Saturday, 24 December 2011

Bersedia untuk 2012

Hari ini merupakan hari terakhir untuk minggu yang mencabar untuk saya sebab maid kami, Ita pulang ke kampung selama 2 minggu dan saya terpaksa menguruskan segalanya- urusan biasa surirumah, masak, kemas, laundry, jaga anak & hantar Haris ke terapi. Karim tiada pula, dia outstation sepanjang minggu tersebut, hanya pulang untuk pergi semula, jadi semua terletak dibahu saya. Ita mahu berhenti selepas tamat permitnya bulan 7 tahun depan...

Alhamdulillah,
Rumah saya tak jadi tongkang pecah sepanjang saya menguruskannya. Sampah dibuang, rumah kemas seadanya walaupun mungkin habuk dilantai masih ada. Anak-anak pun tidak kelaparan walaupun kekadang terpaksa makan lewat sedikit menunggu saya siap masak. Tetapi saya dapati mereka lebih bersemangat dan tidak cerewet bila mengadap rezeki dek kerana perut yang super lapar. Kain berlipat dan yang perlu digosok saya hantar ke dobi.

Haris juga tidak tertinggal mana2 sesi terapi, alhamdulillah. Cuma saya terpaksa meninggalkannya untuk yg sesi 2 jam sbb terlalu lama untuk Aimin & Raihan tunggu di situ. Nasib baiklah rumah kami dan Ethos di Shah Alam, jika seperti kenalan saya, ibu Haziq yang tinggal di Bangi, dia terpaksa membawa ketiga2 anaknya dan menunggu Haziq di sana.

Saya juga telah daftarkan Raihan ke Kelas Fardhu Ain di Yayasan Restu tempohari untuk tahun 2012, jadi dapatlah dia menyambung pendidikan agamanya di waktu petang selepas sekolah rendah. Baru malam semalam, saya belikan serba sedikit kelengkapan sekolah rendahnya, school uniforms selepas asyik bertangguh. Kononnya nak beli dengan Karim, tapi melihatkan gayanya, saya tidak boleh menunggu lagi.

Alhamdulillah, saya dapat melakukannya dengan baik. Alhamdulillah juga kerana adik ipar saya, Zanariah tinggal bersama dengan kami buat masa ini. Dia lulusan UNITEN dan sedang menunggu untuk tawaran kerja. Jadi sekiranya saya perlu keluar sebentar, dia dapat menemankan anak2 di rumah.

Alhamdulillah juga kerana ibubapa saya tinggal berdekatan. Di rumah sana ada 2 maid. Jadi jika saya perlukan time out, saya ke sana... Haris dan Muhaimin akan mandi swimming pool di temani Bibik. Waktu itu merupakan leisure time untuk saya, kerana saya dapat berbual dengan adik saya, atau ibu bapa, atau hanya menonton tv sambil makan kerepek. Makan tengahari/makan malam akan siap tersedia, jadi memang saya memang dapat rehatkan badan yang keletihan.

Saya tahu tahun depan saya akan lebih sibuk. Jadual saya akan berubah, dengan Raihan yang sekolah pagi dan petang, dan Haris juga mula sekolah tadika dan sesi terapi yang sedia ada. Tetapi saya ada khidmat Ita sehingga bulan 7, dan saya ada adik ipar saya yang lapang sehingga dia mendapat kerja. Dan saya ada ibubapa saya yang tinggal berdekatan dengan saya, yang keduanya masih boleh memandu, dan sentiasa sedia jika saya perlukan apa-apa.

Saya susah? Astaghfirullahalazim...mungkin sayalah yang ustaz kata kufur nikmat. Betul saya diduga, tapi sambil diduga Allah masih hulurkan pelbagai bantuan nikmat di sekeliling saya. Saya yang biarkan diri saya tenggelam...

Alhamdulillah, Allah telah bukakan mata saya. Semoga Allah tidak berhenti menjaga hambaNya yang seorang ini, walaupun dia selalu lalai dan selalu leka. Subhannallah! Janganlah sesekali dibiarkan saya dengan kudrat saya sendiri. Hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu, dan semua yang berlaku ada hikmahnya... Amin..

No comments:

Post a Comment

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.