Untuk anak-anak saya, Raihan dan Haris sama sahaja, saya latih mereka membuang air kecil dahulu. Buka sahaja pampers tu, dan pakaikan mereka seluar dalam. Terangkan kepada mereka, dengan ayat ringkas dan jelas, "Nak kecing, bagitahu." Lepas tu standby lah. EXPECT accidents, tak sempat ke tandas dan sebagainya. Itu sudah lumrah. Jangan marahkan mereka, sebaliknya berikan kata2 semangat dan pujian apabila mereka membuat satu pencapaian baik. Kebolehan untuk menahan diri daripada terkencing lebih mudah apabila umur mereka selepas 5 tahun, sebab otot2 semua dah developed. Soal kencing malam, jangan bagi mereka minum air banyak sebelum tidur, ataupun suruh mereka buang air dahulu sebelum tidur. Jangan mempunyai persepsi anak autisme akan gagal dalam latihan ini. Raihan, kakak Haris lebih banyak ada accident kecing malam daripada Haris. Sekiranya anak lelaki anda sukar untuk mengeluarkan air kencing, seperti tidak boleh concentrate, bantunya dengan buat asosiasi bunyi seperti 'shhh...'. Macam Haris, saya menyuruhnya menyirapkan air daripada paip hose ke arah kemaluannya sebagai signal untuknya membuang air kecil. Alhamdulillah, cara ini berjaya untuk Haris. InsyaAllah, dengan latihan konsisten, mereka akan berjaya buang air kecil di toilet.
Now come the tricky part. Membuang air besar di dalam toilet. Anda ada 3 pilihan dalam memperkenalkan cara untuk membuang air besar di toilet, samada dengan bercangkung atas surat khabar, duduk atas toilet kita yang telah dilapik dengan ring toilet kanak2 ataupun menggunakan potty. Seperti Raihan, apabila saya lihat dia sudah selesa dengan idea 'free of pampers', kecuali apabila ingin membuang air besar, sesuatu yang menyusahkan) mulalah saya perkenalkan penggunaan toilet. Dia tiada masalah, alhamdulillah. Saya hanya menemankan dia dan memberikan dia pujian setiap kali dia berjaya melakukannya.
Untuk Haris yang menghidap autisme, memang sangat memerlukan kesabaran kerana ia sangat sukar. Anda mesti memahami kenapa ianya sukar untuk anak anda, kerana dia autisme dan anda pula normal. Apa maksudnya? Seperti Haris, dia hypersensitif di bahagian peha, jadi untuk duduk di atas sesuatu yang asing, plastik ring itu satu yang menakutkan dan mungkin sangat tidak selesa. Anda MESTI menerima ini dan berperanan sebagai pemujuk dan penyedap hatinya. "It's ok abang, mak ada, kita nak e'ek, your a good boy," dan seterusnya untuk menenangkan dia. Tetapi anda juga boleh menggunakan nada tegas diselang selikan supaya dia tahu anda tidak main-main. Jangan marah dia, tiada siapa boleh buang air besar dalam keadaan stress. Duduk sekali dengannya, paling sekejap 15 minit, paling lama 30 minit, supaya dia tahu dia bukan dihukum untuk sesuatu perkara, tetapi ini merupakan satu aktiviti perlu.
Jangan strictkan pilihan dia. Provide ketiga2 pilihan, nak duduk atas ring ke, duduk atas potty ke ataupun bercangkung. Haris mula2 buang air besar dengan bercangkung atas simen, tetapi disebabkan dia geli dengan tahi tersebut, dia akan beralih2 tempat. Selepas 5-6 kali terpaksa mengutip tahinya di beberapa tempat yang berbeza atas simen bilik ait itu, saya kembali memintanya memilih samada mahu buang air besar di atas potty atau di atas ring. Waktu ini, sudah establish jika dia mahu buang air besar, harus dilakukan di dalam toilet, bukan pampers.
Ubah diet dia. Percayalah cakap saya, anak akan mengelak untuk buang air besar sama sekali. Untuk mengelakkan dia daripada sembelit, dan untuk memudahkan dia membuang air besar, suruh dia makan buah. Haris memang tak makan sayur, tetapi dia sangat sukakan mangga, tembikai, anggur, pisang..
Sekiranya anak anda masih bermasalah, seperti Haris, saya ambil gambar step by step apa yang berlaku sewaktu dia membuang air besar di atas potty. Dengan cara itu, dia boleh tahu apa akan terjadi, dan kurang rasa anxiety. Tapi mesti gambar anak anda sendiri, bukan orang lain, supaya lebih mudah untuk dia kaitkan dirinya. Kalau tidak nanti dia kata, "Kawan berak ni, bukan Haris." Berikut gambar2 yang membantu Haris dan saya:
Haria atas potty, tengah imitate saya cakap e'ek. |
Lepas buang air besar angkat mangkuk ke toilet besar. |
Buang. |
Flush. |
Basuh bontot. Saya masih belum berjaya latih dia basuh sendiri, mngkin dia geli sebab nanti terpegang tahi sendiri. Kalau buang air kecil dah boleh basuh sendiri. |
Basuh tangan. Suruh dia kira 1 hingga 5 untuk pastikan cukup lama. |
Saya latih dia untuk menggunakan potty untuk buang air besar selama 3 bulan. Sekarang dia sudah boleh ke toilet untuk buang air besar di atas pottynya tanpa ditemani oleh saya..(ahli keluarga lain). Dia 100% free of pampers! Ia sukar, tapi ia boleh dilakukan. InsyaAllah.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak2 anda.
Sis...train ank setiap hari dlm masa 3 bulan tu ye
ReplyDeletemak terbaik�� anak saya 4 tahun pun sedang latih ke toilet. kalau kencing dia ok. tapi buang besar tu susah. sekrg sekolah tambah pampers. tapi buang besar sakit kepala pula.
ReplyDeleteTERBAIK. BOLEH WHATSAPP SY 0198081417...URGENT sgt..ada mahu tanya dengan kak. tq kak
ReplyDelete