Saturday 18 February 2012

We hate Wrapping!!

Graf Haris sedang turun sekarang. Ini bermakna:
  1. Daripada 5-6 letter words dia hanya bertutur 3 words majoriti
  2. Eye contact kembali lemah
  3. Kembali keliru dengan warna
  4. Kembali keliru dengan konsep shapes
  5. Hypersensitif di sebelah kanan badan (tapak kaki, pangkal peha,dalam mulut)
  6. Kadangkala akan mengerekotkan tapak kaki apabila berjalan di atas permukaan yang kasar/ berlainan
  7. Lebih suka mengeluarkan bunyi daripada cuba bercakap bila mula tantrum
  8. Menunjukkan dengan jari apabila mahukan sesuatu, hanya akan ambil benda tersebut apabila disuruh/dipujuk
  9. Memukul kepala/kedua-dua belah telinga apabila kecewa/tidak puashati
  10. Hanya akan tenang apabila di massage berserta positif reinforcement.
OT kesayangan kami, Illi telahpun meninggalkan Ethos untuk bekerja di tempat lain. Sudah 2 kali sesi terapi Haris dengan OT baru Mira yang dipenuhi dengan episod meltdown dan mengamuk sahaja. Sesi terakhirlah yang paling teruk, Haris sampai digulung dengan selimut sebanyak 2 KALI oleh Mira kerana mengamuk dan tidak mendengar sebarang arahan.
Saya tidak puas hati. Marah sebenarnya. Pendekatan Mira dan Illi seperti langit dan bumi. Illi mengambil pendekatan positif reinforcement dan wrapping (gulung budak dengan kain selimut/bedung) merupakan pilihan terakhirnya. Tetapi Mira, selepas 5 minit mendengar Haris mengamuk, sudah membawa masuk selimut. Malah, sepanjang sesi kata-kata yang Mira berikan hanyalah, "Diam!," "Tutup mulut!," "Jangan nangis, nanti Mira gulung!,". Haris hanya bertambah aggresive dengan kata-kata sebegitu. Lepas tu dijolok pula mulut Haris dengan berus gigi, untuk massage dalam mulutnya yang sensitif. Luluh hati saya dengar Haris merayu-rayu, cuba mengawal perasaannya seperti yang disuruh Mira. Dalam keadaan sebegitu, macamanalah seorang kanak2 autistik mahu menjalankan aktiviti OT dan Speechnya???
Saya diam sahaja bila sesi Haris selesai, Mira melaporkan keterukkan prestasi Haris. Saya cuma tanya, berapa kali awak gulung Haris? Bukankah gulung tu last option untuk mengawal dia? Awak dah cuba massage dia, rocking dia sebelum itu? Apabila dia diam sahaja, saya pun bawa Haris pergi. Next sesi kalau dia buat begitu juga pada Haris, saya akan request OT lain, atau berhenti sahaja dari Ethos. Saya tahu tentang negative reinforcement, tapi saya juga tahu cara bagaimana Haris bekerjasama, saya tahu bila patut bertegas dan berlembut. Saya bukan ibu bodoh yang tiada pengetahuan tentang segala teknik yang ada dalam OT. Banyak lagi cara lain untuk Haris. Nak apply negative reinforcement sangat buat apa? Nak suruh Haris improve secepat mungkin nak suruh dia ke mana? Dia autistik. Graf Haris yang hebat sebelum ini kerana pendekatan yang sangat positif dan mengikut pace dia. Dengan cara Mira, sesi itu sepenuhnya dipenuhi dengan amukan.
Balik rumah selepas Haris mandi, sewaktu saya dan Haris sama-sama mengelap badannya, saya lihat kesan merah lilitan di bawah lehernya, di tulang kerangkanya. Sebal hati saya, rasa bersalah membiarkan Haris digulung. Tapi Haris hanya tersengih2, ceria seperti episod petang tadi tidak berlaku lansung. Saya hanya peluk Haris, nak cakap pun dia tak faham.

2 comments:

  1. Susulan daripada sesi disaster itu, saya mengadu pada Dr Norazizan. Dia mengambil alih sepenuhnya sesi OT haris, dan menggunakan pendekatan Illi. Sewaktu sesi terapi tersebut, Haris boleh mencari guli dalam kacang, tiup buih, main kejar-kejar.. malah boleh tertawa sewaktu digeletek. Boleh mendengar arahan. Dr lansung tidak perlu menaikkan suara.
    Saya bukan seorang ibu yang terlalu berlembut dan tidak tahu bertegas, tapi saya tahu what works for Haris.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah ... tuhan lindungi anak2 istimewa

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.