Sunday 27 November 2011

Bahu-bahu untuk bersandar..


Salam...alhamdulillah.
Selepas saya memberitahu keadaan Haris, family members menjadi sangat supportive. Mereka seolah-olah sentiasa mencari peluang untuk melayan Haris dan melayan dengan sabar terutama sekali apabila Haris tantrum.
Saya amat bersyukur dan lega dengan perubahan ini dan ia memberikan saya boost dan semangat yang berkali-kali ganda dari sebelumnya. Haris juga saya lihat, menjadi lebih 'open' dengan orang-orang lain selain kami anak beranak, dan lebih mudah berinteraksi, alhamdulillah. Makin banyak perkataan yang keluar daripada mulut comelnya, dan dia sudah boleh bermain dengan adik kecil (under my supervision).
Kami sewaktu bercuti di Assakinah Resort, Janda Baik. 100% kualiti time, alhamdulillah atas nikmat Allah. Tanpa mereka ini, siapalah saya untuk menghadapi dugaan ini. All for one and one for all!




Monday 14 November 2011

The Truth is out..

Semalam akhirnya saya beritahu ayah saya, tentang Haris. Haris autistic. Daripada mana keberanian itu muncul, saya tidak tahu. Mungkin atas desakan kawan-kawan baik ataupun kerana diri sendiri tidak mampu memikul kenyataannya sendiri.
Selepas saya memberitahu ayah, saya beritahu adik dan abang saya.
Apa yang saya harapkan? Doa mereka dan timbangrasa mereka pun sudah lebih dari cukup. Yang pasti saya lega, mereka tahu apa yang kami hadapi. Bukanlah saya mahu mereka sama2 miserable dengan saya, tetapi biarlah mereka ingat, dan mungkin insaf, bahawa golongan 'anak-anak istimewa' sekarang termasuk cucu dan anak saudara mereka sendiri. Mereka sudah tidak boleh 'change the tv channel' lagi, sebab ia sekarang directly link pada mereka. Saya juga tidak mengharapkan selepas ini mereka tiba-tiba menjadi sangat aktif melibatkan diri dalam aktiviti kehidupan seharian Haris. All I ask is a bit empathy. For all it is, mereka hanya tolak ke tepi sahaja perkara tersebut dan meneruskan kehidupan mereka seperti biasa.
Biarlah mereka mengambil masa untuk menerima berita ini. Saya yang merupakan ibu Haris sendiri pun sukar menerimanya, inikanlah pula mereka. Saya akan memberikan article-article tentang autism supaya mereka mendapat gambaran sebenar.
InsyaAllah, semua akan baik.

Sunday 13 November 2011

Hari terakhir Raihan ke sekolah tadika...

Pejam celik pejam celik rupanya Raihan, kakak kesayangan Haris, anak sulung saya, tinggal harini saja lagi untuk ke sekolah tadika. Selepas ini dia akan bersekolah rendah pula, dalam Darjah 1. Begitu cepat masa berlalu, rasanya baru semalam saya terpaksa angkatnya masuk ke sekolah pada minggu pertama, kerana tak mahu berpisah dengan saya. Sekarang saya hanya perlu turunkan sahaja dia di tepi pagar sekolah dan dia akan masuk sendiri dengan gembira.
Mengikuti program Little Caliph, dia sudah boleh menghafal surah2 lazim, mengaji muqaddam, membaca dalam kedua2 bahasa, mengira, menulis, melukis dan mempunyai kawan baik. Walaupun cikgu2nya asyik mengatakan dia terlalu senyap dan tidaklah menyerlah seperti kawan2nya yang lain, tetapi saya bangga dengannya.
Tiada kata2 yang boleh gambarkan betapa bangganya saya dengannya, so let the pictures say the unspoken words.

Excited dengan jubah putihnya di hari concert 2011. Ni costume untuk persembahan ayat hafazan.

Sewaktu menunggu di luar untuk menerima sijil. Di atas pentas bersama Ummi, pengusaha tadika Bestari. Saya sanggup berebut dengan parents lain just to get this perfect shot.


Ini pula persembahan Raihan yang kedua, public speaking. Yang tengah pegang mic tulah principal dia, Teacher Marena. Sangat berdedikasi dan ikhlas. Dialah yang point out pada saya yang Haris mungkin ada autistic dan memberikan contact no. Ethos. I owe her. Semoga Allah sahajalah yang membalasnya.

Ini gambar-gambar sewaktu Hari Sukan Raihan 2011. She tried her BEST in all the games she anticipated. Yeay! Tabik pada cikgu2 yang sanggup memberi peluang untuk mereka mencuba walaupun penat dan panas.

Ini pula konsert Raihan sewaktu dia lima tahun. Bersemangat menyanyikan lagu Demi Matahari. Masa tu terharu sehingga sebak saya, maklumlah 1st time experience melihat anak 1st naik pentas penuh yakin. Raihan bergambar dengan Ayah, yang 90% berada di luar dewan melayan kerenah Haris, tapi sempat melihat persembahan Raihan.
Raihan in her full school uniform. Ahh..anakku, semoga hatimu terus bersih dan dilindungi daripada segala pengaruh jahat dan tidak baik apabila melangkah ke alam sekolah nanti. Amin!

Child psychologist, where are you?!

Ohh..susah sungguh nak dapatkan seorang child psychologist untuk Haris punye assessment. 2-3 hospital saya call, semua geleng kepala. Akhirnya saya telefon Sunway Medical Center, mereka ada seorang, tapi waiting list tersangatlah panjang. Nurse yang entertain call saya sampai merungut2 kerana terlalu ramai yang ingin berjumpa dengan Dr. Rajini. Saya bentak kembali (dalam bahasa English juga ya), bahawa saya bukanlah mahukan sangat Dr. Rajini (walaupun saya memang terdesak), sila berikan saya Dr. lain asalkan dia boleh assess anak saya yang autistic. Mungkin mendengar ketegasan saya, atau mungkin Allah melembutkan hatinya waktu itu, nama Haris diterima dalam senarai waiting list yang sangat panjang itu. Jangan harapkan sebarang pertemuan dengan Dr. Rajini tahun ini, seawal-awalnya tahun depan. Saya 'ya' kan sahaja. Yang penting Haris sudah di dalam waiting list itu.
Niat saya harini saya mahu teruskan pencarian saya di PPUM pula. Mungkin lebih baik kalau ada second opinion tentang Haris. PPUKM pun ada juga, tapi terlalu jauh dan sekiranya saya dan Haris diminta untuk hadir beberapa kali untuk terapi follow up, ahhhh....sungguh menyesakkan dengan jam semua.
Itulah dia hakikat di Malaysia. Child psychologist terlalu sedikit, a handful, sehinggakan mereka yang terlibat dalam bidang ini dan yang berkaitan, boleh sebutkan nama mereka satu2. Sabarlah...dugaan.
Kenapa mesti berjumpa dengan child psychologist? Untuk assess kebolehan Haris dari segi psychology, berada di tahap mana. Assessment itu, dalam bentuk suratlah, yang bakal digunakan untuk menentukan Haris fit untuk ke sekolah rendah atau tidak, perlukah dia ke sekolah khas, perlukah dia berdaftar di Jabatan Kebajikan as OKU dan macam2 keperluan lah lagi...

Sunday 6 November 2011

ANAK AUTISM: BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU?

Ini merupakan artikle sisipan daripada buku peribadi saya yang saya rasa patut dikongsikan bersama. Buku ini bertajuk:Complete baby & childcare, oleh Dr. Miriam Stopard, dan boleh didapati di mana-mana kedai MPH atau Kinokuniya.

Anda akan mendapati kelakuan anak anda sangat bermasalah di antara umur 2 hingga 5 tahun, dan mungkin akan menjadi lebih baik di antara umur 6 hingga 12 tahun. Apabila dia membesar, anak anda mungkin akan lebih responsif dan boleh bersosial. Walaupun tiada ubat untuk autism, terdapat banyak terapi yang dirangka untuk memperbaiki kelakuan dan mengadaptasi keadaan anak anda:

MODIFIKASI KELAKUAN (BEHAVIOUR MODIFICATION)
Terapi ini menfokus untuk menggantikan kelakuan-kelakuan buruk (mengamuk, mengetuk kepala, aggresif dan lain-lain) dengan kelakuan yang boleh diterima; menggunakan sistem rewards.

URUT DAN BERTENANG
Anak-anak diajar bagaimana untuk bertenang menggunakan urutan, muzik, sentuhan dan kata-kata tertentu. Kemudian, kata-kata tertentu tersebut boleh digunakan sendiri apabila anak-anak menunjukkan tanda-tanda tertekan; kerana dia mengaitkan kata-kata tersebut dengan perasaan tenang, mereka boleh menghilangkan tekanan tersebut. Urutan membantu anak-anak autistik berhubung rapat dengan orang melalui sentuhan.

TERAPI PELUKAN
Ini melibatkan memberikan anak autism banyak pelukan, walaupun dia berbeza. Teori disebaliknya ialah, sekiranya kita bertegas memeluknya, dia akan menjadi yakin dan bertenang tanpa perlu memulakannya.

TERAPI PERTUTURAN
Sesetengah kes autism dikenalpasti oleh speech terapist, kerana perkembangan pertuturan yang lemah merupakan tanda pertama. Terapi pertutran juga boleh memperbaiki kemahiran berkomunikasi anak tersebut. Sekiranya anak anda tidak bertutur atau pertuturannya sangat terbatas, ia mungkin membantu untuk mengajar anak anak sign language sebagai sokongan kepada pertuturannya, bukannya menggantikannya.

PSYCHOTHERAPY
Ini melibatkan penglibatan semua ahli keluarga supaya mereka faham perlakuan seorang anak autism dan kesan-kesannya. Dalam sesetengah kes, anak autism tersebut sendiri mendapat psychotheraphy secara individu.

Saturday 5 November 2011

Follow up exercises for Haris

Alhamdulillah,
Visit Haris yang ke-6 berjalan lancar. Dia malah sangat gembira untuk ke Ethos, mencari Miss Aimie dan Miss Illi di dalam bilik sebaik sahaja sampai ke sana. Saya gembira apabila melihat dia tidak segan silu mengajak seorang kanak2 yg sama dengannya bermain sementara menunggu sesi terapi bermula.
Alhamdulillah, terapi kali ini, Haris sudah memahami konsep BESAR dan KECIL dan sudah boleh mengenalpasti WARNA dan mempunyai ASSORTING SKILL. Dia juga memahami konsep INSIDE and OUTSIDE. Haris sudah boleh melukis BULAT, walaupun tidak sempurna dan sudah boleh lompat berjarak.
Sebagai homework, Miss Illi, Occupational Therapist, meminta saya terus mengukuhkan lagi keupayaan motor jari2 Haris dengan menggunakan GUNTING, cuba mengajaknya melukis SQUARE. Kemudian saya juga perlu terus berlatih bersamanya BERDIRI DENGAN 1 KAKI untuk balancing. Dengan Miss Aimie pula, Speech Therapist, saya mesti teruskan berlatih mengajaknya menggunakan ayat lengkap jika mahukan sesuatu, tidak kiralah dalam bahasa Inggeris atau bahasa melayu. Dan dia mesti mengucapkan TERIMA KASI atau THANK YOU..Masih terpaksa menangguhkan membuat temujanji dengan child psikologist untuk clinically diagnose Haris tentang tahap autismanya. Karim telah ditugaskan ke Bintulu selama seminggu minggu depan, sedangkan saya mahu kami berdua bersama2 menemui psikologist terbabit.
Harapnya selepas minggu lepas, bolehlah kami selesaikan perkara yang tertangguh ni. InsyaAllah!
OK...gambar time!


Haris bersungguh berlatih menggunakan gunting. Untuk safety, saya suruh dia gunting plastesin instead of papers. Tengok tu..sampai ternganga mulut..

Ini Haris di laman belakang rumah kami. Tengah asyik melukis bulat kecil. Dia belum boleh melukis square, sekadar mewarna 'MONSTER TRUCK' yang saya lukiskan untuknya. Nanti kita cuba lagi ya..Haris!

Haris sewaktu di Ethos. In a very good mood that day. Sampai suruh saya ambil gambarnya.
Ni Haris selepas terapi session, kami berhenti beli dunkin donuts. Lapar sangat sampai tak sempat nak tunggu balik rumah.

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.