Harini saya bawa Haris ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Shah Alam untuk urusan kad OKUnya. Di Bangunan Darul Ehsan, bangunan putih berhadapan pintu masuk The Store Alam Sentral. Ke tingkat 23.
Di sana, saya serahkan Borang Kurang Upaya 0-18 tahun yang sudah lengkap diisi oleh saya dan pakar perubatan dari PPUM. Juga 2 keping gambar pasport Haris, salinan kad mykid. Selesai urusan, saya diberitahu untuk update semula selepas 2 minggu. Saya tertunggu2 juga jika pegawai tersebut mahu memberikan sebarang penerangan lanjut, tapi nampaknya itu sahaja. Saya kecewa juga, saya mengharapkan adalah sedikit penerangan, atau kaunseling untuk ibu2 seperti saya yang baru mengetahui anaknya tergolong OKU. Setidaknya terangkanlah PERANAN mereka. Tetapi sekadar, "Nanti dia akan dapat subsidi," seperti - peminta sedekah pula rasanya.
Dengan sebal hati, tetapi masih boleh tersenyum melihatkan sengih dan telatah Haris yang mencuit hati, saya ke Jabatan Pendidikan Khas di seksyen 4 pula. Selepas penat2 mendapatkan parking space, kemudian mendaki anak tangga bersama Haris, rupa2nya saya perlu mendaftar ke seksyen 19 pula. Huh! Angkat telefon tak nak, dah sampai tak selesai juga...
Nampaknya terpaksalah saya tangguhkan ke hari esok pula. Dalam dalam menggerutu tu saya bersyukur juga kerana saya ada kereta dan saya boleh memandu, anak2 yang lain ada orang yang tunggu, bayangkanlah perkara yang sama berlaku pada ibubapa yang tiada kemudahan seperti saya.
Tak sabar saya nak tahu outcome untuk esok pula. Semoga semuanya berjalan lancar.
cheer ;)
ReplyDeleteyou're a strong mum ;)