Saturday, 10 December 2011

Sekolah Tadika untuk Haris

Pencarian saya sudah muktamad. Akhirnya saya mengambil keputusan menghantar Haris ke sebuah sekolah tadika NURI berdekatan dengan rumah kami, yang mempunyai julat murid terendah. Itulah kriteria utama saya, mencari tadika yang mempunyai murid paling sedikit. Saya tidak berapa kisah program yang ditawarkan, kerana pada saya, tadika sekarang semua menawarkan pakej pendidikan yang lengkap.
Berdasarkan rekod daftar, Haris akan menjadi murid baru tunggal kepada 5 murid sedia ada tahun depan, jadi saya yakin (menadah berharap) Haris akan dapat menyesuaikan diri dan mengubah gambaran negatif tentang sekolah sebelum ini. Dengan murid yang sedikit, cikgu tadika akan berikan lebih perhatian pada setiap murid, dan kejadian buli membuli, sakat menyakat dapat dielakkan.
Itulah tips terpenting yang saya perolehi daripada ibu Irfan, kawan baru saya sewaktu berbual di Ethos. Ibu Irfan, yang juga mempunyai anak autistik, tetapi berumur 7 tahun, memberitahu saya supaya mencari tadika yang paling sedikit bilangan muridnya, tak kisahlah program apa, sebab anak-anak autistik ini sangat sensitif dengan orang ramai... Alhamdulillah, anaknya Irfan dapat belajar dengan baik di tadika tersebut, yg baru dibuka. Dia banyak memberikan semangat setiap kali kami berjumpa, dan saya selalu meminta panduan tentang Haris.
Trial untuk sekolah tadika Haris bermula Isnin, 3 hari, dan group theraphy Haris juga bermula minggu depan. Bermakna, saya akan dapat test drive education plan Haris minggu depan. Isnin, Selasa, Rabu sekolah tadika pagi, 8am sampai 12.30tghari. Khamis & Jumaat group theraphy 9.30am sampai 11.30am. Ahad pula individual theraphy 3.00pm sampai 4.00pm.
Semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah.

1 comment:

  1. Sebelum ini Haris memasuki sekolah tadika lain selama 6 bulan, tetapi disebabkan beberapa insiden, dia mempunyai tanggapan buruk tentang sekolah. Julat murid dgn guru di sekolah tersebut ialah 8 hingga 15:1 seorang guru. Saya yang waktu itu kekurangan maklumat dan panduan, kesal kerana tidak bertindak sepatutnya untuk kebaikan Haris.

    ReplyDelete