Saturday 24 December 2011

Bersedia untuk 2012

Hari ini merupakan hari terakhir untuk minggu yang mencabar untuk saya sebab maid kami, Ita pulang ke kampung selama 2 minggu dan saya terpaksa menguruskan segalanya- urusan biasa surirumah, masak, kemas, laundry, jaga anak & hantar Haris ke terapi. Karim tiada pula, dia outstation sepanjang minggu tersebut, hanya pulang untuk pergi semula, jadi semua terletak dibahu saya. Ita mahu berhenti selepas tamat permitnya bulan 7 tahun depan...

Alhamdulillah,
Rumah saya tak jadi tongkang pecah sepanjang saya menguruskannya. Sampah dibuang, rumah kemas seadanya walaupun mungkin habuk dilantai masih ada. Anak-anak pun tidak kelaparan walaupun kekadang terpaksa makan lewat sedikit menunggu saya siap masak. Tetapi saya dapati mereka lebih bersemangat dan tidak cerewet bila mengadap rezeki dek kerana perut yang super lapar. Kain berlipat dan yang perlu digosok saya hantar ke dobi.

Haris juga tidak tertinggal mana2 sesi terapi, alhamdulillah. Cuma saya terpaksa meninggalkannya untuk yg sesi 2 jam sbb terlalu lama untuk Aimin & Raihan tunggu di situ. Nasib baiklah rumah kami dan Ethos di Shah Alam, jika seperti kenalan saya, ibu Haziq yang tinggal di Bangi, dia terpaksa membawa ketiga2 anaknya dan menunggu Haziq di sana.

Saya juga telah daftarkan Raihan ke Kelas Fardhu Ain di Yayasan Restu tempohari untuk tahun 2012, jadi dapatlah dia menyambung pendidikan agamanya di waktu petang selepas sekolah rendah. Baru malam semalam, saya belikan serba sedikit kelengkapan sekolah rendahnya, school uniforms selepas asyik bertangguh. Kononnya nak beli dengan Karim, tapi melihatkan gayanya, saya tidak boleh menunggu lagi.

Alhamdulillah, saya dapat melakukannya dengan baik. Alhamdulillah juga kerana adik ipar saya, Zanariah tinggal bersama dengan kami buat masa ini. Dia lulusan UNITEN dan sedang menunggu untuk tawaran kerja. Jadi sekiranya saya perlu keluar sebentar, dia dapat menemankan anak2 di rumah.

Alhamdulillah juga kerana ibubapa saya tinggal berdekatan. Di rumah sana ada 2 maid. Jadi jika saya perlukan time out, saya ke sana... Haris dan Muhaimin akan mandi swimming pool di temani Bibik. Waktu itu merupakan leisure time untuk saya, kerana saya dapat berbual dengan adik saya, atau ibu bapa, atau hanya menonton tv sambil makan kerepek. Makan tengahari/makan malam akan siap tersedia, jadi memang saya memang dapat rehatkan badan yang keletihan.

Saya tahu tahun depan saya akan lebih sibuk. Jadual saya akan berubah, dengan Raihan yang sekolah pagi dan petang, dan Haris juga mula sekolah tadika dan sesi terapi yang sedia ada. Tetapi saya ada khidmat Ita sehingga bulan 7, dan saya ada adik ipar saya yang lapang sehingga dia mendapat kerja. Dan saya ada ibubapa saya yang tinggal berdekatan dengan saya, yang keduanya masih boleh memandu, dan sentiasa sedia jika saya perlukan apa-apa.

Saya susah? Astaghfirullahalazim...mungkin sayalah yang ustaz kata kufur nikmat. Betul saya diduga, tapi sambil diduga Allah masih hulurkan pelbagai bantuan nikmat di sekeliling saya. Saya yang biarkan diri saya tenggelam...

Alhamdulillah, Allah telah bukakan mata saya. Semoga Allah tidak berhenti menjaga hambaNya yang seorang ini, walaupun dia selalu lalai dan selalu leka. Subhannallah! Janganlah sesekali dibiarkan saya dengan kudrat saya sendiri. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, dan semua yang berlaku ada hikmahnya... Amin..

Tuesday 20 December 2011

Keajaiban di FunFair

Ada FunFair di parking space stadium Shah Alam, masih lagi berlansung sehingga habis cuti sekolah. Kami mengambil kesempatan itu, untuk mengurangkan tekanan masing2. Suami saya sangat2 sibuk kebelakangan ini, jadi outing tersebut sebagai pemujuk Raihan, Haris dan juga baby Muhaimin. Juga untuk saya, yang keletihan menguruskan mereka.
Gambar-gambar yang kami sempat ambil.
Ia merupaka satu keajaban kerana di sana, Haris buat pertama kalinya mahu mencuba, dan SERONOK menaiki rides yang ada. Dia naik Car ride, Train ride dan Ferris Wheel. Saya dan suami tidak dapat gambarkan perasaan kami melihat dia seronok seperti kanak-kanak lain waktu itu.
Terima kasih, Allah.









Tuesday 13 December 2011

Benarkan diri anda untuk mengalami meltdown..

Saya boleh digambarkan sebagai seorang yang berjiwa kuat dan tabah apabila menghadapi kesukaran dalam hidup. Segalanya seboleh-bolehnya saya hadapi sendiri dengan penuh semangat berdikari. Jarang sekali orang2 di sekeliling saya, samada rakan atau ahli keluarga berpeluang melihat saya menangis atau meluahkan perasaan saya.
Sejak kami diberitahu bahawa Haris autistik, sudah dua kali saya mengalami meltdown... menangis dan meluahkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. Pertama kali pada suami saya, sewaktu awal2 kami diberitahu Haris autistik, dan yang kedua berlaku beberapa hari yang lalu, pada ibubapa saya. Puncanya hanya satu, saya tidak tertanggung menghadapi keadaan Haris seorang diri, dan saya merasa sangat terasing dan seorang diri menanggungnya. Urusan seharian saya, urusan terapi saya, urusan rumahtangga saya, urusan anak2 yang lain-Raihan & Muhaimin saya... walaupun secara teknikal memanglah saya yang bertanggungjawab menguruskannya kerana saya ibunya dan saya pula surirumah sepenuh masa.
Percayalah... jika anda juga seperti saya, benarkan diri anda untuk meluahkan segala2nya pada orang yang terdekat dengan anda, supaya mereka tahu tahap intensiti tekanan yang anda hadapi. Ingat, tekanan tidak boleh dilihat, dan selagi anda buat seolah-olah tiada apa yang berlaku, mereka akan ASSUME anda sedang OK, dan mereka tidak perlu membantu. Lebih2 lagi jika perkara yang anda hadapi, seperti saya, mempunyai anak istimewa, sesuatu yang asing bagi mereka, mereka akan cepat2 sahaja tekan mode 'it's her problem, not mine'.
Reaksi yang bakal anda perolehi daripada mereka sewaktu meltdown akan berbeza, bergantung pada orang itu sendiri. Sewaktu saya meltdown pada suami saya, dalam keadaan penuh emosi dan tertekan akhirnya suami saya mengakui secara lisan, Ya, anak kita autistik! Satu ucapan yang melegakan bukan sahaja saya apabila mendengarnya, tetapi juga suami saya kerana akhirnya dia juga menerima keadaan Haris.
Berbeza pula dengan ibubapa saya, terutama bapa saya sewaktu saya meltdown beberapa hari lalu pada mereka. Bapa saya memarahi saya kembali kerana mengatakan mereka tidak cukup memberikan sokongan kepada saya dalam menghadapi situasi Haris. Dalam kemarahan, bapa saya malah menuturkan ayat2 yang amat menyedihkan hati saya, dalam usaha dia mempertahankan dirinya. Sebagai anak yang sentiasa menghormati dan amat menjaga hati mereka, saya cuba menyatakan isi hati saya sebaiknya, kemudian meminta maaf sekiranya saya menyinggung mereka dengan tone suara saya atau kata2 saya. Saya banyak beristighfar dan meminta ampun pada Allah selepas itu kerana jelas menyinggung mereka, tetapi pada masa yang sama amat berharap mereka memahami situasi saya. Alhamdulillah, selang 2 hari bapa saya menghubungi saya dan menyatakan keinginannya untuk sama2 menghadiri terapi Haris supaya dapat memahami apa yang saya alami selama ini.
Point saya ialah, sekiranya anda mempunyai anak istimewa seperti saya, anda TIDAK BOLEH hadapinya seorang diri. Selain Allah, berkongsilah dengan pasangan anda, ibubapa anda, sahabat anda.. tetapi lakukannya dengan ikhlas. Dan sentiasa ingat reaksi yang mereka berikan akan berbeza2, kerana mereka bukan malaikat, malah manusia yang serba kekurangan.
InsyaAllah, semuanya akan jadi sedikit melegakan untuk anda yang dipilih Allah untuk menjaga ahli syurga di dunia ini yang penuh kesukaran. Amin...

Saturday 10 December 2011

Sekolah Tadika untuk Haris

Pencarian saya sudah muktamad. Akhirnya saya mengambil keputusan menghantar Haris ke sebuah sekolah tadika NURI berdekatan dengan rumah kami, yang mempunyai julat murid terendah. Itulah kriteria utama saya, mencari tadika yang mempunyai murid paling sedikit. Saya tidak berapa kisah program yang ditawarkan, kerana pada saya, tadika sekarang semua menawarkan pakej pendidikan yang lengkap.
Berdasarkan rekod daftar, Haris akan menjadi murid baru tunggal kepada 5 murid sedia ada tahun depan, jadi saya yakin (menadah berharap) Haris akan dapat menyesuaikan diri dan mengubah gambaran negatif tentang sekolah sebelum ini. Dengan murid yang sedikit, cikgu tadika akan berikan lebih perhatian pada setiap murid, dan kejadian buli membuli, sakat menyakat dapat dielakkan.
Itulah tips terpenting yang saya perolehi daripada ibu Irfan, kawan baru saya sewaktu berbual di Ethos. Ibu Irfan, yang juga mempunyai anak autistik, tetapi berumur 7 tahun, memberitahu saya supaya mencari tadika yang paling sedikit bilangan muridnya, tak kisahlah program apa, sebab anak-anak autistik ini sangat sensitif dengan orang ramai... Alhamdulillah, anaknya Irfan dapat belajar dengan baik di tadika tersebut, yg baru dibuka. Dia banyak memberikan semangat setiap kali kami berjumpa, dan saya selalu meminta panduan tentang Haris.
Trial untuk sekolah tadika Haris bermula Isnin, 3 hari, dan group theraphy Haris juga bermula minggu depan. Bermakna, saya akan dapat test drive education plan Haris minggu depan. Isnin, Selasa, Rabu sekolah tadika pagi, 8am sampai 12.30tghari. Khamis & Jumaat group theraphy 9.30am sampai 11.30am. Ahad pula individual theraphy 3.00pm sampai 4.00pm.
Semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Saturday 3 December 2011

Kali pertama bersama-sama dalam bilik terapi..

Dalam sesi terapi Haris yang terakhir, 15 minit pertama telah terbuang begitu sahaja apabila Haris hanya mengamuk, menangis dan tidak mahu mendengar instruction yang diberikan. Waktu itu saya hanya menahan nafas di luar bilik, kesal dan sedikit marah. Saya tahu punca Haris bersikap sedemikian adalah kerana mendapat layanan extra istimewa daripada auntynya yang seketika ini tinggal bersama kami. Walaupun sudah diingatkan berkali-kali jangan melayan Haris begitu, tetapi saya gagal mendapatkan kerjasama darinya. Bagai pahat dengan penukul sikapnya, apabila diingatkan sahaja baru dia mengikut, selepas itu kembali memanjakan Haris semahu-mahunya. Jika bersama aunty tersebut, Haris tidak perlu berusaha lansung untuk bercakap, malah dengan merengek sahaja lebih cepat dia mendapat kemahuannya. Dipangku diriba2nya Haris seperti bayi.. masyaAllah..bukanlah saya tidak suka anak saya mendapat kasih sayang sedalam itu daripada auntynya. Bukan itu.
Tetapi inilah akibatnya... apabila Haris menghadiri terapinya, kami terpaksa memprogram kembali perlakuannya menjadi yang sepatutnya, bercakap jika mahukan sesuatu. Mendapat habuan apabila berkelakuan baik...dan masa yang sepatutnya digunakan untuk Haris, supaya Haris boleh terus maju ke hadapan, menjadi set back. Satu situasi yang sangat mengecewakan dan meruntun perasaan. Saya kesal kerana disebabkan orang ini, perkembangan Haris terkebelakang. Saya rasa bersalah kerana saya gagal memberikan input yang sepatutnya supaya orang ini benar2 faham apa yang sedang kami, Haris hadapi. Saya rasa marah dan tidak berdaya kerana orang ini adalah ahli keluarga, maka jika dia membuat keputusan untuk bersikap indifferent, saya sudah tidak dapat berbuat apa-apa...
Selepas 15 minit tantrum, akhirnya Haris berjaya dibawa bertenang di dalam bilik. Tiba-tiba saya diminta untuk masuk dan duduk di kerusi yang disediakan. Saya menyedari bahawa kehadiran saya telah dijadikan 'reward' kepada Haris. Sekiranya Haris tidak behave properly, maka saya diminta untuk meninggalkan bilik tersebut.
Cara ini berkesan.
Satu2 latihan Haris lakukan sambil melihat2 reaksi saya. Dan saya juga buat kali pertama berpeluang melihat apa yang sebenarnya mereka lakukan di dalam bilik. Disebabkan Haris tantrum, dia tidak mahu melakukan aktiviti fizikal berjalan dari satu kerusi ke kerusi yang lain. Dia juga tidak mahu merangkak melalui tunnel. Jadi, no Occupational Theraphy this time.
Jadi mereka melakukan table activity. Mula2 membuat three piece puzzle berbentuk binatang. Alhamdulillah, Haris dapat melakukannya kali ini, tidak seperti sebelumnya di dalam terapi lepas. Sepatutnya kanak-kanak sebaya Haris sudah boleh menyatukan a 4 piece puzzle. Well done Haris, we're getting there.
Kemudian aktiviti mengenal pasti objek panjang pendek, dengan mewarna dan memandankan objek yang sama. Saya sedaya upaya menghafal cara Miss Aimie melatih Haris, supaya saya boleh melatihnya di rumah. Miss Aimie sentiasa meminta Haris bercakap dahulu sebelum melakukan sesuatu. Eye contact tidak pernah terputus.
Selepas itu mereka beralih pula kepada mengenalpasti shapes: square, triangle, rectangle dan star. Sekali lagi a set of learning cards dikeluarkan. Selepas beberapa ketika Haris sudah tidak boleh menumpu. Reluntantly, Haris masih boleh mengenalpasti shapes dalam kad2 tu. Miss Aimie memberikan saya beberapa kertas latihan untuk dibuat di rumah. Masih perlukan pengukuhan. Ok..

Thursday 1 December 2011

Haris layak untuk Play Theraphy

Alhamdulillah...
Saya sangat bersyukur dengan perkembangan Haris. Menurut Miss Aimie (speech therapist) & Miss Illi (Occupational therapist), Haris menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Sekarang Haris sudahpun boleh menuturkan 4 ke 5 words, lengkap dengan adjective dan noun. Kemahuannya untuk bercakap itulah yang penting. Saya..kami perlu terus memperkenalkan words baru setiap hari, tak kiralah adjective atau noun. Haris juga sudah boleh melukis bulat, straight line..tetapi masih belum boleh buat cross untuk lines yang dia tulis. Miss Illi juga menyedari Haris hanya mewarna certain parts of the picture, bukan keseluruhan gambar tersebut. Saya juga menyedari kepelikkan tersebut, menurut Miss Illi, ini disebabkan masalah perception Haris terhadap apa yang dia lihat. Anak-anak autism melihat sesuatu benda tidak sama seperti kita, begitulah penerangannya. Itulah sebabnya Haris mewarna begitu. Belum sempat saya bertanya bagaimana? Miss Illi terus memberitahu dia akan mengadakan latihan bersama Haris untuk mengubah persepsi tersebut dalam sesi terapi akan datang.
Dr. Norizat kata Haris 'a miracle' dan saya tersentak sedikit dan terharu apabila dia berkata, alhamdulillah, Allah dengar doa doktor untuk Haris. Yalah, dalam kesibukkan doktor mengendalikan kes2 anak2 autism yang lebih severe, saya terharu beliau masih meluangkan sedikit masa berdoa untuk kebaikan anak saya. A prayer from a stranger...
Dan saya yakin, amat yakin, berkat doa -doa daripada ahli keluarga, kawan-kawan kami, dan ya, juga daripada sesiapa yang mungkin terbacakan blog ini, Haris semakin menunjukkan peningkatan miracle. Terima kasih buat anda semua di sana. Kebaikkan anda, hanya Allah lah sahaja yang sebaik-baiknya membalas. Saya hanya mampu berterima kasih dengan seikhlas hati seorang ibu.
Ingin saya berkongsikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dr Ummud Darda' r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dimakbulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
Haris akan mulakan playgroup terapinya bulan ini, 2 kali seminggu, manakala individual therapy dikurangkan hanya sekali seminggu. Jadi dia ada 3 kali sesi theraphy dalam seminggu. Haris layak untuk playgroup theraphy kerana sewaktu individual theraphy, dia sudah boleh mendengar instructions, boleh menumpukan perhatian (10 minit per activity) dan ada playing skill. Dia akan memasuki sebuah playgroup yang dihadiri oleh 5 ke 7 orang anak2 sepertinya, dan mereka akan belajar kemahiran bergaul yang secara semujadi dimiliki oleh anak-anak normal sebaya mereka.
Semoga semuanya berjalan lancar. Amin....

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.