Wednesday, 16 May 2012

Lawatan MB ke Rumah Ramah, nursery Haris

Inilah Rumah Ramah, nursery khas Haris. Haris dah nak masuk 2 bulan di sini, mula bulan April.

Students daripada Kolej Komuniti..budak2 ni yang bertungkus lumus nyiapkan mural cantik ni.

Antara kawan-kawan Haris yang sabar menunggu, Danish, Amir dan Ikhwan sejak pagi lagi.

Gaya santai Haris menunggu ketibaan MB melawat nursery die.

MB tengah cat salah satu huruf kat mural

Singgah tengok Amir. Entah macamana gambar saya ade terselit kat situ plak.

For the sake of change, kata Pn Fazhilah. Hari itu, Rumah Ramah menerima RM2000, dan keseluruhan rumah itu dicat baru, ada mural baru, jalan masuk ditar dan rumput di halaman dipotong pendek.

Thank you students daripada Kolej Komuniti, menjayakan Program Mengecat. Cantik nursery kami!
Sewaktu Pn Fazhilah meminta saya datang ke Rumah Ramah pada hari Ahad  beberapa minggu yang lepas, untuk menjayakan program lawatan MB ke nursery Haris, saya tidak dapat menolak. Pertama sebab saya mahu sangat2 berkenalan dengan parents kawan-kawan Haris, untuk bertukar-tukar cerita. Kedua sebab saya mahu meraikan perubahan positif yang dibawa sempena Program Mengecat kepada Rumah Ramah, nursery Haris. Ketiga sebab saya mahu melihat sendiri, secara diam2 bagaimana pentadbiran sekolah dan guru2 mereka melayani kerenah anak2 istimewa kami, mengenali hati budi mereka.
Pagi2 lagi saya dah ada di sana bersama Haris, dalam pukul 9.00am. Nasib baiklah Haris tak buat perangai dan menurut sahaja, walaupun di luar kebiasaan dia. Tidak seperti Danish, kawannya yang autism juga. Kerana hari itu hari Ahad, Danish tidak faham kenapa dia perlu berada di nursery dan bukan di rumah. Untuk memahami perubahan ini, Danish tak senang duduk, jalan sana sini, bertukar baju beberapa kali, kadangkala menangis, menggulung2 kertas... Ibunya yang juga kawan baru saya, Kurshiah hanya tersenyum. Alah bisa tegal biasa, agaknya. Nasib baiklah by the time MB sampai, Danish sudah boleh ditenangkan, malah kelihatan seperti kanak2 biasa, sempat bergambar lagi tu dengan MB.
Saya juga sempat berkenalan dengan Kak Nor, yang anaknya yang tertua di sana, Amir berumur 13 tahun. Mulanya saya ingat Amir menghidap severe autism, tapi rupanya dia mentally retarded (MR). Amir mempunyai kembar, dan kembarnya normal tidak seperti dia. Kak Nor kata, sewaktu melahirkan, Amir kekurangan oksigen masuk ke dalam otak, menyebabkan otaknya terencat. Dia tidak boleh bercakap, perlu disuap, tidak boleh mengurus diri sendiri... Nak ke sekolah khas pun tak boleh kerana Amir hanya berlari ke sana ke mari sahaja, tidak dapat belajar. Tarik nafas panjang saya mendengarkan kisah Kak Nor. Sempat juga saya menerima 'tepukan mesra' daripada Amir, salah satu cara Amir menegur orang asing.
Saya banyak berbual dengan ibu Qalisya, yang mengidap cerebral palsy. Kerusi khas yang diduduki Qalisya menelan belanja RM 800, buatan tempatan. Kalau oversea mahu mencecah RM2000 katanya. Kerusi itu penting kerana ia menyokong tubuhnya dan memudahkan ibunya menjaganya. Apabila saya diberitahu ibunya Qalisya anak angkatnya, saya memang terkejut dan kagum sendiri. Memang kasih ibu bapa angkatnya tiada sempadan. Sewaktu mereka mengambil Qalisya, dia normal, tapi kemudian seaktu berumur 3 minggu lebih, dia diserang demam panas, yang menyebabkan dia mengidap cerebral palsy. Tetapi mereka tidak pernah sedikit pun terkesan, malah sangat menyayanginya.
Saya sempat sama2 duduk melihat Haris bermain di Multisensory Room dengan kawan2nya. Bilik yang separa gelap, dilengkapi tilam bergetah untuk melompat2, cahaya tenang yang bergerak, ade air-cond, ade lagu kanak-kanak yang perlahan dimainkan..memang Haris sangat seronok dalam bilik tu. Sehinggakan waktu MB datang, dia hampir tidak menghiraukan kehadiran beliau.
Selepas MB beredar, saya dan Haris (yang dah sampai tahap maksimum) cepat2 meminta diri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dan saya berpuashati sebab dapat lebih mengenali semua yang terlibat dengan Rumah Ramah, daripada admin, helpers, teachers, parents hinggakan kepada anak2 istimewa yang ada di sana. Semoga Allah terus merahmati kebajikan penghuni rumah ini, Amin.

Monday, 30 April 2012

Mempunyai Ibu Merupakan Satu Nikmat

Selang beberapa hari lepas sahabat baik saya kehilangan ibunya yang dikasihi, disebabkan Pulmonary embolism yang merupakan satu kejutan, kerana ibunya baru sahaja kembali melawatnya di UK. Saya yang juga rapat dengan arwah sewaktu menuntut di universiti dahulu, mengalirkan air mata, sayu mengenangkan kasih arwah.
Arwah umpama ibu angkat saya, kerana rumah saya jauh waktu itu, dan padanyalah saya menumpang kasih di waktu2 sukar di universiti dahulu. Setiap kali bertemunya, dia pasti akan memeluk saya seolah2 saya ini anaknya, bertanyakan khabar, dan memuji2 saya sehingga sahabat saya itu mencebik. Bukan saya saja menyayanginya, malah semua orang di kelilingnya, kerana dia sangat pemurah, lansung tidak mementingkan diri sendiri. Baik hati, keibuan, hatinya kaya dengan segala sifat kebaikan.

Kehilangan arwah itu, menyentap saya, menginsafkan saya bahawa mempunyai seorang ibu yang masih hidup, merupakan suatu nikmat, suatu rahmat yang jarang saya, kita sedari sehingga dia dipanggil mengadap Illahi. Saya masih diberi kelebihan menikmati suatu rahmat Allah, mempunyai seorang ibu yang masih hidup. Subhannallah..jam2 itu juga saya telefon ibu saya, mendengar suaranya. Jam2 itu juga saya bawa anak2 saya ke rumah ibu, menatap wajahnya diam2. Bertanyakan khabarnya, mendengar bual bicaranya. Dalam hati saya, saya bertahmid..ya Allah, sahabatku di sana sudah tidak boleh lagi menikmati apa yang aku nikmati ini. Subhannallah...sebak saya. Suatu hari nanti akan tiba juga giliran saya untuk berdiri di kedudukan yang sama dengannya. Bersediakah saya? Sudah puaskah saya mengadu kasih waktu itu?

Selepas ini, walaupun saya tidak melupakan ibu dan ayah saya, malah sentiasa berbuat baik pada mereka, saya akan buat yang lebih baik lagi, bercakap dengan lebih lembut, datang menziarahi mereka dengan lebih kerap, masakkan mereka masakan yang lebih sedap, menggembirakan mereka dan mendoakan mereka dengan lebih kerap.. kerana mereka itu merupaka satu nikmat yang sementara. Sahabat saya sudah kehilangan ibunya, tidak mustahil untuk saya juga...

Ibu saya yang dikasihi, Hjh Siti Mariam binti Mustaffa.
Walaupun ibu saya tidak pernah sakit hingga terlantar, malah sakit yang sikit2 sahaja..begitu juga ayah..saya tidak mahu lagi take for granted, Allah's gifts. Saya akan panjangkan doa saya untuk kebaikan mereka berdua di dunia dan akhirat, dan akan lebih berusaha menjadi lebih berakhlak, solehah, kerana anak yang soleh dan solehah merupakan saham terbaik untuk ibubapanya di akhirat nanti.

Semoga Allah rahmati dan tempatkan arwah ibu sahabat saya itu di tempat orang2 yang beriman, diluaskan kuburnya seluas2nya, dijadikan kebun yang indah, di mana dia menunggu dengan selesa untuk Hari Kebangkitan nanti. InsyaAllah...

Friday, 20 April 2012

Anak Autisme: Saya juga TAHU dan MAHU berseronok...

Semoga rakaman ini menceriakan hati anda sepertimana ia menceriakan hati saya setiap kali saya melihatnya. Bukti Haris, anak saya yang autism juga boleh bermain dan bergembira, BERSAMA kakaknya yang normal...cuma sedikit berbeza mungkin telatah dan lontaran suaranya.  It's not all gloomy and sad for us, a family with autism member...
Mereka sedang menyanyikan lagu Scooby Doo Bi Doo..Where Are You....

Tuesday, 10 April 2012

Harapan seorang ibu untuk anak autismnya...


Bulan April ini, banyak sungguh aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai NGO untuk menyedarkan masyarakat tentang Autism. Ada walk, ada talk...macam2 ada. Bagus! Satu perkembangan yang baik. Sekurang2nya, masyarakat umum by now patut pernah dengar perkataan autism dan ia ada kena mengena dengan seseorang berkelakuan 'istimewa'. Buktinya, ada beberapa drama yang membawa watak anak autism, walaupun tidak secara detail, dan kadangkala tersasar sedikit, tapi tetap ADA. Alhamdulillah...
Tetapi deep down..jauh di sudut hati saya, alangkah bagusnya sekiranya ada pihak yang berhenti untuk create awareness, dan melangkah ke tahap yang seterusnya. Nombor satu, create awareness. OK, awareness has been establised. Kita tahu apa, siapa dan mengapa. The next step should be, HOW TO DEAL WITH IT.
Bukan soal deal day by day, tetapi bagaimana untuk memastikan anak2 autism ini boleh self sustain, kalau tidak 100% berdikari tetapi 80% atau 90% berdikari, with less supervision daripada orang2 normal.
Alangkah bagusnya sekiranya mereka ini boleh di dalam satu organisasi yang membantu mereka dalam setiap stage, yang mana mereka sendiri jalankan day-to-day operation. Sebab autism ada banyak spectrum, dan walaupun ada yang severe, tapi banyak juga yang berpotensi untuk menjalankan tugasan harian seperti orang normal yang lain. Jadi dalam organisasi ini, mereka saling hidup bantu membantu.
Kita perlukan:
1. Sebidang tanah yang luas. Di atas tanah itu nanti kita akan bina sebuah kompleks, serupa seperti sebuah asrama, yang lengkap dengan infrastruktur tempat belajar, tempat makan, tempat tidur, tempat bersukan, surau.
2. Sekumpulan orang2 penting untuk menjalankannya: Penaung, guru besar, penolong guru besar, beberapa profesional terapist mengikut bidang sendiri (OT, ST, profesional educator,etc), tukang masak, tukang kebun, tukang sapu. Dan mereka BUKAN SUKARELA, tetapi PAID EMPLOYEES.
3. Subjek pembelajaran yang sesuai mengikut tahap masing2, dan lebih kepada praktikal daily living atau kemahiran vokasional. Di sini mereka belajar membaca dan sign language, tetapi lebih daripada itu mereka belajar memasak, menjahit, bertukang, berkebun, bersukan, menternak... mengikut kelebihan mereka.
4. Jadual harian mereka seperti di asrama, live by the bell. Kerana anak2 autism rigid, pendekatan ini sangat sesuai membantu mereka kerana ia structured dan berjadual daripada bangun pagi hinggalah tidur waktu malam. Hujung minggu ahli keluarga bolehlah datang menjenguk.
5. Siapa yang boleh masuk? Umur seawal anak2 tadika sehinggalah sekolah menengah. Ya, I'm talking about a huge kompleks yang memberikan intervention program pada semua anak autism, dengan mendidik mereka cara berdikari paling asas untuk bekal mereka bila mereka keluar nanti. Autism sahaja.
6. Dana? Bagaimana to sustain operasi kompleks ini? Derma, sponsorship, wakaf, sumbangan sangat membantu. Walaubagaimanapun kerana aim kompleks ini adalah untuk penghuninya berdikari, jadi kita boleh tanam sayuran dan buahan. Kemudian kita boleh menternak binatang ternakan. Hasilnya boleh dituai untuk kegunaan kompleks. Najisnya mungkin kita boleh recycle untuk jadi baja atau lebih bagus dijadikan tenaga elektrik. Kemudian dari pertukangan dan menjahit, kita boleh adakan hasilnya untuk penghuni atau untuk dijual. Penghuni yang pandai menghafaz, menyanyi, main bowling... bolehlah menunjukkan bakat mereka. Pendek kata kita mengikut pendekatan TEACH, bukan ABA untuk menfokus potensi individu tersebut.
7. Selepas 18tahun? Entahlah..waktu itu diharapkan segala kemahiran yang diperolehi dapat membantu individu menjadi tenaga kerja yang menghasilkan pendapatan. Sekiranya mereka gagal menyesuaikan diri, mereka boleh kembali dan menjadi manpower to run the kompleks. A simbiosis relationship.
Itulah dream saya... kalau itu ada di sini..di Malaysia ini, alangkah bagusnya. Saya berani katakan ia tidak ada kerana jika ada, saya dan anda tidak akan menggagau seperti sekarang. Kita ada arah nak pergi, ada organisasi yang akan mempunyai suara. Kita boleh pergi ke talk, walk semua, berjumpa dan berkenalan, tetapi jika networking tersebut tidak digunakan sepenuhnya, kita masih ditahap awareness sajalah. Sedangkan anak kita makin membesar dengan autism. Walaupun kerajaan ada menyediakan pendidikan khas peringkat tadika, rendah dan menengah, tetapi apa salahnya kita, ibubapa anak2 autism ini sendiri melakukan sesuatu. Dan kita melangkah a step further. Dealing with anak2 autism yang sudah dewasa. We have their best interest at heart. We need to start somewhere.
Kita menjadi ahli kelab autism, apa aim kita. Takkanlah sekadar berkongsi cerita. Anak2 kita perlukan lebih daripada itu, satu jaminan yang konkrit. Anak kita berbeza daripada anak2 lain. Walaupun dia hanya mild atau Asperger Syndrome.
Selepas ini semua dilakukan, waktu itulah, kita boleh menadah tangan, dan berserah padaNya.

Thursday, 5 April 2012

Autism Understanding and Acceptance



Mereka kata bulan April merupakan bulan kesedaran untuk Autism, yang terlibat secara lansung mahupun secara umum. Bagi saya, yang mempunyai anak autism, bulan ini sama sahaja seperti bulan2 lain. Sekiranya kami berjalan2 di luar, telatah Haris, penampilannya sudah cukup untuk membuatkan orang memberikan second look. Itu belum lagi kalau Haris ada sensory overload, atau bahasa pasarnya, mengamuk/meragam, ohhh...yang itu memang akan mengundang lebih banyak renungan.
Secara jujurnya saya tak kisah ditenung2 begitu. Tapi kadangkala saya kisah juga. Waktu itu ada orang terfikir perkataan Autism? Datanglah seribu satu bulan April pun. Ini Malaysia. Autism? A learning disorder? So he IS misbehaving...
OK...saya tidak akan putus asa. Tapi saya mengaku, saya terlalu emosi dan bosan untuk menerangkan mereka apa itu autism.
Jadi ini saya link kan satu pautan dr you tube yg terbaik saya jumpa setakat ini, yang menerangkan tentang autism. Selamat menonton.
Semoga dengan menonton video ini, anda akan lebih memahami kami, atau anak2 kami. InsyaAllah..

Saturday, 24 March 2012

Islam itu Indah, Bahagia dan Membahagiakan


Alhamdulillah..semalam saya berpeluang menghadiri ceramah motivasi Prof. Dr. Muhaya di masjid negeri Shah Alam. Syukur kerana saya diberikan nikmat kelapangan, kesihatan, kesesuaian kerana bukan mudah untuk saya tinggalkan ketiga2 anak saya untuk ke majlis2 ilmu sebegini. Terima kasih dalam hati pada suami saya, adik ipar saya dan pembantu rumah saya...
Dapat juga saya menenangkan diri, menenggelamkan diri dalam suasana masjid negeri sebentar. Dapat berkenalan dengan kenalan2 baru, dan bertukar2 cerita dan maklumat, alhamdulillah, tak terselit umpat mengumpat hari itu. Berkat.
Dan akhirnya..
Dapat juga saya bertentang mata (walaupun saya di atas karpet dan Dr. Muhaya di atas pentas) melihat sendiri yang empunya diri, seorang yang kata2nya sangat memotivasikan, setiap kali saya mendengar radio IKIM.fm. Istimewanya dia kerana dia tidak perlu meneran2 suara, menegas2kan ayat2 Al-Quran..sekadar berkata2 dengan lemah lembut, apa kaitannya kehidupan ini dengan Islam..prinsipnya, konsepnya yang mudah dan straight forward.
Berikut saya kongsikan point2 yang dapat saya tuliskan dlm buku nota buruk saya. Semoga ia dapat memberikan kebaikan kepada kita semua, InsyaAllah...
  1. Jangan terlalu obses dengan pandangan luaran. Apabila kita pandang cermin, siapa kita yang di dalam cermin? Yg dilihat atau yg melihat? Yg melihat...iaitu roh kita. Yg dilihat hanyalah fizikal sahaja.
  2. Bila kita buat perkara yang Allah suka, kita jadi kuat, dan begitulah sebaliknya. Kita akan jadi lemah apabila kita melakukan perkara yang Allah tidak suka. Pemikiran, perkataan, penglihatan, pendengaran dan pengisian roh akan menyebabkan roh dan setiap sel dalam badan kita berusaha ke arah menjadikan kemahuan kita. Kita isikan deria kita dengan yang negatif, maka kita lemah. Kita isikan deria kita dengan yang positif, kita akan kuat.
  3. Sibukkan diri sendiri mencari keaiban Diri Sendiri, berhenti budget diri sendiri bagus. Berhenti mengumpat orang lain, lebih2 lagi ketika makan minum. Setiap kata2 umpatan yang kita keluarkan akan merubah molekul minuman dan makanan menjadi rosak, lalu kita makan n minum makanan yg rosak. Hilanglah keberkatan makanan kita.
  4. Sentiasa semak akaun emosi, pastikan emosi positif lebih banyak daripada emosi negatif. Apa itu emosi positif? Selalu puji orang lain, cepat minta maaf atas kekurangan diri, selalu maafkan kekurangan suami dan anak-anak. Contoh: Pandai ayah layan budak2 ni sementara saya memasak, pandai ayah pujuk abang potong rambut, terima kasih sebab tolong basuh pinggan, sori mak ambil kakak lambat, sori mak tak pandai ajar kakak subjek ni, saya minta maaf sebab tak pandai masak lemak macam mak awak buat, saya mintak maaf sebab didikan anak2 kita tidak sebaik mana...
  5. Pilihanraya kita adalah setiap masa, kita yang pilih antara syurga atau neraka, antara dosa atau pahala, terpulang pada kita menentukan takdir kita di Padang Masyhar nanti. Jangan tunggu atau pertanggungjawabkan oran lain.
  6. Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Bukan vice versa.
  7. Seorang wanita yang bijak ialah yang menyayangi ibu mertuanya kerana apabila ibu mertua redha akan anak lelakinya, iaitu suami kita, maka suami akan menjadi ahli syurga. Buat suami serba salah kerana terpaksa memilih antara kita dan ibunya, nerakalah untuk suami kita. I love you? Prove it.
  8. Formula bahagia ialah tahu Allah ada di sisi kita. Kerana bahagia itu adalah hak mutlak Allah. Dia boleh memberi dan boleh menariknya bila2 sahaja. Oleh itu, hendaklah kita:
  • Hormat semua makhluk Allah, yang hidup mahupun yang tidak bernyawa.
  • Ikhlas bahagia kerana Allah, betulkan niat kita. Niat baik, kita akan dibalas baik. Hanya untuk mencari redha Allah, bukan sanjungan manusia.
  • Sentiasa berlemah lembut
  • Sentiasa berfikir bagaimana nak tolong, nak memberi
Masa yang paling penting ialah SEKARANG. Orang yang paling penting untuk dibahagiakan ialah ORANG DEPAN KITA, jika kita sendirian, maka, DIRI SENDIRI. Sentiasa mencari ilmu. Dengan ilmu, kita jadi yakin dan tenang, maka kita sihat dan kuat, maka kita akan jadi kaya. Kaya hati, kaya budi pekerti, kaya roh. Tanpa ilmu, anda akan tidak yakin, takut dan risau menghadapi dugaan, akhirnya anda akan sakit. Orang yang sakit akan miskin, roh dan fizikal.
Jadi penyelesaian masalah bukan pada orang lain, tapi diri sendiri kerana ini adalah dugaan yang Allah hantarkan khas untuk diri kita. Especially tailored, mengikut kemampuan diri kita. Kita perlu kembali padaNya untuk mendapatkan kekuatan.

Wednesday, 14 March 2012

Apabila berjumpa seorang ibu/bapa anak OKU: Alangkah bagusnya kalau anda tahu 5 perkara ini

Mempunyai seorang anak istimewa menjadikan seseorang ibu atau bapa itu tergolong dalam kelasnya yang tersendiri. Dan masing-masing pula mempunyai situasi yang berlainan, bergantung kepada jenis keistimewaan anak mereka pula: buta/bisu/cacat anggota/ hyperactive/autisme/rent syndrome/cerebral palsy/mental retarded/down syndrome/... kemudian samada hanya mempunyai anak mereka seorang itu sahaja atau ada anak2 normal yang lain...tapi mereka, kami mempunyai beberapa perkara yang kami kongsi bersama, secara umumnya:

1. SAYA PENAT
Walaupun anda lihat kami telahpun mengambil timeout: baring/tengok tv/keluar jalan2 tetapi hakikatnya kami sentiasa keletihan kerana menjaga anak istimewa kami. Emosi kami sentiasa diuji daripada kami membuka mata. Tubuh kami sengal-sengal kerana sentiasa on guard atas sebarang kemungkinan. Kemudian tanggungjawab terhadap rumahtangga, kerjaya, terhadap anak-anak yang lain pula...

2. SAYA IRI HATI
Kadang2 kami malas untuk menghadiri perjumpaan keluarga dan rakan2, atau duduk bersama2 dengan orang2 normal yang lain, kerana di sana kami akan melihat bagaimana anak2 orang lain begitu mudah melakukan perkara2 yang anak kami begitu sukar lakukan... perlu ke pelbagai terapi berbulan2, perlu dilatih bercakap berulang2 kali umpama burung kakak tua...hanya untuk menguasai sesuatu skill yang datang secara semulajadi pada anak2 normal. Kami seperti mahu tutup telinga dan lari apabila ibubapa normal mula berlumba2 menceritakan kebolehan anak mereka, sudah boleh hafal abc, 123, boleh itu ini, tidak boleh ingat sifir, malas buat kerja sekolah... apabila anak kami sekadar bersuara ahhh ahhh bila mahukan sesuatu ataupun mengoyakkan kertas dan menggunting kertas pun dengan penuh kesukaran. Apabila anak normal mereka boleh bermain dan berguling2 dengan kawan2 lain tetapi anak kami akan terus mengamuk dan menangis ketakutan sekiranya tersentuh sedikit pun dengan budak2 lain.

3. SAYA SENDIRI
Tangungjawab ini adalah milik kami secara total...walau betapa ramai ahli keluarga yang menyatakan sokongan mereka, walau betapa banyak kelab dan persatuan yang kami sertai, tetapi kami sebenarnya berjalan sendiri, akhirnya. Siapa yang tahu apa yang anak kami mahukan apabila dia hanya memandang ke satu arah, atau hanya menyebut ahh..ahh.. atau dengan tiba2 mengamuk setiap hari tepat jam 12tghari dan sekali lagi jam 10mlm? Apa yang perlu dilakukan, cara bertenang bagaimana yang berkesan untuk mereka? Kami terikat di sebelah anak istimewa kami. Seperti watak Frodo sebagai ring barrier dalam Lord of The Rings, dia diiringi dengan perwira2 hebat, sahabat setia, tetapi hakikatnya dia sendiri yang mesti memasukkan ring tersebut ke dalam kawah volcano. Kami akan kehilangan ahli keluarga dan kebanyakkan kawan2 disebabkan sikap menyendiri kami ini, tetapi kami tiada pilihan lain.

4. SAYA SABAR
Jangan beritahu kami supaya bersabar jika anda tidak tahu maksud sabar itu sendiri. Jika kami tidak sabar, kami tidak akan berada di sini, memegang erat tangan anak kami, memeluk mereka walaupun mereka tidak memeluk kembali. Jangan cepat melatah dan pass judgement apabila kami meninggikan suara atau menghukum anak istimewa kami dengan cara yang betul. Kami meletakkan kepentingan anak istimewa kami paling utama, lebih daripada keutamaan diri kami sendiri, dan kadangkala lebih daripada anak2 normal kami yang lain. Sekiranya anda melihat kami memarahi mereka di depan anda, anda yang perlu bertenang dahulu. Anak kami tidak seperti anak2 normal yang lain, yang tahu apa appropriate behavior, apa unacceptable behavior. Anak2 kami pula akan menjerit dan meraung kerana dia tidak tahu bertindakbalas seperti sepatutnya. Sekiranya anda mahu masuk campur, jangan cuba ajar kami, atau terus take over, tetapi tanya kami, 'Ada apa yang boleh saya bantu?' Kami dengan senang hati akan mengajar anda teknik urutan atau rocking movement yang sesuai untuk sensory anak2 kami, atau cara bercakap mengikut reward system, kemudian anda akan tahu ia adalah tidak semudah yang disangka.

5. SAYA HANYA MANUSIA
Kami seperti anda juga. Mahu melepak di kedai mamak, mahu pergi tonton perlawanan bola, mahu bershopping, mahu berspa, mahu tengok wayang, mahu gardening... kami ada keinginan dan kemahuan. Jangan ingat kami robot yang telah diprogram, yang sempurna. Tidak perlu itu semua..kami berlainan kerana mempunyai anak istimewa, tapi keinginan kami masih ada untuk menjalani kehidupan seharian seperti anda. Tidak perlu tenung kami atau pas remarks untuk buat kami rasa bersalah, kami sudah cukup rasa bersalah setiap kali kami menyantaikan diri kami.

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.