Wednesday 30 May 2012

'Guang' oleh Quek Shio Chan

Apa masa depan seorang autisme yang telah dewasa, setelah ibubapanya tiada?
Filem pendek ini memaparkan realiti kehidupan seorang autisme dewasa yang hidup bersama abangnya. Diarah oleh Quek Shio Chan, seorang anak tempatan yang mempunyai seorang adik autisme.
Filem ini telah memenangi  2011 BMW Shorties Award.
Selamat menonton filem ini.
Kepada En. Quek, terima kasih kerana berjaya mengarah filem yang sangat menyentuh hati ini. Saya, seorang ibu kepada anak autisme yang baru berumur 6 tahun, sentiasa membayangkan bagaimanakah keadaannya nanti apabila kami ibubapanya tiada, dan dia akan dijaga oleh adik beradiknya. Filem ini berjaya memberi sedikit gambaran realiti hidupnya, terima kasih. Semoga ia juga membuka mata dan hati semua yang menontonnya.


Wednesday 23 May 2012

Langkah-Langkah Menjadi Orang Berjaya

Motivasi pagi ini di IKIM tentang bagaimana menjadi orang berjaya. Sebenarnya ia sambungan daripada segmen yang lepas dan akan datang, tetapi segmen pagi ini sangat menarik kerana ia menggariskan 5 langkah mudah untuk ke arah menjadi orang berjaya. Sempat saya 'keep note' dalam minda sepanjang perjalanan menghantar Raihan ke sekolah.

1. Luangkan Masa
Luangkan masa untuk perkara yang anda mahu berjaya itu. Maaf, anda tidak boleh berangan menjadi ibu yang baik, mendapat anak2 yang solat dan mengaji, atau mendapat job hebat dan gaji hebat. Anda mesti spend time untuk merealisasikannya. Bagaimana? Tuntut ilmu tentangnya. Tidak..tak perlu sambung pengajian. Belajar, samaada dengan membaca, mendengar atau melihat. Cara terbaik ialah dengan membaca tentang perkara yang kita mahu berjaya itu. Jika saya mahu khusyuk dalam solat, maka sebaik2nya saya membaca tentang solat. Jika saya mahu tahu kereta 4 wheel drive yang mana lebih baik, antara Nissan Navara atau Toyota Hilux, maka saya perlu baca tentang itu. Membaca tidak semestinya memegang buku, kita ada google, newspaper, majalah. Tapi yang penting, kita harus berhenti seketika daripada jadual seharian dan luangkan masa untuk perkara tersebut. Bukan hanya berangan!

2. Hapuskan Gangguan
Apa sahaja gangguan dalam bentuk visual mahupun gangguan di dalam minda. Contohnya, kenapa susah untuk khusyuk dalam solat? Matikan handphone supaya tiada sms atau panggilan, matikan tv walaupun anak2 sedang tonton kerana anda secara separa sedar juga akan mengikutinya walaupun daripada bunyi sahaja. Pergi ke tempat yang secluded, dalam bilik, atau di corner yang bukan laluan. Daripada segi minda, sekiranya kita sudah membaca, maka kita tahu kepentingan solat itu. Kita sudah tahu bagaimana mahu meletakkan hati, minda, perlakuan kita hanya untuk bersolat. Kita sudah tahu setiap makna bacaan dalam solat itu, kita sudah tahu apa jawapan balas yang Allah katakan apabila kita membaca Al-Fatihah, dan sebagainya. Kerana kita SUDAH luangkan masa untuk mengetahui bagaimana untuk solat dengan khusyuk.

3. Buat Catatan
Ada sesetengah kita penuh kalendar dengan perkara yang perlu dilakukan. Ada pula kita yang sampai tak tahu nak tulis apa pada kalendar kerana jadual kita sangat rutin dan penuh kebiasaan. Seperti saya, seorang suri rumah, apa sahaja yang saya buat sama sahaja. Tetapi mulai sekarang, sekiranya saya mahu berjaya, saya perlu mula mencatat apa yang saya akan lakukan besok. Dengan mencatat, anda akan dapat melihat kembali, merujuk lalu memperbaikinya. Contohnya saya, sekiranya saya mencatat jenis ikan yang saya beli sehari2, my daily grocery, saya akan sedar saya hanya membeli sebahagian jenis sahaja. Apa kata kali ini saya menukar jenis yang lain, supaya menu masakan saya tidak membosankan.


4. Bertanya Soalan
Sentiasa menyoal diri dengan soalan2 yang bertujuan untuk memperbaiki diri kita, memotivasikan diri kita. Gantung ia di dinding rumah, sekurang2nya, setiap kali membacanya kita akan terus muhasabah diri. Cukuplah gantung ayat2 Al-Quran yang jarang2 kita tahu maknanya, sekadar hiasan2 semata2 untuk menunjukkan kita ini orang Islam. Perlu diingat, dengan menggantung ayat seribu dinar contohnya, tetapi tidak membacanya, perniaagaan kita tidak akan berjaya. Samalah dengan menggantung ayat Kursi, rumah kita tetap dimasuki syaitan selagi mana sewaktu kita melangkah masuk tidak disertakan dengan bacaan Bismillah. Satu soalan yang best untuk digantung di living room ialah ,"Apakah yang anda telah lakukan untuk Allah pada hari ini?"


5. Mengambil Tindakan
Put it into action, apa yang anda rancang. Jangan rancang sahaja, penguatkuasaannya tiada. Contohnya, sekiranya saya mahu anak2 rajin solat, maka SAYA ini harus bangun dahulu mendahului mereka mengangkat wudhuk, membentang sejadah. There's no such thing as remote control untuk berjaya.

Sama2lah kita berdoa supaya diberikan Allah kekuatan dan istiqamah dalam menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, InsyaAllah. Semoga mendapat kebaikan bersama.

Thursday 17 May 2012

Langkah-langkah melatih anak autisme menggunakan potty

Untuk bertukar daripada pampers kepada menggunakan toilet adalah satu proses, jadi jangan mengharapkan hasil serta merta. Ia juga bergantung pada kesediaan anak anda, (dan anda). Biasanya untuk anak-anak normal, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan idea tersebut masuk umur 3 hingga 4 tahun. Raihan free of pampers umur akhir 4 tahun. Tetapi untuk anak autisme seperti Haris, anda sebagai ibubapa perlu kenal anak anda. Tiada umur wajib bagi mereka, tetapi 1 simple rule yang saya buat, bila anak sudah boleh MEMBERITAHU dan MENGIKUT ARAHAN, barulah saya perkenalkan penggunaan toilet. Saya mula melatih Haris menggunakan toilet sewaktu berumur awal 5 tahun.

Untuk anak-anak saya, Raihan dan Haris sama sahaja, saya latih mereka membuang air kecil dahulu. Buka sahaja pampers tu, dan pakaikan mereka seluar dalam. Terangkan kepada mereka, dengan ayat ringkas dan jelas, "Nak kecing, bagitahu." Lepas tu standby lah. EXPECT accidents, tak sempat ke tandas dan sebagainya. Itu sudah lumrah. Jangan marahkan mereka, sebaliknya berikan kata2 semangat dan pujian apabila mereka membuat satu pencapaian baik. Kebolehan untuk menahan diri daripada terkencing lebih mudah apabila umur mereka selepas 5 tahun, sebab otot2 semua dah developed. Soal kencing malam, jangan bagi mereka minum air banyak sebelum tidur, ataupun suruh mereka buang air dahulu sebelum tidur. Jangan mempunyai persepsi anak autisme akan gagal dalam latihan ini. Raihan, kakak Haris lebih banyak ada accident kecing malam daripada Haris. Sekiranya anak lelaki anda sukar untuk mengeluarkan air kencing, seperti tidak boleh concentrate, bantunya dengan buat asosiasi bunyi seperti 'shhh...'. Macam Haris, saya menyuruhnya menyirapkan air daripada paip hose ke arah kemaluannya sebagai signal untuknya membuang air kecil. Alhamdulillah, cara ini berjaya untuk Haris. InsyaAllah, dengan latihan konsisten, mereka akan berjaya buang air kecil di toilet.

Now come the tricky part. Membuang air besar di dalam toilet. Anda ada 3 pilihan dalam memperkenalkan cara untuk membuang air besar di toilet, samada dengan bercangkung atas surat khabar, duduk atas toilet kita yang telah dilapik dengan ring toilet kanak2 ataupun menggunakan potty. Seperti Raihan, apabila saya lihat dia sudah selesa dengan idea 'free of pampers', kecuali apabila ingin membuang air besar, sesuatu yang menyusahkan) mulalah saya perkenalkan penggunaan toilet. Dia tiada masalah, alhamdulillah. Saya hanya menemankan dia dan memberikan dia pujian setiap kali dia berjaya melakukannya.


Untuk Haris yang menghidap autisme, memang sangat memerlukan kesabaran kerana ia sangat sukar. Anda mesti memahami kenapa ianya sukar untuk anak anda, kerana dia autisme dan anda pula normal. Apa maksudnya? Seperti Haris, dia hypersensitif di bahagian peha, jadi untuk duduk di atas sesuatu yang asing, plastik ring itu satu yang menakutkan dan mungkin sangat tidak selesa. Anda MESTI menerima ini dan berperanan sebagai pemujuk dan penyedap hatinya. "It's ok abang, mak ada, kita nak e'ek, your a good boy," dan seterusnya untuk menenangkan dia. Tetapi anda juga boleh menggunakan nada tegas diselang selikan supaya dia tahu anda tidak main-main. Jangan marah dia, tiada siapa boleh buang air besar dalam keadaan stress. Duduk sekali dengannya, paling sekejap 15 minit, paling lama 30 minit, supaya dia tahu dia bukan dihukum untuk sesuatu perkara, tetapi ini merupakan satu aktiviti perlu.

Jangan strictkan pilihan dia. Provide ketiga2 pilihan, nak duduk atas ring ke, duduk atas potty ke ataupun bercangkung. Haris mula2 buang air besar dengan bercangkung atas simen, tetapi disebabkan dia geli dengan tahi tersebut, dia akan beralih2 tempat. Selepas 5-6 kali terpaksa mengutip tahinya di beberapa tempat yang berbeza atas simen bilik ait itu, saya kembali memintanya memilih samada mahu buang air besar di atas potty atau di atas ring. Waktu ini, sudah establish jika dia mahu buang air besar, harus dilakukan di dalam toilet, bukan pampers.

Ubah diet dia. Percayalah cakap saya, anak akan mengelak untuk buang air besar sama sekali. Untuk mengelakkan dia daripada sembelit, dan untuk memudahkan dia membuang air besar, suruh dia makan buah. Haris memang tak makan sayur, tetapi dia sangat sukakan mangga, tembikai, anggur, pisang..

Sekiranya anak anda masih bermasalah, seperti Haris, saya ambil gambar step by step apa yang berlaku sewaktu dia membuang air besar di atas potty. Dengan cara itu, dia boleh tahu apa akan terjadi, dan kurang rasa anxiety. Tapi mesti gambar anak anda sendiri, bukan orang lain, supaya lebih mudah untuk dia kaitkan dirinya. Kalau tidak nanti dia kata, "Kawan berak ni, bukan Haris." Berikut gambar2 yang membantu Haris dan saya:
Haria atas potty, tengah imitate saya cakap e'ek.

Mungkin paed anda akan advise jangan bawa toys masuk supaya dia boleh tumpu perhatian. Tapi saya benarkan sbb lagi stressful without his toys. Dia akan concentrate bila urge tu ada, ia tindakbalas semulajadi. Makan buah!

Lepas buang air besar angkat mangkuk ke toilet besar.

Buang.

Flush.

Basuh bontot. Saya masih belum berjaya latih dia basuh sendiri, mngkin dia geli sebab nanti terpegang tahi sendiri. Kalau buang air kecil dah boleh basuh sendiri.

Basuh tangan. Suruh dia kira 1 hingga 5 untuk pastikan cukup lama.

Saya latih dia untuk menggunakan potty untuk buang air besar selama 3 bulan. Sekarang dia sudah boleh ke toilet untuk buang air besar di atas pottynya tanpa ditemani oleh saya..(ahli keluarga lain). Dia 100% free of pampers! Ia sukar, tapi ia boleh dilakukan. InsyaAllah.
Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dan anak2 anda.


Wednesday 16 May 2012

Lawatan MB ke Rumah Ramah, nursery Haris

Inilah Rumah Ramah, nursery khas Haris. Haris dah nak masuk 2 bulan di sini, mula bulan April.

Students daripada Kolej Komuniti..budak2 ni yang bertungkus lumus nyiapkan mural cantik ni.

Antara kawan-kawan Haris yang sabar menunggu, Danish, Amir dan Ikhwan sejak pagi lagi.

Gaya santai Haris menunggu ketibaan MB melawat nursery die.

MB tengah cat salah satu huruf kat mural

Singgah tengok Amir. Entah macamana gambar saya ade terselit kat situ plak.

For the sake of change, kata Pn Fazhilah. Hari itu, Rumah Ramah menerima RM2000, dan keseluruhan rumah itu dicat baru, ada mural baru, jalan masuk ditar dan rumput di halaman dipotong pendek.

Thank you students daripada Kolej Komuniti, menjayakan Program Mengecat. Cantik nursery kami!
Sewaktu Pn Fazhilah meminta saya datang ke Rumah Ramah pada hari Ahad  beberapa minggu yang lepas, untuk menjayakan program lawatan MB ke nursery Haris, saya tidak dapat menolak. Pertama sebab saya mahu sangat2 berkenalan dengan parents kawan-kawan Haris, untuk bertukar-tukar cerita. Kedua sebab saya mahu meraikan perubahan positif yang dibawa sempena Program Mengecat kepada Rumah Ramah, nursery Haris. Ketiga sebab saya mahu melihat sendiri, secara diam2 bagaimana pentadbiran sekolah dan guru2 mereka melayani kerenah anak2 istimewa kami, mengenali hati budi mereka.
Pagi2 lagi saya dah ada di sana bersama Haris, dalam pukul 9.00am. Nasib baiklah Haris tak buat perangai dan menurut sahaja, walaupun di luar kebiasaan dia. Tidak seperti Danish, kawannya yang autism juga. Kerana hari itu hari Ahad, Danish tidak faham kenapa dia perlu berada di nursery dan bukan di rumah. Untuk memahami perubahan ini, Danish tak senang duduk, jalan sana sini, bertukar baju beberapa kali, kadangkala menangis, menggulung2 kertas... Ibunya yang juga kawan baru saya, Kurshiah hanya tersenyum. Alah bisa tegal biasa, agaknya. Nasib baiklah by the time MB sampai, Danish sudah boleh ditenangkan, malah kelihatan seperti kanak2 biasa, sempat bergambar lagi tu dengan MB.
Saya juga sempat berkenalan dengan Kak Nor, yang anaknya yang tertua di sana, Amir berumur 13 tahun. Mulanya saya ingat Amir menghidap severe autism, tapi rupanya dia mentally retarded (MR). Amir mempunyai kembar, dan kembarnya normal tidak seperti dia. Kak Nor kata, sewaktu melahirkan, Amir kekurangan oksigen masuk ke dalam otak, menyebabkan otaknya terencat. Dia tidak boleh bercakap, perlu disuap, tidak boleh mengurus diri sendiri... Nak ke sekolah khas pun tak boleh kerana Amir hanya berlari ke sana ke mari sahaja, tidak dapat belajar. Tarik nafas panjang saya mendengarkan kisah Kak Nor. Sempat juga saya menerima 'tepukan mesra' daripada Amir, salah satu cara Amir menegur orang asing.
Saya banyak berbual dengan ibu Qalisya, yang mengidap cerebral palsy. Kerusi khas yang diduduki Qalisya menelan belanja RM 800, buatan tempatan. Kalau oversea mahu mencecah RM2000 katanya. Kerusi itu penting kerana ia menyokong tubuhnya dan memudahkan ibunya menjaganya. Apabila saya diberitahu ibunya Qalisya anak angkatnya, saya memang terkejut dan kagum sendiri. Memang kasih ibu bapa angkatnya tiada sempadan. Sewaktu mereka mengambil Qalisya, dia normal, tapi kemudian seaktu berumur 3 minggu lebih, dia diserang demam panas, yang menyebabkan dia mengidap cerebral palsy. Tetapi mereka tidak pernah sedikit pun terkesan, malah sangat menyayanginya.
Saya sempat sama2 duduk melihat Haris bermain di Multisensory Room dengan kawan2nya. Bilik yang separa gelap, dilengkapi tilam bergetah untuk melompat2, cahaya tenang yang bergerak, ade air-cond, ade lagu kanak-kanak yang perlahan dimainkan..memang Haris sangat seronok dalam bilik tu. Sehinggakan waktu MB datang, dia hampir tidak menghiraukan kehadiran beliau.
Selepas MB beredar, saya dan Haris (yang dah sampai tahap maksimum) cepat2 meminta diri. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Dan saya berpuashati sebab dapat lebih mengenali semua yang terlibat dengan Rumah Ramah, daripada admin, helpers, teachers, parents hinggakan kepada anak2 istimewa yang ada di sana. Semoga Allah terus merahmati kebajikan penghuni rumah ini, Amin.

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.