahnya, ia tetap dalam sukatan yang sama. Tetapi bekas air yang kau gunakan untuk meminum air kopi tersebut, samada dalam sebiji gelas atau sebuah telaga adalah umpama hati kita. Sekiranya hati kita sekecil bekas gelas, maka terasa amat pahit malah tak tertahan nak menanggungnya. Tetapi jika kita besarkan hati kita, seluas dan sedalam telaga, maka rasa pahit itu akan hilang begitu sahaja, malah kita merasa segar dengan air bancuhan kopi dari telaga tersebut.
  • Jadi sentiasa berlapang dada dalam menghadapi kesukaran dalam hidup ini. Besarkan hati anda sebesar2nya, InsyaAllah, kesukaran hidup ini akan lebih mudah dihadapi. Seperti dalam cerita Ultraman... dia akan membesarkan badannya sebelum melawan raksasa.
P/S: Sewaktu saya sedang serius dan buntu menceritakan perkembangan Haris yang tidak konsisten, tiba-tiba suami kesayangan saya mencelah, "Kira Haris ni macam hero dalam Kung Fu Hustle la kan? Dia punye tumbukan tu tak cukup power lagi nak lawan orang jahat." Semoga hati saya seluas dan sedalam hati suami saya...

1 comment:

  1. very refreshing and motivating.....
    thanks for sharing Chah....buat aku bersemangat jugak :)

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.