Arwah umpama ibu angkat saya, kerana rumah saya jauh waktu itu, dan padanyalah saya menumpang kasih di waktu2 sukar di universiti dahulu. Setiap kali bertemunya, dia pasti akan memeluk saya seolah2 saya ini anaknya, bertanyakan khabar, dan memuji2 saya sehingga sahabat saya itu mencebik. Bukan saya saja menyayanginya, malah semua orang di kelilingnya, kerana dia sangat pemurah, lansung tidak mementingkan diri sendiri. Baik hati, keibuan, hatinya kaya dengan segala sifat kebaikan.
Kehilangan arwah itu, menyentap saya, menginsafkan saya bahawa mempunyai seorang ibu yang masih hidup, merupakan suatu nikmat, suatu rahmat yang jarang saya, kita sedari sehingga dia dipanggil mengadap Illahi. Saya masih diberi kelebihan menikmati suatu rahmat Allah, mempunyai seorang ibu yang masih hidup. Subhannallah..jam2 itu juga saya telefon ibu saya, mendengar suaranya. Jam2 itu juga saya bawa anak2 saya ke rumah ibu, menatap wajahnya diam2. Bertanyakan khabarnya, mendengar bual bicaranya. Dalam hati saya, saya bertahmid..ya Allah, sahabatku di sana sudah tidak boleh lagi menikmati apa yang aku nikmati ini. Subhannallah...sebak saya. Suatu hari nanti akan tiba juga giliran saya untuk berdiri di kedudukan yang sama dengannya. Bersediakah saya? Sudah puaskah saya mengadu kasih waktu itu?
Selepas ini, walaupun saya tidak melupakan ibu dan ayah saya, malah sentiasa berbuat baik pada mereka, saya akan buat yang lebih baik lagi, bercakap dengan lebih lembut, datang menziarahi mereka dengan lebih kerap, masakkan mereka masakan yang lebih sedap, menggembirakan mereka dan mendoakan mereka dengan lebih kerap.. kerana mereka itu merupaka satu nikmat yang sementara. Sahabat saya sudah kehilangan ibunya, tidak mustahil untuk saya juga...
Ibu saya yang dikasihi, Hjh Siti Mariam binti Mustaffa. |
Semoga Allah rahmati dan tempatkan arwah ibu sahabat saya itu di tempat orang2 yang beriman, diluaskan kuburnya seluas2nya, dijadikan kebun yang indah, di mana dia menunggu dengan selesa untuk Hari Kebangkitan nanti. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment