Ohh..susah sungguh nak dapatkan seorang child psychologist untuk Haris punye assessment. 2-3 hospital saya call, semua geleng kepala. Akhirnya saya telefon Sunway Medical Center, mereka ada seorang, tapi waiting list tersangatlah panjang. Nurse yang entertain call saya sampai merungut2 kerana terlalu ramai yang ingin berjumpa dengan Dr. Rajini. Saya bentak kembali (dalam bahasa English juga ya), bahawa saya bukanlah mahukan sangat Dr. Rajini (walaupun saya memang terdesak), sila berikan saya Dr. lain asalkan dia boleh assess anak saya yang autistic. Mungkin mendengar ketegasan saya, atau mungkin Allah melembutkan hatinya waktu itu, nama Haris diterima dalam senarai waiting list yang sangat panjang itu. Jangan harapkan sebarang pertemuan dengan Dr. Rajini tahun ini, seawal-awalnya tahun depan. Saya 'ya' kan sahaja. Yang penting Haris sudah di dalam waiting list itu.
Niat saya harini saya mahu teruskan pencarian saya di PPUM pula. Mungkin lebih baik kalau ada second opinion tentang Haris. PPUKM pun ada juga, tapi terlalu jauh dan sekiranya saya dan Haris diminta untuk hadir beberapa kali untuk terapi follow up, ahhhh....sungguh menyesakkan dengan jam semua.
Itulah dia hakikat di Malaysia. Child psychologist terlalu sedikit, a handful, sehinggakan mereka yang terlibat dalam bidang ini dan yang berkaitan, boleh sebutkan nama mereka satu2. Sabarlah...dugaan.
Kenapa mesti berjumpa dengan child psychologist? Untuk assess kebolehan Haris dari segi psychology, berada di tahap mana. Assessment itu, dalam bentuk suratlah, yang bakal digunakan untuk menentukan Haris fit untuk ke sekolah rendah atau tidak, perlukah dia ke sekolah khas, perlukah dia berdaftar di Jabatan Kebajikan as OKU dan macam2 keperluan lah lagi...
Assalamualaikum, hai kak apa khabar? Anak nora pun mengalaminya juga, sekarang umur qiqi 5tahun masih belum boleh bertutur jelas cuma ada perkataan yg boleh. Dan untuk ke toilet masih tak blh juga lg. Hmm tapi nora belum try mcm yg akak buat, kadang nora rasa buntu tak tahu dgn siapa ingin bertanyakan tentang anak ni. Alhamdulillah boleh terjumpa blog akak dan anak
ReplyDeleteMengalami perkara yang serupa.
Mcm mana keadaan haris sekarang kak? Dah ada kemajuan? Hihi. Harap selepas ni bila2 terluang waktu akak sudi lah untu berkongsi pengalami akak dan haris.