Secara ringkas terapi ini, yang juga dikenali sebagai teori ABA- Applied behavior analysis, merupakan terapi paling lazim digunakan, secara one-to-one, untuk melatih kemahiran anak-anak yang mempunyai autism dan dijalankan oleh mereka yang terlatih.
Practitioners akan menganalisis perlakuan anak-anak untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada perlakuan tersebut, dan mengaplikasikan penemuan hasil daripada analisis ini kepada perubahan praktikal terhadap perlakuan tersebut. Ini boleh menghentikan atau mengurangkan perlakuan buruk atau yang tidak sesuai, atau mengajar, mengukuhkan atau memperbaiki perlakuan yang baik atau yang sepatutnya.
Perlakuan/behaviour yang dimaksudkan tidak semestinya hanya tabiat autistic sahaja, tetapi lebih kepada sebarang perlakuan yang dilakukan oleh anak-anak tersebut sepanjang pemerhatian dijalankan, contohnya memberikan 'eye contact' apabila namanya dipanggil, menyentuh objek yang disuruh dan sebagainya.
Pendapat saya sebagai parent:
Cara pendekatan ini memang berkesan terutama untuk tackle unappropriate behavior anak2 autism kerana mereka sukakan ulangan (sifat rigid dan tidak suka perubahan). Malah, jika anak tersebut ada speech delay, antara perkara pertama yang akan diajar ialah ayat yang betul untuk meminta sesuatu. Contoh ayat yang Haris belajar dan sudah mastered:
" Mak, I want/Haris nak ________, please. Thank you mak"
Ayat ini umpama magik padanya, dan saya juga menggunakannya, terutamanya perkataan 'please' saya tekankan apabila mahukan dia berbuat sesuatu. Please merupakan satu signal bagi Haris bahawa permintaan tersebut harus diikuti, kerana apabila dia mengatakan please, dia juga mendapat apa yang dia mahukan.Kadangkala ayat ini juga membantunya organize kembali fikirannya, apa yang dia mahukan, jadi dia dapat kawal dirinya daripada lose control lalu tantrum.
Satu lagi perkara yang saya suka tentang ABA ini adalah kerana dia juga memberikan positive reinforcement...(dan juga negative reinforcement). Positive reinforcement tidak semestinya dalam bentuk objek (saya tak galakkan ini, kerana kanak2 autism seperti copier, sekali dia faham dia dapat barang, dia akan minta itu sahaja). Antara yang Haris suka,
- Give me 5, give me 10 (tepukkan tangan saya dengan tangannya)
- Haris pandai
- Haris budak comel
- Mak sayang Haris
- Try Haris- apabila saya mahukan dia mencuba perkara baru
- It's OK Haris - apabila dia melakukan kesilapan, untuk menenangkannya
- Peluk- sebenarnya ini untuk ketenteraman saya, kerana Haris hanya duduk diam sahaja apabila saya memeluknya, dia tidak memeluk kembali kerana ini merupakan sifatnya. Walaupun begitu, physical contact yang kerap akan membiasakan mereka, jadi mereka akan lebih bersedia untuk bersalam (contohnya) dengan orang yang tidak dikenali.
Melalui terapi ini, Haris berjaya melakukan perkara berikut:
- Sewaktu early assessment, Haris seperti kanak-kanak 3 tahun dari segi speech. Sekarang dia hanya 6 bulan delay daripada umur sebenarnya, 5 tahun. Dia sudah tahu konsep, dan boleh memulakan perbualan tanpa prompt, walaupun ayatnya merupakan ayat yang telah diajarkan sebelum ini.
- Sudah boleh menumpukan perhatian pada table activity selama 30 minit. Dulu, 5 minit pun rasanya susah. Pun begitu table activity tersebut mesti diselangi dengan rewards.
- Masa tantrum makin berkurangan, dan boleh mendengar pujukan, boleh mengawal diri. Mungkin ini juga hasil negative reinforcement yang diperkenalkan kepadanya, dan diteruskan juga di rumah. Negative reinforcement seperti totally ignore apabila dia berkelakuan tidak sepatutnya, samada memalingkan muka, beralih/ menjauhi dirinya, memasamkan muka dan menggelengkan kepala, tidak mahu bercakap dengannya...
Asssalamaikum. boleh saya tahu macam mana nak dapatkan terapi ini di kuala lumpur. tq
ReplyDeleteini no sy 0179999847 mimi.