Sunday 11 March 2012

Hari Keluarga Autisme di Komenwel Forest Park

10 Mac lepas kami sekeluarga..tolak adik Abdul Muhaimin pergi ke Forest Park Komenwel, Rawang untuk berjumpa kawan-kawan Kelab Autisme Malaysia yang selama ini saya interact melalui FB.
Melegakan melihat begitu ramai orang lain yang senasib..bukan...itu bukan word yang sesuai. Yang TAHU dan MERASAI apa yang saya dan suami rasakan. Tidak perlukan kata2, hanya senyuman, anggukan dan sapaan sudah cukup.
Tapi tidaklah saya diam seribu bahasa sepanjang perjumpaan tersebut. Malah saya dapat berjumpa kembali dengan bekas senior saya di SSP dahulu, K.Mayzatt. Begitu juga dengan suami saya, dia dapat berjumpa kembali dengan kawan sekolahnya di MRSM Banting dahulu. Kemudian saya dapat bertukar kata & no. telefon dengan K.yati..anaknya sudah berumur 17tahun, asperger syndrome..satu lagi cabang untuk high functioning autism.
Doa dibaca oleh seorang anak teruna Autisme, yang bacaannya lancar dan jelas, yang menyebabkan kami kembali bersemangat dan berharap akan kemungkinan2 cerah untuk Haris.
Saya dan suami juga sangat terkesan dengan talk yang disampaikan oleh Hasnah Toran, seorang pensyarah UKM yang juga mempunyai anak bujang Autism. Malah, suami saya yang sebelum ini mmg tiada masa membaca sebarang artikel, lagi2 buku ttg autism, mendapat gambaran yang sangat jelas tentang apa itu autism. Beberapa point yang kami tidak mungkin lupakan termasuk:
  1. Autisme bermakna bermasalah dalam 3 perkara: Speech, Komunikasi dan kemahiran kognitif.
  2. Berusaha separuh mati mencari harta/dana untuk bekalan Haris apabila kami berdua tiada nanti bukan penyelesaian untuk Haris. Haris perlu TAHU setidak2nya menguruskan dirinya sendiri: pakai baju & buka baju, pergi ke tandas (no pampers), mandi, makan & minum (tidak bersuap). Mungkin juga diajar memasak yang mudah2 spt memasak nasi & air. Dia juga perlu diberi didikan VOKASIONAL (kemahiran hidup yang boleh membantunya menyara hidupnya nanti). Boleh memberitahu apa yang dia perlukan melalui pertuturan yang simple ataupun disokong dengan sign language.
  3. Mengharapkan adik-beradiknya untuk menjaganya seperti saya menjaganya apabila saya tiada nanti adalah SALAH. Raihan dan Abdul Muhaimin akan satu hari nanti mempunyai pasangan masing2, keluarga masing2...passing the burden adalah sangat tidak patut dan merupakan jalan terakhir.
  4. Pedulikan tentang orang lain...samada kawan2 atau ahli keluarga. Beritahu mereka tentang anak anda autism, beri masa 2 atau 3 tahun untuk mereka fahami. Tetapi jika mereka tetap sama, tinggalkan mereka. Amalkan perhubungan touch & go... Yg penting saya mempunyai sokongan kuat daripada suami dan ibubapa...(alhamdulillah saya mempunyai ini, plus, adik beradik daripada kedua2 belah keluarga juga sgt memahami).
Ustazah yg berceramah selepas itu juga mengingatkan supaya redha dengan ketentuanNya. Redha bermaksud, tidak risau dengan masa depan Haris apabila saya dan suami sudah tiada. Ini kerja Allah, Allah lah juga yang Maha Pelindung. Haris ini merupakan satu ujian dunia yang total, sekiranya kita berusaha bersungguh2 dengan ikhlas kerana Allah, mendidik dan menyokongnya selama mana kita hidup, usaha kita itulah nanti yang akan membantu kita di akhirat nanti..menjadi anugerah kepada kita apabila Haris yang sudah tentu ahli syurga waktu itu, memanggil2 nama dan mencari2 wajah kita.
That what matters.
Apabila kita sudah tiada, maka Haris ini akan menjadi ujian kepada mereka yang masih tinggal di dunia. Allah akan melindunginya. Kita yang mesti yakin akan Kekuasaan Allah sebagai pemilik hati setiap manusia...yang mendatangkan ilham dan rasa kasih sayang. Siapa yang akan jaga Haris? Bagimana? Tinggalkan semua persoalan itu pada Allah. Yang penting waktu kita hidup ini, kita berusaha dengan ikhlas, bukan untuk Haris sahaja, tetapi untuk anak2 normal kita yang lain...kakaknya raihan & adiknya Abdul Muhaimin.
Mmg menyebakkan tetapi pada masa yang sama, melegakan..
Melalui perjumpaan ini, saya sudah menemui jawapan kepada dilemma saya sebelum ini, dan saya rasa tenang kerana sudah jelas, crystal clear apa yang perlu saya berikan untuk Haris dan keluarga kami.
Sekolah pendidikan khas. Ajar dia basic living. Ajar dia basic komunikasi. Ajar dia Al-Quran. Saling sokong menyokong suami. Jangan lupakan keperluan kakak dan adiknya. Sertai majlis ilmu. Dekatkan diri dengan Allah.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak pengajur: Kelab Autisme Malaysia. Saya dan suami are looking forward to our events selepas ini. InsyaAllah...semoga semuanya berjalan lancar selagi mana kita ikhlas.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, saya terkesima sekejap apabila membacanya...Ya betul, Allah Akan sentiasa melindungi anak-anak Kita apabila kite 'tiada' kelak. Ada sinar harapan utk saya sebenarnya drpd asyik memikirkannya bagaimana nasib anak saya apabila saya tiada nnti...tks for the info.

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.