Tuesday 13 December 2011

Benarkan diri anda untuk mengalami meltdown..

Saya boleh digambarkan sebagai seorang yang berjiwa kuat dan tabah apabila menghadapi kesukaran dalam hidup. Segalanya seboleh-bolehnya saya hadapi sendiri dengan penuh semangat berdikari. Jarang sekali orang2 di sekeliling saya, samada rakan atau ahli keluarga berpeluang melihat saya menangis atau meluahkan perasaan saya.
Sejak kami diberitahu bahawa Haris autistik, sudah dua kali saya mengalami meltdown... menangis dan meluahkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. Pertama kali pada suami saya, sewaktu awal2 kami diberitahu Haris autistik, dan yang kedua berlaku beberapa hari yang lalu, pada ibubapa saya. Puncanya hanya satu, saya tidak tertanggung menghadapi keadaan Haris seorang diri, dan saya merasa sangat terasing dan seorang diri menanggungnya. Urusan seharian saya, urusan terapi saya, urusan rumahtangga saya, urusan anak2 yang lain-Raihan & Muhaimin saya... walaupun secara teknikal memanglah saya yang bertanggungjawab menguruskannya kerana saya ibunya dan saya pula surirumah sepenuh masa.
Percayalah... jika anda juga seperti saya, benarkan diri anda untuk meluahkan segala2nya pada orang yang terdekat dengan anda, supaya mereka tahu tahap intensiti tekanan yang anda hadapi. Ingat, tekanan tidak boleh dilihat, dan selagi anda buat seolah-olah tiada apa yang berlaku, mereka akan ASSUME anda sedang OK, dan mereka tidak perlu membantu. Lebih2 lagi jika perkara yang anda hadapi, seperti saya, mempunyai anak istimewa, sesuatu yang asing bagi mereka, mereka akan cepat2 sahaja tekan mode 'it's her problem, not mine'.
Reaksi yang bakal anda perolehi daripada mereka sewaktu meltdown akan berbeza, bergantung pada orang itu sendiri. Sewaktu saya meltdown pada suami saya, dalam keadaan penuh emosi dan tertekan akhirnya suami saya mengakui secara lisan, Ya, anak kita autistik! Satu ucapan yang melegakan bukan sahaja saya apabila mendengarnya, tetapi juga suami saya kerana akhirnya dia juga menerima keadaan Haris.
Berbeza pula dengan ibubapa saya, terutama bapa saya sewaktu saya meltdown beberapa hari lalu pada mereka. Bapa saya memarahi saya kembali kerana mengatakan mereka tidak cukup memberikan sokongan kepada saya dalam menghadapi situasi Haris. Dalam kemarahan, bapa saya malah menuturkan ayat2 yang amat menyedihkan hati saya, dalam usaha dia mempertahankan dirinya. Sebagai anak yang sentiasa menghormati dan amat menjaga hati mereka, saya cuba menyatakan isi hati saya sebaiknya, kemudian meminta maaf sekiranya saya menyinggung mereka dengan tone suara saya atau kata2 saya. Saya banyak beristighfar dan meminta ampun pada Allah selepas itu kerana jelas menyinggung mereka, tetapi pada masa yang sama amat berharap mereka memahami situasi saya. Alhamdulillah, selang 2 hari bapa saya menghubungi saya dan menyatakan keinginannya untuk sama2 menghadiri terapi Haris supaya dapat memahami apa yang saya alami selama ini.
Point saya ialah, sekiranya anda mempunyai anak istimewa seperti saya, anda TIDAK BOLEH hadapinya seorang diri. Selain Allah, berkongsilah dengan pasangan anda, ibubapa anda, sahabat anda.. tetapi lakukannya dengan ikhlas. Dan sentiasa ingat reaksi yang mereka berikan akan berbeza2, kerana mereka bukan malaikat, malah manusia yang serba kekurangan.
InsyaAllah, semuanya akan jadi sedikit melegakan untuk anda yang dipilih Allah untuk menjaga ahli syurga di dunia ini yang penuh kesukaran. Amin...

No comments:

Post a Comment

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.