Seringkali kanak-kanak yang mengalami
Speech Delay dikaitkan dengan
autism. Ini adalah kerana antara ciri utama autisma ialah kegagalan dalam berinteraksi.Ada pelbagai penerangan tentang autisma dan kanak-kanak autisma di internet, anda hanya perlu goggle sahaja. Ini saya bawakan penerangan jelas dan lengkap tetapi mudah difahami tentang autisma dan kanak-kanak autisma, hasil tulisan
Dr. Miriam Stoppard, di dalam bukunya
Complete Baby & Childcare. Saya telah translatekan untuk memudahkan pemahaman semua, tetapi buku ini mudah didapati di mana-mana toko buku besar MPH.
AUTISMAutism merupakan satu situasi di mana seorang kanak-kanak itu bermasalah mengaitkan kepada situasi sekeliling dan orang sekelilingnya. Dia juga sangat susah menerima sebarang perubahan kepada rutin hariannya, seolah-seolah obsesif mengikutinya. Merupakan satu
disorder yang kompleks, dan mempunyai spektrum antara ringan kepada berat. Autism biasanya muncul dalam 3 tahun pertama kanak-kanak, dan boleh dikaitkan dengan kecacatan kemahiran belajar (
learning disabilities) lain seperti
dyslexia dan kecacatan fizikal seperti
epilepsy. Sedikit diketahui tentang autism sehingga baru-baru ini, dan kekurangan perhatian dan kesilapan didikan atau latarbelakang keluarga seringkali dipersalahkan. Kita kini tahu autism disebabkan ketidaknormalan (
abnomality) di dalam otak. Ada sedikit kemungkinan daripada genetik. Kekerapan terjadi autism adalah 4 kali lebih kerap pada lelaki daripada perempuan.
MENGENALPASTIKerana autism merupakan satu gangguan perkembangan (developmental disorder), ia mungkin mengambil masa sebelum anda menyedari anak anda lain daripada kanak-kanak yang lain. Anda mungkin menyedari bahawa anak anda kurang mahu berinteraksi pada tahun pertamanya tetapi anda mungkin tidak akan mengaitkan ciri ini dengan sesuatu yang lebih berat sehinggalah ciri-ciri lain menjadi lebih jelas. Kebanyakkan ibubapa hanya tahu anak mereka autistik atau ada sesuatu yang tidak kena apabila anak mereka mencecah usia 3 tahun.
KESAN AUTISMKanak-kanak yang autism mempunyai kebolehan yang berbeza, tetapi ada 3 ciri utama kekurangan yang mereka semua punyai: Mempunyai masalah untuk bersosial, mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan imaginasi terbatas. Ramai kanak-kanak autisma memperlihatkan tingkahlaku yang berulang dan sesetengah mempunyai memori yang sangat menakjubkan.
Kebolehan BersosialSekiranya autism sangat serius, anak anda tidak akan mengendahkan orang lain di sekelilingnya. Pada bayi, ini ditunjukkan dengan keadaan bayi menangis tetapi tidak boleh ditenteramkan melalui pelukan dan pujukan, sentiasa diam, tidak berinteraksi dengan mata, dan gagal untuk memberi tindakbalas pada ransangan seperti kembali tersenyum, melambai atau melalui mimik muka.
Kanak-kanak autistik akan menunjukkan kekurangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, terutamanya kanak-kanak. Mereka tidak membuat kawan, dan apabila didekati untuk bersosial, mereka berkelakuan tidak sepatutnya; mereka mungkin mengulangi sebahagian percakapan yang baru dibualkan, mereka mungkin agresif, atau mereka mungkin menggunakan bahasa yang mengelirukan.
Dalam situasi yang kurang serius, anak anda mungkin menerima interaksi sosial tetapi mungkin tidak terlalu responsif atau memberi responsif dalam keadaan kaku dan berulang.
KomunikasiDari umur yang awal kebanyakan kanak-kanak menunjukkan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Malah, sebelum mereka boleh menyebut perkataan dengan betul lagi mereka sudah cuba berinteraksi menggunakan mimik muka dan pergerakan badan. Kanak-kanak autistik tidak berkeinginan sebegini. Walaupun anak anda bercakap, dia bercakap
pada orang, bukan
dengan orang, atau dia hanya bercakap apabila mahukan sesuatu. Anak anda mungkin mempamerkan
echolalia (mengulangi perkataan yang baru didengarinya) dan dia mungkin menggunakan sesebuah perkataan atau prasa secara berulang atau tidak sesuai dengan keadaan. Menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak autistik untuk keliru dengan penggunaan kata ganti nama 'saya', 'awak' atau 'dia'.
ImaginasiSeorang kanak-kanak yang autistik tidak menggunakan imaginasinya apabila bermain dengan permainannya, dan daripada menerima keseluruhan barang mainannya, dia menjadi terlalu tertarik dengan satu bahagian kecil mainan tersebut. Contohnya, apabila sedang bermain dengan keretapi mainan, dia akan menumpukan perhatian pada satu bahagian kecil keretapi tersebut, seperti rodanya, atau gerabaknya, daripada menggunakan keretapi mainan tersebut secara keseluruhan.
Sesetengah kanak-kanak autistik ada melibatkan diri dalam aktiviti imaginasi, seperti membaca, tetapi ini merupakan kelakuan stereotype dan berulang. Contohnya, anak anda mungkin membaca satu buku berkali-kali.
Kelakuan BerulangKelakuan berulang mengetuk, rocking, menghantuk kepala, mengetap gigi, mendengus, menjerit, memetik jari, memusingkan objek, dan berdiri dan melompat satu kaki ke depan dan ke belakang merupakan antara kelakuan kanak-kanak autism. Jenis kelakuan berulang yang anak anda lakukan akan bergantung kepada kebolehannya. Kelakuan yang lebih sofistikated termasuk mengatur objek dalam aturan yang kompleks dan berulang, dan mengumpul sesuatu objek yang sama dengan banyak. Anak anda mungkin akan tertarik dengan sesuatu topik dan akan bertanya soalan yang sama berkali-kali dan meminta anda menjawab jawapan yang sama berkali-kali. Anda akan menyedari anak anda sukakan rutin yang berulang, termasuk yang tidak masuk akal, untuk diambilkira. Contohnya, dia mahukan aturan aktiviti yang sama dilakukan sebelum dia masuk tidur.
MemoriSesetengah kanak-kanak autistik mempunyai kebolehan menyimpan memori dan mengingat semula sebagaimana ia mula-mula difahami dan hasilnya boleh mengagumkan. Seorang kanak-kanak autistik mungkin berkebolehan melukis sebuah bangunan dengan sempurna sebagaimana dia lihat sebelumnya ataupun mengulangi keseluruhan perbualan atau senarai maklumat.
KEPERLUAN KHASKeseriusan keadaan anak anda bergantung pada beberapa faktor: Samada dia mengalami learning disorder yang lain, contohnya dylexia; samada dia turut mempunyai kecacatan fisikal, contohnya epilepsy; jenis pendidkan yang dapat dia perolehi; dan personalitinya atau keadaannya, yang turut memberi kesan bagaimana dia bertindakbalas pada kekurangannya. Adalah amat penting untuk mengenalpasti autism dan ketidakupayaan lain yang saling berkait seawal mungkin supaya keperluan anak anda dapat dipenuhi.
Di Malaysia, anda boleh mendapatkan bantuan di hospital kerajaan sebelum dirujuk pada badan-badan organisasi yang menjurus pada Autism, seperti NASOM. Bergantung pada keseriusan autism anak anda, dia masih lagi boleh pergi ke sekolah biasa di mana dia mendapat bantuan tambahan, atau dia perlu ke sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran atau perkembangan.