Alhamdulillah..semalam saya berpeluang menghadiri ceramah motivasi Prof. Dr. Muhaya di masjid negeri Shah Alam. Syukur kerana saya diberikan nikmat kelapangan, kesihatan, kesesuaian kerana bukan mudah untuk saya tinggalkan ketiga2 anak saya untuk ke majlis2 ilmu sebegini. Terima kasih dalam hati pada suami saya, adik ipar saya dan pembantu rumah saya...
Dapat juga saya menenangkan diri, menenggelamkan diri dalam suasana masjid negeri sebentar. Dapat berkenalan dengan kenalan2 baru, dan bertukar2 cerita dan maklumat, alhamdulillah, tak terselit umpat mengumpat hari itu. Berkat.
Dan akhirnya..
Dapat juga saya bertentang mata (walaupun saya di atas karpet dan Dr. Muhaya di atas pentas) melihat sendiri yang empunya diri, seorang yang kata2nya sangat memotivasikan, setiap kali saya mendengar radio IKIM.fm. Istimewanya dia kerana dia tidak perlu meneran2 suara, menegas2kan ayat2 Al-Quran..sekadar berkata2 dengan lemah lembut, apa kaitannya kehidupan ini dengan Islam..prinsipnya, konsepnya yang mudah dan straight forward.
Berikut saya kongsikan point2 yang dapat saya tuliskan dlm buku nota buruk saya. Semoga ia dapat memberikan kebaikan kepada kita semua, InsyaAllah...
- Jangan terlalu obses dengan pandangan luaran. Apabila kita pandang cermin, siapa kita yang di dalam cermin? Yg dilihat atau yg melihat? Yg melihat...iaitu roh kita. Yg dilihat hanyalah fizikal sahaja.
- Bila kita buat perkara yang Allah suka, kita jadi kuat, dan begitulah sebaliknya. Kita akan jadi lemah apabila kita melakukan perkara yang Allah tidak suka. Pemikiran, perkataan, penglihatan, pendengaran dan pengisian roh akan menyebabkan roh dan setiap sel dalam badan kita berusaha ke arah menjadikan kemahuan kita. Kita isikan deria kita dengan yang negatif, maka kita lemah. Kita isikan deria kita dengan yang positif, kita akan kuat.
- Sibukkan diri sendiri mencari keaiban Diri Sendiri, berhenti budget diri sendiri bagus. Berhenti mengumpat orang lain, lebih2 lagi ketika makan minum. Setiap kata2 umpatan yang kita keluarkan akan merubah molekul minuman dan makanan menjadi rosak, lalu kita makan n minum makanan yg rosak. Hilanglah keberkatan makanan kita.
- Sentiasa semak akaun emosi, pastikan emosi positif lebih banyak daripada emosi negatif. Apa itu emosi positif? Selalu puji orang lain, cepat minta maaf atas kekurangan diri, selalu maafkan kekurangan suami dan anak-anak. Contoh: Pandai ayah layan budak2 ni sementara saya memasak, pandai ayah pujuk abang potong rambut, terima kasih sebab tolong basuh pinggan, sori mak ambil kakak lambat, sori mak tak pandai ajar kakak subjek ni, saya minta maaf sebab tak pandai masak lemak macam mak awak buat, saya mintak maaf sebab didikan anak2 kita tidak sebaik mana...
- Pilihanraya kita adalah setiap masa, kita yang pilih antara syurga atau neraka, antara dosa atau pahala, terpulang pada kita menentukan takdir kita di Padang Masyhar nanti. Jangan tunggu atau pertanggungjawabkan oran lain.
- Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya. Bukan vice versa.
- Seorang wanita yang bijak ialah yang menyayangi ibu mertuanya kerana apabila ibu mertua redha akan anak lelakinya, iaitu suami kita, maka suami akan menjadi ahli syurga. Buat suami serba salah kerana terpaksa memilih antara kita dan ibunya, nerakalah untuk suami kita. I love you? Prove it.
- Formula bahagia ialah tahu Allah ada di sisi kita. Kerana bahagia itu adalah hak mutlak Allah. Dia boleh memberi dan boleh menariknya bila2 sahaja. Oleh itu, hendaklah kita:
- Hormat semua makhluk Allah, yang hidup mahupun yang tidak bernyawa.
- Ikhlas bahagia kerana Allah, betulkan niat kita. Niat baik, kita akan dibalas baik. Hanya untuk mencari redha Allah, bukan sanjungan manusia.
- Sentiasa berlemah lembut
- Sentiasa berfikir bagaimana nak tolong, nak memberi
Jadi penyelesaian masalah bukan pada orang lain, tapi diri sendiri kerana ini adalah dugaan yang Allah hantarkan khas untuk diri kita. Especially tailored, mengikut kemampuan diri kita. Kita perlu kembali padaNya untuk mendapatkan kekuatan.