Saturday 22 October 2011

Apakah sebenarnya autisma dan apakah ciri-ciri kanak-kanak autisma?

Seringkali kanak-kanak yang mengalami Speech Delay dikaitkan dengan autism. Ini adalah kerana antara ciri utama autisma ialah kegagalan dalam berinteraksi.Ada pelbagai penerangan tentang autisma dan kanak-kanak autisma di internet, anda hanya perlu goggle sahaja. Ini saya bawakan penerangan jelas dan lengkap tetapi mudah difahami tentang autisma dan kanak-kanak autisma, hasil tulisan Dr. Miriam Stoppard, di dalam bukunya Complete Baby & Childcare. Saya telah translatekan untuk memudahkan pemahaman semua, tetapi buku ini mudah didapati di mana-mana toko buku besar MPH.

AUTISM
Autism merupakan satu situasi di mana seorang kanak-kanak itu bermasalah mengaitkan kepada situasi sekeliling dan orang sekelilingnya. Dia juga sangat susah menerima sebarang perubahan kepada rutin hariannya, seolah-seolah obsesif mengikutinya. Merupakan satu disorder yang kompleks, dan mempunyai spektrum antara ringan kepada berat. Autism biasanya muncul dalam 3 tahun pertama kanak-kanak, dan boleh dikaitkan dengan kecacatan kemahiran belajar (learning disabilities) lain seperti dyslexia dan kecacatan fizikal seperti epilepsy. Sedikit diketahui tentang autism sehingga baru-baru ini, dan kekurangan perhatian dan kesilapan didikan atau latarbelakang keluarga seringkali dipersalahkan. Kita kini tahu autism disebabkan ketidaknormalan (abnomality) di dalam otak. Ada sedikit kemungkinan daripada genetik. Kekerapan terjadi autism adalah 4 kali lebih kerap pada lelaki daripada perempuan.

MENGENALPASTI
Kerana autism merupakan satu gangguan perkembangan (developmental disorder), ia mungkin mengambil masa sebelum anda menyedari anak anda lain daripada kanak-kanak yang lain. Anda mungkin menyedari bahawa anak anda kurang mahu berinteraksi pada tahun pertamanya tetapi anda mungkin tidak akan mengaitkan ciri ini dengan sesuatu yang lebih berat sehinggalah ciri-ciri lain menjadi lebih jelas. Kebanyakkan ibubapa hanya tahu anak mereka autistik atau ada sesuatu yang tidak kena apabila anak mereka mencecah usia 3 tahun.

KESAN AUTISM
Kanak-kanak yang autism mempunyai kebolehan yang berbeza, tetapi ada 3 ciri utama kekurangan yang mereka semua punyai: Mempunyai masalah untuk bersosial, mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan imaginasi terbatas. Ramai kanak-kanak autisma memperlihatkan tingkahlaku yang berulang dan sesetengah mempunyai memori yang sangat menakjubkan.

Kebolehan Bersosial
Sekiranya autism sangat serius, anak anda tidak akan mengendahkan orang lain di sekelilingnya. Pada bayi, ini ditunjukkan dengan keadaan bayi menangis tetapi tidak boleh ditenteramkan melalui pelukan dan pujukan, sentiasa diam, tidak berinteraksi dengan mata, dan gagal untuk memberi tindakbalas pada ransangan seperti kembali tersenyum, melambai atau melalui mimik muka.
Kanak-kanak autistik akan menunjukkan kekurangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain, terutamanya kanak-kanak. Mereka tidak membuat kawan, dan apabila didekati untuk bersosial, mereka berkelakuan tidak sepatutnya; mereka mungkin mengulangi sebahagian percakapan yang baru dibualkan, mereka mungkin agresif, atau mereka mungkin menggunakan bahasa yang mengelirukan.
Dalam situasi yang kurang serius, anak anda mungkin menerima interaksi sosial tetapi mungkin tidak terlalu responsif atau memberi responsif dalam keadaan kaku dan berulang.

Komunikasi
Dari umur yang awal kebanyakan kanak-kanak menunjukkan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Malah, sebelum mereka boleh menyebut perkataan dengan betul lagi mereka sudah cuba berinteraksi menggunakan mimik muka dan pergerakan badan. Kanak-kanak autistik tidak berkeinginan sebegini. Walaupun anak anda bercakap, dia bercakap pada orang, bukan dengan orang, atau dia hanya bercakap apabila mahukan sesuatu. Anak anda mungkin mempamerkan echolalia (mengulangi perkataan yang baru didengarinya) dan dia mungkin menggunakan sesebuah perkataan atau prasa secara berulang atau tidak sesuai dengan keadaan. Menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak autistik untuk keliru dengan penggunaan kata ganti nama 'saya', 'awak' atau 'dia'.

Imaginasi
Seorang kanak-kanak yang autistik tidak menggunakan imaginasinya apabila bermain dengan permainannya, dan daripada menerima keseluruhan barang mainannya, dia menjadi terlalu tertarik dengan satu bahagian kecil mainan tersebut. Contohnya, apabila sedang bermain dengan keretapi mainan, dia akan menumpukan perhatian pada satu bahagian kecil keretapi tersebut, seperti rodanya, atau gerabaknya, daripada menggunakan keretapi mainan tersebut secara keseluruhan.
Sesetengah kanak-kanak autistik ada melibatkan diri dalam aktiviti imaginasi, seperti membaca, tetapi ini merupakan kelakuan stereotype dan berulang. Contohnya, anak anda mungkin membaca satu buku berkali-kali.

Kelakuan Berulang
Kelakuan berulang mengetuk, rocking, menghantuk kepala, mengetap gigi, mendengus, menjerit, memetik jari, memusingkan objek, dan berdiri dan melompat satu kaki ke depan dan ke belakang merupakan antara kelakuan kanak-kanak autism. Jenis kelakuan berulang yang anak anda lakukan akan bergantung kepada kebolehannya. Kelakuan yang lebih sofistikated termasuk mengatur objek dalam aturan yang kompleks dan berulang, dan mengumpul sesuatu objek yang sama dengan banyak. Anak anda mungkin akan tertarik dengan sesuatu topik dan akan bertanya soalan yang sama berkali-kali dan meminta anda menjawab jawapan yang sama berkali-kali. Anda akan menyedari anak anda sukakan rutin yang berulang, termasuk yang tidak masuk akal, untuk diambilkira. Contohnya, dia mahukan aturan aktiviti yang sama dilakukan sebelum dia masuk tidur.

Memori
Sesetengah kanak-kanak autistik mempunyai kebolehan menyimpan memori dan mengingat semula sebagaimana ia mula-mula difahami dan hasilnya boleh mengagumkan. Seorang kanak-kanak autistik mungkin berkebolehan melukis sebuah bangunan dengan sempurna sebagaimana dia lihat sebelumnya ataupun mengulangi keseluruhan perbualan atau senarai maklumat.

KEPERLUAN KHAS
Keseriusan keadaan anak anda bergantung pada beberapa faktor: Samada dia mengalami learning disorder yang lain, contohnya dylexia; samada dia turut mempunyai kecacatan fisikal, contohnya epilepsy; jenis pendidkan yang dapat dia perolehi; dan personalitinya atau keadaannya, yang turut memberi kesan bagaimana dia bertindakbalas pada kekurangannya. Adalah amat penting untuk mengenalpasti autism dan ketidakupayaan lain yang saling berkait seawal mungkin supaya keperluan anak anda dapat dipenuhi.
Di Malaysia, anda boleh mendapatkan bantuan di hospital kerajaan sebelum dirujuk pada badan-badan organisasi yang menjurus pada Autism, seperti NASOM. Bergantung pada keseriusan autism anak anda, dia masih lagi boleh pergi ke sekolah biasa di mana dia mendapat bantuan tambahan, atau dia perlu ke sekolah pendidikan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dalam pembelajaran atau perkembangan.

11 comments:

  1. saya ada dua org anak lelaki. dan anak lelaki sy yg sulung berumur 4 tahun tahun ni. tahun lepas saya sedar yg anak sy amat ketinggalan berbanding kanak2 lain sebaya,dlm beberapa hal.. malah anak sy sgt sensitif dgn beberapa buyi dan gambar di t.v walaupun bunyi dan gambar itu adalah normal bg kita. contohnye bunyi ayam berkokok, bunyi orang batuk dan bersin, bunyi ketawa yg sangat kuat, dia akan jadi panik dan mengamuk.

    tahun ni sy ke hospital kerajaan untuk rawatan dgn pakar psikiatrik. termasuk speech therapist. skarang sedang dlm rawatan, tapi masih belum ada kt kebajikan masyarakat. kad tu kena mohon atau pun automatik kite dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

      Delete
  2. Pusat Terapi dan Tumbuh Kembang Anak (PTTKA) Rumah Sahabat Yogyakarta melayani deteksi dini anak berkebutuhan khusus, terapi terpadu untuk Autism, ADD, ADHD, Down syndrom, Cerebral palsy, terlambat bicara dll dg terapi wicara, sensori integrasi, behavior terapi, Renang& musik untuk anak berkebutuhan khusus, home visit terapi & program pendampingan ke sekolah umum. informasi lebih lanjut hubungi 0274 8267882 atau buka web www.pttkarumahsahabat.com

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. kak, sy ada anak perempuan sebaya dgn Haris dan mengalami masalah yang sama. sy hanya sedar anak sy ketinggalan pada tahun ini, ketika dia berumur 6thn. Next year, dia akan masuk ke tahun 1. sy dah berjumpa dgn pakar child psychiatric dan Doktor mengesahkan anak sy ada learning disabilities dan mintak sy daftarkan anak sy sebagai OKU. masalahnya, sy tak tahu apa yg patut sy buat. harap akak dpt share your experience. thanks. - Yana 019-2575901

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

      Delete
  4. Anak kedua saya diagnos autisma seawal 2thn++.dapat detect awal sbb saya tgk progress development dia,sepjg 12bln dia respon normal,start ada ciri2 (flapping hand,x de fokus) after umur sethn.sethn setgh saya jumpa paed & refer tu ENT.nk check if problem dgn sound (speech pun start dr audio/ear).result ok then jumpa blk paed,refer ke psychiatris.diagnos 8 out of 13 ada ciri2 autisma.
    Skarang dh 7thn.byk yg kita kena bersabar. :) sayangi anak syurga kita.

    http://qshealthshoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

      Delete
    2. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

      Delete
  5. Assalammualaikum. Cuba lawat page ini http://www.facebook.com/alfageniusanakpintar
    Kebaikan pati bunga & geniuskids utk anak autisma. Ada yg dh cuba & tlh nampak perubahan pd anak mereka dgn izinNya.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum, kami ada menganjurkan program tarbiyyatul aulad yang memfokuskan pendidikan anak-anak austism dan dislexia. Cara handle mereka dan jenis pendidikan yang sesuai. InshaAllah kami menampilkan pakar-pakar yang hebat untuk mengupas topik ini. Sekiranya berminat boleh menghubungi kami di talian 0195170717. atau lawati facebook mts fatimah az-zahrah

    ReplyDelete

God’s Special Child

I’m sending you a special child, to cherish My name,
For you to love with all your heart, and teach him just the same,
For he is not like others babies, nor will be,
But you can love him just the same, and take care of for Me,
He may not hear, see, run, or learn as others do,
But he’ll be yours and he will take his guidance all from you,
The road is hard, he’ll break your heart, and you’ll cry a million tears,
But I promise when he smile at you, the pain disappears,
I know you’ll cry “why him, why us”, but I need teachers true,
And that is why with the care and trust, I select you,
So please don’t turn back on him, although he may be slow,
If you’ll accept him as he cherish My name, then together you will grow,
He need to learn the skill of life, for that I’ve chosen you,
And with your love to guide him, I know you’ll see him through,
Don’t try to see the future, I promise that to none,
Just live each day for all its worth and enjoy My special one.