Wednesday 16 May 2012

Lawatan MB ke Rumah Ramah, nursery Haris

Inilah Rumah Ramah, nursery khas Haris. Haris dah nak masuk 2 bulan di sini, mula bulan April.

Students daripada Kolej Komuniti..budak2 ni yang bertungkus lumus nyiapkan mural cantik ni.

Antara kawan-kawan Haris yang sabar menunggu, Danish, Amir dan Ikhwan sejak pagi lagi.

Gaya santai Haris menunggu ketibaan MB melawat nursery die.

MB tengah cat salah satu huruf kat mural

Singgah tengok Amir. Entah macamana gambar saya ade terselit kat situ plak.

For the sake of change, kata Pn Fazhilah. Hari itu, Rumah Ramah menerima RM2000, dan keseluruhan rumah itu dicat baru, ada mural baru, jalan masuk ditar dan rumput di halaman dipotong pendek.

Thank you students daripada Kolej Komuniti, menjayakan Program Mengecat. Cantik nursery kami!
Sewaktu Pn Fazhilah meminta saya datang ke Rumah Ramah pada hari Ahad  beberapa minggu yang lepas, untuk menjayakan program lawatan MB ke nursery Haris, saya tidak dapat menolak. Pertama sebab saya mahu sangat2 berkenalan dengan parents kawan-kawan Haris, untuk bertukar-tukar cerita. Kedua sebab saya mahu meraikan perubahan positif yang dibawa sempena Program Mengecat kepada Rumah Ramah, nursery Haris. Ketiga sebab saya mahu melihat sendiri, secara diam2 bagaimana pentadbiran sekolah dan guru2 mereka melayani kerenah anak2 istimewa kami, mengenali hati budi mereka.
Pagi2 lagi saya dah ada di sana bersama Haris, dalam pukul 9.00am. Nasib baiklah Haris tak buat perangai dan menurut sahaja, walaupun di luar kebiasaan dia. Tidak seperti Danish, kawannya yang autism juga. Kerana hari itu hari Ahad, Danish tidak faham kenapa dia perlu berada di nursery dan bukan di rumah. Untuk memahami perubahan ini, Danish tak senang duduk, jalan sana sini, bertukar baju beberapa kali, kadangkala menangis, menggulung2 kertas... Ibunya yang juga kawan baru saya, Kurshiah hanya tersenyum. Alah bisa tegal biasa, agaknya. Nasib baiklah by the time MB sampai, Danish sudah boleh ditenangkan, malah kelihatan seperti kanak2 biasa, sempat bergambar lagi tu dengan MB.
Saya juga sempat berkenalan dengan Kak Nor, yang anaknya yang tertua di sana, Amir berumur 13 tahun. Mulanya saya ingat Amir menghidap severe autism, tapi rupanya dia mentally retarded (MR). Amir mempunyai kembar, dan kembarnya normal tidak seperti dia. Kak Nor kata, sewaktu melahirkan, Amir kekurangan oksigen masuk ke dalam otak, menyebabkan otaknya terencat. Dia tidak boleh bercakap, perlu disuap, tidak boleh mengurus diri sendiri... Nak ke sekolah khas pun tak boleh kerana Amir hanya berlari ke sana ke mari sahaja, tidak dapat belajar. Tarik nafas panjang saya mendengarkan kisah Kak Nor. Sempat juga saya menerima 'tepukan mesra' daripada Amir, salah satu cara Amir menegur orang asing.
Saya banyak berbual dengan ibu Qalisya, yang mengidap cerebral palsy. Kerusi khas yang diduduki Qalisya menelan belanja RM 800, buatan tempatan. Kalau oversea mahu mencecah RM2000 katanya. Kerusi itu penting kerana ia menyokong tubuhnya dan memudahkan ibunya menjaganya. Apabila saya diberitahu ibunya Qalisya anak angkatnya, saya memang terkejut dan kagum sendiri. Memang kasih ibu bapa angkatnya tiada sempadan. Sewaktu mereka mengambil Qalisya, dia normal, tapi kemudian seaktu berumur 3 minggu lebih, dia diserang demam panas, yang menyebabkan dia mengidap cerebral palsy. Tetapi mereka tidak pernah sedikit pun terkesan, malah sangat menyayanginya.
Saya sempat sama2 duduk melihat Haris bermain di Multisensory Room dengan kawan2nya. Bilik yang separa gelap, dilengkapi tilam bergetah untuk melompat2, cahaya tenang yang bergerak, ade air-cond, ade lagu kanak-kanak yang perlahan dimainkan..memang Haris sangat seronok dalam bilik tu. Sehinggakan waktu MB datang, dia hampir tidak menghiraukan kehadiran beliau.
Selepas MB beredar, saya dan Haris (yang dah sampai tahap maksimum) cepat2 meminta diri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dan saya berpuashati sebab dapat lebih mengenali semua yang terlibat dengan Rumah Ramah, daripada admin, helpers, teachers, parents hinggakan kepada anak2 istimewa yang ada di sana. Semoga Allah terus merahmati kebajikan penghuni rumah ini, Amin.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...
    Saya pun akan menghantar bayi istimewa saya ke rumah ramah mulai minggu depan insyaAllah. Harap dapat kenal dgn puan dan anak puan. Bayi saya down syndrome serta mpy kolostomi. Takde nurseri yang sanggup jaga. Alhamdulillah, pn Fazilah sudi menerima bayi sy. Semoga anak2 kita mendapat kebaikan semasa di nurseri....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas artikel puan... mohon share di FB Persatuan PAKAR ye. Saya merupakan S/U Persatuan Pakar yang mengendalikan Rumah RAMAH. Mungkin kita jarang bersua tapi kami membantu Pn Hjh Fadillah & warga kerja Rumah RAMAH apa yang patut secara belakang tabir. Bagi phak PAKAR, kami sangat gembira sekiranya Rumah RAMAH dapat membantu sedikit sebanyak rehabilitasi Haris. Saya amat kagum dengan ketabahan puan dan izinkan saya berkongsi cerita ini. Saya juga punya anak angkat OKU (Cerebral palsy) yang dibela sejak lahir dan diselamatkan dari dibuang. Saya juga percaya bahawa kita juga perlu teruskan berinspirasi. Inilah amanah ALLAH kepada kita. Percayalah ada balasan baik untuk kita. Jika puan punya info yang boleh dikongsi, sudi2 kan email ke hamdan@fatdrigroup.com ... Hamdan M Salleh

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum rumah RAMAH ni dekat mana ya...

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.